Zulaykha Zuhayra

Zulaykha Zuhayra

Selasa, 8 Mei 2012

My Video


Salam semua.... inilah video-video yang saya janjikan semalam... dan kesemuanya ada 6 sahaja.... seperti yang saya katakan semalam, tak semua saya letak dalam youtube dan di sini...saya pilih juga yang sesuai dan baik untuk dipertontonkan kepada semua... anyways..thanks for waching!!
















Hak Cipta Terpelihara : xxx_zuezue

PeNgAlAmAn

Salam semua...kalau ada yang pernah membaca, tahun lepas saya sudah pun menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Beijing, China dan pernah menyatakan akan menulis pengalaman saya disini....seperti kamu semua mengenali saya (mungkin) ...saya akan menulis berjela-jela hanya untuk perjalanan sehari...jadi saya rasa baik saya tak payah menulis...tapi saya beri kamu semua tonton video yang telah saya rakam dan upload di youtube sepanjang saya berada disana.. (tak lah "sepanjang" sangat sebab saya akan pilih juga..)

Memandangkan saya masih tengah menunggu video di upload... saya harap ada yang sanggup menantinya sehingga besok k...

salam sayang : xxx_zuezue

Ahad, 6 Mei 2012

PeNgAlAmAn & CaBaRaN sAyA

Cuti ni saja boleh dikatakan pelbagai musibah yang datang...antaranya jatuh moto dan yang terkini (kejadian berlaku hari jumaat lepas), ibu jari kaki kiri aku kena tongkat moto masa nak keluarkan moto dari paking. Aku terlupa nak angkat tongkat (cuai kan aku..ermm...) dan akibatnya ibu jari kaki aku dah tak ada kuku. Sebenarnya waktu kejadian, kuku tu hampir 90% terkeluar tapi aku tak boleh nak tanggalkan sepenuhnya sebab sangat-sangat sakit... dan banyak darah...kebetulan terkena masa aku nak keluar dari shopping mall. Bayangkan macam mana aku nak kena tukar cluch...tapi sejujurnya masa tu masih kebas2 lagi...

Paling tak boleh lupa apabila reaksi adik aku mengalahkan aku yang menanggung sakit ni...sebab aku diam je...dia hanya perasan ada tak kena dengan aku bila lima minit kemudian (setelah aku tarik moto keluar dan aku diam beberapa saat) aku kata "sakit", satu perkataan yang membuatkan dia mencari punca perkataan itu keluar dari mulutku. kemudian baru dia gelabah...

"angah okay tak"
"sakit tak"

 Aku senyum, dan aku bawak moto macam biasa...atas moto dia tanya lagi..
"angah okay tak"
"boleh tak bawak moto ni"
"banyak darah tu"

dan banyak soalan lagi yang aku tak dapat ingat keseluruhannya kerana akhirnya aku gelak selepas menjawab soalah pertama... kemudian aku jawab " adik nak suruh angah jawab apa sebenarnya...?" dan aku gelak lagi...

"yela...kenapa angah tak jerit, menangis ke?, asal angah diam je? tak sakit ke?"

soalan tu lagi la buat aku gelak geli hati atas moto...sedangkan kaki aku dah berdenyut-denyut sakit...jujurnya aku tak percaya dia boleh tanya soalan macam tu....pelik sangt ke...? memang la lepas tu jadi bahan aku bila cerita balik kat mak dan ayah...

antara dialog Mak dan ayah aku  :
"tu tandanya adik sayang angah"
"komander la katakan...mesti la tahan..."


suatu kenangan yang tak boleh dilupakan, keadaan jari aku dah beransur pulih walaupun masih sakit tapi tak lah seteruk malam pertama kerana sering bangun akibat kaki terkena sesuatu (lebih daripada lima kali jugak aku bangun tengah malam). Ari kedua aku terpaksa ambil ubat tahan sakit dan semalam aku dah potong kuku mati...rasa okay la sikit tapi ari ni masih sakit lagi...doakan yang terbaik k..


p/s : jari aku sekarang nampak ngeri setelah potong kuku mati..ermmm..



PeNgAlAmAn & CaBaRaN sAyA : xxx_zuezue