Isnin, 30 April 2012

KeNaNgAn DuLu

Tadi petang ayah balik kerja dan ada bawa nenas dari pejabat (ayah aku kerja Jabatan Pertanian), tiba2 dia hulurkan tangan pada aku. Katanya ada sesuatu masuk dalam tapak tangannya, macam duri dan minta tolong aku keluarkan sebab rasanya tak selesa...aku pun keluarkan lah...

Peristiwa tu amat bermakna buat aku....kerana apa? kerana semasa aku kecil aku boleh dikatakan lasak...tangkap anak ayam, suka panjat bukit hutan belakang rumah dengan kawan2 abang aku dan aku akan balik dengan satu sebab iaitu aku tercedera. Tak kiralah sebab jatuh basikal ke, berlari ke atau selumbar (serpihan kayu)  masuk kat tangan, atau tapak kaki...masa tu la nak tengok aku jadi budak baik. Masuk rumah awal dan diam je(keluar main biasanya pukul 5 sampai sebelum pukul 7). Biasanya apa2 pun jadi pada aku walaupun luka berdarah sekalipun aku tak akan mengadu pada mak dan ayah, aku akan diam je tapi cuma satu benda je aku akan mengadu pada ayah aku, pasal selumbar. Kerana ayah aku teror bab2 keluarkan selumbar atau duri dari tapak tangan atau tapak kaki guna pisau lipat dia yang ada pelbagai kegunaan tu...kalau aku main kat hutan belakang rumah tu memang kadang2 aku akan kena selumbar dan orang yang pertama aku cari ayah. 

Peristiwa itulah yang buat aku gelak gembira...dan boleh dikatakan aku hampir menangis....(gedik tak aku nak nangis2), betapa segalanya cepat berubah...rasanya baru semalam aku hulurkan tangan kat ayah tapi kini ayah pulak hulurkan tangan kat aku....betul2 menyingkap kenangan 14 tahun lalu...

me with my dad.. love you so much!!

salam sayang : xxx_zuezue

Ahad, 29 April 2012

GeLaBaH

Terus terang ak katakan...ak tak suka rasa gelabah atau takut yang berlebihan....kerana saat inilah aku rasa ak nak keluarkan jantung supaya duduk di luar badanku... ada masanya aku boleh bertenang....luar biasa tenangnya bila berhadapan dengan sesuatu sehinggakan orang akan tanya :

 'asal ko releks sangat?, macam tak jadi apa2...'

Biasanya aku akan balas dengan senyuman atau ketawa, kerana apa...aku tak suka akan rasa gelabah... dan bila aku gelabah...orang disekeliling akan sangat menyesal bila buat aku gelabah...sesuatu yang senang terasa sukar...sesuatu seperti bernafas pun aku dah tak rasa penting untuk aku lakukan ketika itu...yang aku tahu aku mesti lengkapkan...atau selesaikan benda yang membuat aku gelabah itu...dan biasanya orang disekeliling aku akan terpengaruh dengan tindakan aku yang kelam-kabut dan suara aku macam tengah menangis (padahal aku tak menangis pun..)


Ye...bila teringat balik peristiwa itu akan menjadi bahan gelak oleh kawan2 ku... tapi sehingga sekarang aku masih tak pasti bagaimana nak mempengaruhi fikiranku supaya berfikiran sentiasa tenang bila dilanda masalah...

salam sayang : xxx_zuezue



Isnin, 23 April 2012

DiNnEr Oh DiNnEr

Salam semua....adakalanya aku tak tahu benda apa yang patut aku coretkan disini dan kadang2 ia terasa mengarut...kalau la aku boleh  berterus-terang... banyak kali juga aku menulis dan kemudian memadamnya semula...walaupun seperti biasa aku menulis seperti membuat karangan tingkatan 5 panjangnya...
DINNER, itu yang bermain di fikiran aku, dengan bayaran sejumlah RM 60 dan menghadiri majlis formal itu dengan hati yang gembira (mungkin). Membawa tema 'Arabic Gold', aku seperti mati kutu nak pakai apa dan sampai ke sudah aku masih belum memutuskan untuk menghadirkan diri atau tidak ke majlis itu... kat bawah aku senaraikan beberapa sebab kenapa aku nak dan tak pergi.

NAK PERGI sebab :
- semua kawan2 aku macam dah tetapkan keputusan yang mereka akan pergi
- mungkin ini peluang aku untuk bergembira dengan rakan2 komander ku yang lain seperti rakan2 kompeni B
- ni sem yang terakhir aku sebagai Komander
- mungkin sem yang terakhir mencipta kenangan bersama rakan-rakan komanderku


TAK NAK PERGI sebab :
- aku tak tau aku sempat habis ambil lesen kereta atau tak (alasan sangat kuat)
- tak ada idea nak pakai apa mengikut tema
- Duit
- mungkin kena balik Kolej awal (itu mungkin tak kesah sangat)


Mungkin alasan aku tidak berapa kukuh...selain ada alasan yang aku rasa tak patut aku tulis disini selain kena menjaga hati beberapa pihak (mungkin). Apa2 pun aku masih tidak membuat keputusan lagi...

Salam Sayang :
xxx_zuezue

Selasa, 17 April 2012

AkU sAyAnG kOrAnG !!

Banyak rintangan yang di lalui bersama...suka, duka, ketawa, gembira, bergaduh, bertengkar, salah faham, marah, tak puas hati...banyak berlaku antara kami...tapi bagi aku itu lumrah kehidupan manusia kerana aku juga insan biasa yang kadang2 hanyut dalam kemarahan yang bagai api menyala....tapi jauh disudut hati aku amat menghargai kehadiran mereka dalam hidupku...mereka banyak mengubah aku ke arah fasa remaja yang semakin matang dan semakin mengenali dunia kehidupan...

Aku rindu keriuhan suara NAD bergurau dengan SYIRA
Aku rindu suara mengada PIJO yang jarang dapat di dengar
Aku rindu kelantangan suara NIK bercerita
Aku rindu ketajaman kata-kata IKA dan gurauannya

ya aku rindu mereka dan sem depan merupakan sem terakhir (mungkin) aku bersama mereka...


Jangan risau...aku tak pernah lupakan kawan2ku dari kompeni B... sem depan mereka dah tiada didepan mata...walaupun tidak semua aku rapat tapi mereka sangat mesra dengan aku macam dah lama mengenaliku...

WARDAH dengan sikap mengambil beratnya
ANA dengan perwatakan cute nya
SASA yang kadang-kadang tak dapat beza bila dia marah atau bergurau
RADZIAH yang macam budak2 tapi kalu marah...takut aku
DIBA yang comel lagi cute
BELLA dengan sikap selamber dia
IKA KATIMIN yang mengada-ngada yang cute
FIONA yang selalu mencari DIBA
AIN yang tegas tapi comel je
FIZA dengan drama korea dia..
IZYAN yang selalu malu dan merah muka kalu buat benda pelik2 kat dia
SAADAH yang senang diajak bersembang
KD yang selalu dengan Kak Nilam kesayangannya
TZ yang jarang sekali dapat ku lihat mukanya sem lepas
TY yang selalu melawat ke bilik aku dengan WARDAH

korang sebahagian dalam hidup aku, menghiasi dan menceriakan hari-hariku di Puncak Perdana...menjadi sebahagian sebab kenapa aku masih KOMANDER KESATRIA UiTM sehingga sekarang... kita pernah lalui masa cerah dan gelap bersama dan korang sentiasa disamping aku saat aku memerlukan tempat berpegang sebelum terjatuh menyembah bumi... walau pun nanti kita jauh... aku yakin banyak cara untuk kekalkan hubungan persahabatan ini... SAYANG KORANG SELAMANYA...!!


masa persembahan utk Dinner komander

Kawan2 dari kompeni N


Ain dan Sasa


keluarga Besar Komander Puncak Perdana




Ati, TY & TZ

Me!! cantik tak mata aku?...hahahha

Ika AHmad

Pertama kali keluar overnight bersama

Syira Osman


Aku, Syira & Pijo

Nad

Syira, Pijo, Aku & Nik

Aku bersama Wardah


keluarga besar aku di rumah 5D11


gambar sebelum turun bertugas..

Syira & Nad


Kakak kesayanganku Kak Kama & Kak Aisyah


semasa sambutan Hari Raya tahun lepas..


Salam Sayang : xxx_zuezue

Ahad, 1 April 2012

KiSaH sI pEnuLiS

Ada orang kata aku ni menakutkan taksubnya (walaupun aku tak suka ayat 'taksud' itu)...terutama bila berhadapan dengan "Detective Conan"...percaya lah...aku bukan taksud...aku cuma minat...aku minat membaca pasal kisah misteri ni, karya "Conan Dolye" pun aku layan...aku suka pembacaan yang lain dari yang lain... tak tertumpu hanya kisah cinta dan pergolakkan dalam cinta sahaja tapi ada unsur lain... dan kerana itu aku berhenti membaca novel, kerana aku dah boleh agak jalan cerita 'klise' nye itu...ya! orang yang tidak meminatinya akan mengatakan dalam Detective Conan, mesti ada yang mati, kena culik, rompak dan sebagainya (hampir 70% mangsa mati dibunuh). Tapi aku bukan lihat dari sudut itu, aku melihat dari segi tektik pembunuhan yang pelbagai dan kadang2 membuatkan otak aku berfungsi seketika untuk membayangkan apa sebenarnya yang terjadi dan fungsi2 racun...(walaupun tak berlaku depan mata). Ia membuatkan otak aku berjalan...memikir logik atau tidak...

Tambah2 lagi kisah "Conan/Shinichi" vs "Kaito Kid"...sesuatu yang sangat mengujakan bila mereka berlawan... Conan/Shinichi dengan kehebatan penyiasatannya dan "Kaito" dengan kepakarannya dalam membuat silap mata dan mencuri benda2 mahal (biasanya tak dapat curi kalau ada Conan/Shinichi, tapi kalau tak ada pun bila dia berjaya mencuri, dia akan pulangkan balik barang curiannya.)

Siri Twilight pula aku boleh layan disebabkan adik kesayangan aku tu...mula2 baca buku "Breaking Dawn" je...kemudian boleh sangkut sampai aku boleh pulak pergi beli buku siri sebelumnya... apa yang boleh aku katakan..siri twilight beri aku idea tentang sesuatu yang lain dari realiti sebenar...macam mana penulis membentuk dunia mereka sendiri dan tidak bergantung pada idea orang lain yang sebelumnya... Ya..seorang penulis sebenarnya mampu membina atau membentuk dunia mereka sendiri dalam penulisan dan itu yang tidak mampu aku lakukan lagi kerana aku sukar melarikan diri dari dunia kehidupanku...


Sekarang aku baru jumpa seorang  rakanku yang berjaya mencuri hatiku dengan cerpen karyanya (walaupun ciri2 dia ada dalam cerpen tu...) dan tentulah karyanya menggunakan tema "misteri". Ia mengisahkan tentang sepasang suami isteri membuat pekerjaan rahsia iaitu mencuri barang2 epik yang berharga untuk dijual dipasaran gelap disamping mempunyai saingan dimana abang tiri wanita tersebut...sesungguhnya aku amat merindui karya seperti itu... (kredit to Sufran)...


xxx_zue zue