Jumaat, 30 Disember 2011

aNgaN & sEdAr..

Sebenarnya jalan-jalan kat Sungai Petani Kedah ni kadang-kadang agak membosankan kalau menaiki motor tambahan pula jalan dari rumah aku nak ke pusat bandar atau ke sekolah aku dulu...... jalannya seperti labuh raya tapi cuma tak da tol je...di sebabkan jalannya macam tu...kalau aku naik motor, fikiran aku selalu melayang.... macam-macam perkara kadang-kadang dipersoalkan dan diwaktu ini la aku biasanya muhasabbah diri dengan menilai setiap apa yang aku lakukan dan bakal aku lakukan dalam minit, jam atau hari-hari seterusnya....tapi apa yang bestnya....aku tak pernah langgar apa-apa disebabkan fikiran ku yang tak 100% ada di jalan raya.....dan bila aku sampai ke destinasi biasanya hati aku akan tenang hasil daripada keadaan ku itu.....aku dah jadi terbiasa dan pertama kali aku melakukannya ialah masa aku tingkatan 5 kerana sekolah aku masa tu memang agak jauh dan aku bawak motor setiap pagi dan petang yang mengambil masa sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit (brgntung pd kelajuan)....suasana pulak tenang dan tak jem ( memang tak pernah jem selama aku duduk kedah ni...) jadi tiada apa-apa yang menyebabkan aku harus memberikan tumpuan.....kadang-kadang aku fikir jugak, bahaya tak apa yang aku buat ni...tapi setakat ni...lubang pun susah aku nak terjun ke dalamnya (Alhamdulillah...:-))...apa tah lagi yang lain dan ini bermaksud aku tetap memberi tumpuan pada pemanduan......


p/s : hanya nak berkongsi.....



love : xxx_zue zue

Selasa, 20 Disember 2011

RaNcAnGaN & BaLiK

           Mungkin kali ini aku agak mengada bila biarkan aja ayah datang ambil aku kat kampus, tapi sebenarnya aku malas naik bas.... tambah2 tahun baru ni....mesti susah nak cari tiket bas....(alasan sebenarnya....)... okay perkara pertama aku nak buat bila aku balik rumah nanti aku nak masak sambal kegemaran aku yang senang nak buat tapi susah nak cari kat kedai iaitu sambal cili padi ikan bilis yang urmmm...sedap bila dimakan dan terangkat bila menggunakan cili kampung sebab cili kampung (cili dia kecil-kecil) sangat pedas.....kadang-kadang sambal yang guna cili ni, makan kejap je dah berpeluh dan berair mata dibuatnya....aku pun tak berapa pas nak makan cili kampung ni..hahahha....makan sikit je pun dah berpeluh....lain la kalau cili hijau yang beli kat pasar tu...tapi sedap je kalau buat sambal ikan bilis tu tapi tak pedas la.....lepas tu mungkin aku kena siapkan assignmnt (harapnya la..) pastu aku nak baca balik novel twilight...rindu la pulak kan....sambil2 tu mungkin aku boleh keluar pergi Tesco untuk cari Comik Conan terbaru....sungguh aku rindu comik kesukaan ku itu....dan yang terakhir....aku nak download cerita yang aku dah list kan untuk di' download seperti siri Merlin, Naruto, dan macam-macam lagi......(macam banyak sangat, padahal tak sampai lima pun)....Hai harap-harap apa yang dirancang menjadi......



SuNgAi PeTaNi I will be back soon...............




 SeNyUm SeLaLu : xxx_zue zue

Ahad, 11 Disember 2011

BaByLoN.....

Pernah dengar tentang babylon? yg digelar taman tergantung dan salah satu tempat yang tersenarai sebagai benda ajaib dunia....erm.....dalam buku sejarah tingkatan 5 pun ada menyentuh pasal benda ni....nak tau tak...pertama kali ak dengar nama dan gelaran yang diberi mcm2 bnda indah yang brmain dalam fikiran.... tmbahan pula bila melihat ilustrasi kat teks book tu...lagi la otak ak brputar laju dan teringin nak tahu apa yang menyebabkan ia digelar taman tergantung.....dan tertanya-tnya ia masih wujud sampai sekarang ke? okay jujurnya...sekarang jugak aku rasa nak terbang ke sana dan melihat dan membuktikan kenyataan.....nasib baiklah aku bukan orang kaya yang petik jari je semua dapat.......tak banyak gambar2 yang dapat aku cari...untuk memperbaiki pandangan atau ilustrasi pertama aku pada sesuatu yang bernama babylon... mungkin aku tak cukup pandai menggunakan internet kot......pape pun korang2 yang tau maklumat psal babylon lebih daripada maklumat asas...tolong la kongsi2 kan kat aku ni....yang penting gambar original babylon....


MaSiH bElAjAr : xxx_ zue_zue



Selasa, 6 Disember 2011

IdEa CeRiTeRa...

Semalam aku diberitahu bahawa lecturer ari ni nak sinopsis cerita bangsawan yang direka sendiri dan disebabkan  aku balik ditengah malam untuk movie suatu malam kubur berasap, aku pun terus tidur tanpa mengendahkan atau pening kepala nak fikir untuk buat sinopsis tersebut. tanpa aku sangka dua jam sebelum kelas, pen aku meluncur laju menulis sinopsis bangsawan setelah melihat atau membaca karya kawanku....aku tidak tiru langsung malah ini adalah idea lama yang tidak terluah melalui skrip dan aku tak sangka akhirnya ianya sesuai untuk dijadikan skrip bangsawan... aku suka cerita yang ada aksi lawan, bukan lawan kejam tapi lawan yang punya posisi yang cantik yang biasa kita tengok di cerita-cerita epik kongfu cina...seperti 'condo's hero' dan banyak lagi yang aku dah tengok tapi aku lupa nama tajuknya. Tambahan lagi kalau lawannya ialah perempuan, walaupun sedang berlawan, perempuan tu macam sedang menari....dan berhati-hati mengatur langkah walaupun pantas. ala....kalau korang tengok cerita macam tu, korang mungkin tergoda untuk melakukannya juga... walaupun aku tidak tulis secara lisan tapi aku nak babak berlawan seperti itu ada dalam skrip aku nanti.....walaupun aku tidak tahu macam mana skrip dia tapi tidak salah mencuba bukan. Walaupun akhirnya skrip aku tidak dipandang untuk dibuat skrip penuh, aku mungkin akan lakukannya juga. tidak semestinya assignmnt baru nak buat....mngkin aku boleh gunakan idea ini satu hari nanti jadi aku tak kesah karya aku tidak terpilih sebab aku dah puas akhirnya aku ada cerita, ada idea untuk menulis.....baru terasa nikmat hidup ini....


* sem baru, idea baru dan cara hidup mestilah baru....


love : xxx_zue zue

Jumaat, 2 Disember 2011

AtAs NaMa CiNtA....

CINTA...., entah kenapa apabila melihat post facebook seorang kawan yang menyatakan dia sedih melihat kawannya menangis kerana cinta membuatkan aku punya pandangan sendiri tentang cinta.... persahabatan, cinta, dan kemudian pengorbanan adakalanya tiada keadilan.... aku sangat tidak sokong apabila ada wanita sanggup mengorbankan maruah diri hanya untuk cinta...yup! cinta perlukan pengorbanan tapi masih tidak layak dipanggil cinta bila tiada ikatan yang sah antara si dara dan si teruna...memanglah 'senang apabila berkata daripada melakukan' tapi lebih senang mengelak daripada mula melakukan..... orang mungkin akan kata 'kau single lagi boleh la cakap besar....' tapi percayalah, aku selalu berdoa agar iman aku sentiasa terpelihara apabila ada seseorang yang mula bertahta dihati dan membalas cinta aku ini.... kerana aku takut terkena kejutan budaya.... aku punya pelbagai kawan yang ada pelbagai masalah dan kebanyakkan nya aku manfaatkan dalam kehidupan ini supaya apa yang dilaluinya dapat menjadi panduan untuk perjalanan hidup aku disamping membantu kawanku keluar dari masalah....

kalau korang diluar sana ada kawan yang sedang mengalami masalah tentang cinta, sentiasalah berdampingan dan pinjamkan lah telinga untuknya.....kerana saat ini hanya itulah yang diperlukan disamping berikan kata2 positif bila keyakinan diri mula pudar dalam dirinya.....tahu cerita sebenar sebelum menghukum seseorang....kerana adakalanya kawan kita sendiri penyebab kegagalan cintanya....

p/s : mungkin bercinta selepas berkahwin lebih baik......tapi entah kenapa hati aku masih tak boleh terima kenyataan itu.....ish...ish...ish... :-P


love : xxx_zue zue

Khamis, 1 Disember 2011

TuLiSaN kEpEnAtAn....

Sorry sebab meninggalkan blog ni seminggu lamanya....lama ke? macam tak je kan...sebab aku pernah tinggalkan blog ini selama sebulan dan tak ada orang yang rindu dengan tulisan aku...sedih tak...hahhahaha... ari ni sangat penat plus dehydrated tu pasal aku rasa nak demam ni...tapi tak pe....ubat ada....cuma nak ngan tak nak makan je.....(aku suka lupa sebenarnya) macam mna dengan percutian ku? sangat memuaskan walaupun penat sangat2....kalau ikut hati..nak aje aku terus balik kedah dan datang balik puncak ari ahad tapi fikirkan kos perjalanan...aku kuatkan hati untuk datang puncak tanpa balik kedah... tentang China nanti aku cerita...sebab belum ada mood lagi....dan mestilah sangat panjang ceritanya....

love : zue_zue