Khamis, 25 April 2013

SiNdRoM aNaK kE 2

Salam,

Disebabkan line laju kat rumah jadi rajin lah saya meng-update apa yang patut kan... Semalam masa tengah memasak tiba2 terasa nak buka TV. Terpampang lah WHI dengan tajuk Sindrom anak ke2, aku yang tengah dok masak sambal ayam ni, merasakan tajuk tu menarik (sebab ada kena mengena kan....). Tapi aku buka salah timing... Bual bicara tu dah sampai ke penghujung, jadi tak dapat lah aku tahu lebih lanjut, cuma yang membuatkan aku tertanya ialah "rupanya anak ke2 ni ada sindrom...." macam penyakit pulak kan... dan hari ni tetiba nak tau lebih lanjut... dan aku bukalah apa2 yang patut. (internet tengah laju katanya.... =_=')

Rata-rata yang menulis di entri blog masing2 ialah anak ke2 ni punyai sifat yang lebih kurang sama, tambah lagi kalau anak ke2 ni anak yang tengah (macam aku, anak ke2 dari 3 adik beradik), cuma aku ni bertuah sikit la bila yang sulung adalah lelaki. Jadi tak semua benda aku kena ambil yang recycle punya kan...

Personaliti Anak ke-2-

Degil, fleksibel, berdikari, unik, memeningkan kepala orang tua, suka memberontak, baran, boros 

Anak manja emak, degil, tak pandai memujuk, setia dalam bercinta, tiada tolenransi, keras hati, takleh ditegur, berdikari, sukar terima arahan, pemaaf, caring, garang dan kemas.

Kebanyakkan personaliti kat atas ada dalam diri aku, tambahan berdikari dan degil tu kan....huhuhu... bab degil bagi kat aku...kalau tidak, tak adalah aku jadi Komander Kesatria Negara walaupun aku ada penyakit asma (ambik ko...), kalau kirakan mak aku...mau nya dia nak bagi....tapi ayah gelak je sebab dia tau aku degil. Kalau aku nak, maka NAK lah jawapannya....tapi kalau tak nak tak payah nak bangkang...aku sendiri buat tak heran (dialog biasa ayah, kalau aku buat keputusan pelik2 macam ni...huhuhu).


Tapi bila umur dah meningkat ni....(macam dah tua pulak), degil dia kurang sikit kot....entah la...aku pun tak perasan...huhuhu.... semua keputusan yang aku buat, biasanya aku akan fikir dulu sebab aku tau mak ayah tak akan pernah bangkang sebab mereka nak aku lakukan mengikut minat dan masa depan aku, dan aku jarang buat keputusan muktamat. Setiap keputusan yang aku nyatakan biasanya ada kemungkinan untuk berubah sebab kalau muktamat, biasanya aku tak akan dengar cakap orang lain dah dan buat apa yang aku mahu. Tu lah kata orang, pengalaman merubah cara pemikiran seseorang....




xxx_zuezue





Rabu, 24 April 2013

MiMpI

Salam,
Aku mimpi dia lagi.... seperti biasa kalau aku mimpikan dia, dia akan menghantui fikiran ku seminggu lamanya... cukup seksa kalau mengingati dia...

Aku geli untuk menyatakan dia cinta pertamaku (sumpah geli), tapi entah la...mungkin masih ada sedikit perasaan yang mengharapkan aku temui dia lagi...terus terang aku katakan aku sangat gembira jumpa dia masa dalam mimpi tu... dan aku hampir saja menangis bila sedar itu cuma mimpi.

Aku tahu hidup mesti diteruskan, dia mungkin dah bahagia bersama orang lain...dan aku...aku bahagia dengan  pencapaian aku sekarang....soal jodoh mungkin belum masanya untuk aku fikirkan lagi...

Isnin, 15 April 2013

DuLu & KiNi

Salam,
Memang segalanya tak mudah bila baru ingin membiasakan....tapi selagi tak cuba...mana mungkin kita tahu kita boleh atau tak. Itulah yang aku rasa sekarang....segalanya nampak dan terasa sukar dengan keadaan yang sentiasa berubah-ubah.... Sebab itu kini aku terpaksa motivasi diri sendiri.... dengan  doa dan semangat dari semua...aku akan mencuba...




xxx_zuezue

Ahad, 7 April 2013

BeNcI & rInDu

Salam,
 
Sampai sekarang aku tak percaya ada lagi wujudnya orang yang takut dibenci oleh orang lain hanya kerana dia menjalankan tugas yang diberi atas pilihannya.... Siapa yang sering baca tulisan aku di blog ini mungkin sudah sedia maklum aku merupakan komander  masa zaman aku diploma dulu. Perkara benci membenci adalah satu lumrah biasa bagi seorang komander, apabila terpaksa bermuka plastik memarahi orang kerana Kesatria lebih kurang askar dan tak ada istilah cakap lembut2 punya, kerja kami di padang kawad adalah menegur kesalahan pelatih... tambah2 lagi apabila aktiviti perkhemahan diadakan. Kami akan kena bertugas menjaga pelatih hampir 100%.
 
Disebabkan itu jika pegang jawatan selain biro kebajikan, nak atau tidak anda terpaksa garang demi menjaga pelatih2 yang kadang2 tak tahu nak diam dan suka buat hal sesuka hati demi melancarkan keadaan. Bak kata senior aku....Camping kesatria bukan macam summer camp...!!
 
Jadi kalau anda terpaksa garang demi menjalankan tugas anda, besar kemungkinan feedback yang anda dapat betul2 mengejutkan....hahahhaha... (kenangan yang lawak sebenarnya). Hanya sebab aku mengamuk (boleh dikatakan mengamuk jugak lah) disebabkan kehadiran solat subuh yang sangat mengecewakan dan ramai pelatih yang tidur kat belakang.... Feedback mengenai aku semua yang buruk2... maki tu jangan cakap la.... siap benci aku masa di padang kawad lagi...sedang kan seingat aku... aku tak adalah garang sangat... tapi aku terima dengan hati terbuka kerana mereka membenci aku bukan sebab mereka mengenali siapa diri aku, tetapi mereka membenci aku kerana tugas aku melatih dan membimbing diorang untuk berdisiplin.
 
Semua komander yang aku kenal dan rapat, semuanya perangai betul2 berlawanan dengan perangainya bila menjalankan tugas. Sebab tu aku kata kami terpaksa bermuka plastik memarahi orang....
 
Aku tak pernah menyesal jadi komander dulu walaupun sekarang aku tidak meneruskannya, aku ada alasan tersendiri. Tapi menjadi komander tetap ada pahit manis yang sekarang aku rindui. Jika masih ada orang membenci aku hanya kerana tugas dan tanggungjawab aku, silakan.... anda berhak membenci... tapi apa yang boleh saya nasihatkan adalah kenali dulu orang yang anda benci sebelum anda buat keputusan untuk terus membenci.
 
:D
 
 
 
xxx_zuezue

Selasa, 2 April 2013

PeNgAlAmAn DuLu

Salam,
Hari ini demi mencari nota masa diploma dulu, aku telah buka balik buku yang mngkin tercatat nota dalamnya... (nmpak sangt nota aku duduk merata...) cari punya cari aku terjumpa diari aku....sebenarnya bukan buku diari tapi boleh dikatakan pengalaman aku... Dulu masa bulan 5 tahun lepaskan ak prnah masuk hospital... rupanya dalam keadaan sakit tu pn ada benda aku tulis....ermmm... kt bawah ni ak salin balik apa yang aku tulis masa tu... :

28/5/2012
8.43 PM
Dear Diary,
Tangan masih menggigil (baru lepas makan ubat) tapi digagahkan juga aku menulis. 27/5/2012 mencatat rekod bila setelah hampir 15 tahun tak masuk hospital (selain masa kecil dulu), aku kini terlantar di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. Aku bukan seorang yang ramah tapi aku pemerhati kehidupan. Aku melihat kasih sayang merupakan aspek yang bernyawa di sekeliling aku. Kasih sayang suami terhadap isterinya, ibubapa terhadap anaknya, cucu terhadap neneknya, pakcik terhadap anak sedaranya dan mungkin nurse terhadap pesakitnya. Baru 30 minit tadi seorang suami menyuap isterinya dengan sabar. Baru sejam setengah tadi aku melihat kanak2 india bermain dengan kanak2 melayu tanpa gentar diwajahnya.
Arhhh....bertapa amannya dunia tanpa politik tapi wad ni panas...tu je yang aku tak tahan, yang lain okay rasanya...






Itulah pengalaman aku....tiada benda pada masa tu yang dapat menceriakan aku selain melihat orang disekeliling ku....3 hari 2 malam di hospital berjaya buat aku lebih matang mengenal kehidupan sekeliling yang dulunya tidak pernah aku hirau... Diari tersebut ialah apa yang aku rasa masa tu....kalau tengok tulisan aku balik masa tu aku tau tangan aku betul2 menggigil...hahhaha....


xxx_zuezue