Rabu, 26 Disember 2012

MaSaK & MeMaSaK

Salam,
Sementara bercuti ni, aku kadang-kadang bosan jugak duduk rumah ni... tak tau nak buat apa selain memasak, mengemas dan membasuh. Sebab tu aku sekarang dalam proses belajar memasak sendiri atau lebih tepat lagi sorang-sorang.
Bukan tak tau masak cuma masakan seperti kari, bubur kacang hijau atau gulai lemak tidak pernah aku masak sendiri tanpa ada yang membetulkan di sebelah aku. Biasanya aku akan jadi penolong di dapur, tak kiralah penolong mak, ayah, atau makcik aku sekali pun...janji penolong. Dan bila aku dok sorang, aku lebih suka masak makanan ala2 omputih gitu... simple dan senang... macam spaghetti goreng, spaghetti bolognese atau pun masakan goreng2 seperti nasi goreng, ayam goreng berempah...dan lain2. Kalau lauk pulak, yang simple2 je...mcm sup sayur, sup ayam sayur goreng, sardin, sambal cili padi ikan bilis (my favorite), daging masak lada itam. Janji simple, InsyaAllah aku boleh bedal masak.

Dan bila cuti ni, aku dah cuba masak kari daging, spaghetti carbonara, gulai lemak (Pahang mari), kek, kuih (raya), dadih, dan yang terbaru bubur kacang ijau... dan ikan keli masak sambal cili padi. Ikan keli masak sambal cili padi (aku bedal je nama dia ) ni bukan susah mana pun sebenarnya, tapi aku takut nak goreng. Tau je la kalau goreng ikan keli macam mana...dia punya peletop tu....gerun aku dengar...kalau kena jangan cita la...SAKIT OOOO....

Sebab tu aku tak pernah masak sensorang lauk ni, sebab nak kena ada orang lain tolong aku gorengkan ikan keli tu tapi dua hari lepas...ikan keli tu baik pulak dengan aku...rahsianya ialah....lepas aku gaul dengan garam kunyit, aku bubuh dalam peti sejuk. Alhamdulillah tak meletop. Punya la takut ikan keli tu meletop masa goreng, aku yang tak pernah2 nak pakai apron ni...pakai abis dengan sarung tangan n penutup kuali sekali kat kedua-dua belah tangan. takut punya pasal. Cuma nasib tak g tukar baju pakai baju lengan panjang je lagi...


Jangan tanya pasal gambar, aku ni bukannya jenis suka ambil gambar makanan yang aku buat sendiri... pernah ada tapi ikut mood jugak.... :D

xxx_zuezue


Isnin, 24 Disember 2012

IdEa, MoViE

Assalammualaikum,
Setiap dari kita mesti minat menonton movie kan?, tak kira genre apa... romantik ke, horror ke...., atau mungkin ada yang masih minat silence movie? ada ke? hahaha...aku tengok pun mengantuk tapi disebabkan ia salah satu dari assignment aku...jadi aku kena tahan bagi jangan tido. Aku jarang sebut pasal movie dalam post aku sebelum ni, entah kenapa tetiba gatal nak menulis sebelum tengok TV jap lagi....hahhaha....

Dalam bidang yang aku belajar sekarang aku kena banyak menonton cerita2, movie. bukan sahaja dalam malah dari luar negara jugak, malah movie2 yang tak pernah ditayangkan di Malaysia tapi mempunyai nilai yang sangat tinggi serta simbol2 yang tersendiri. Korang jangan asyik fikir pasal aksi ranjang je kalau tonton movie luar negara, yang tu tak dapat nak dielak kalau ia nya dari luar negara tapi korang kena tengok nilai yang cuba ditayangkan...cuba diberitahu...cuba disampaikan melalui jalan cerita... Fakulti aku belajar iaitu Fakulti Filem Teater & Animasi selalu buat screening masa digree ada... dan mereka akan tayangkan filem2 yang tak pernah ditayang kan di Malaysia. Kalau aku rajin aku akan pergi, memang tak rugi... kerana bila aku menontonnya, minda aku akan terbuka untuk menghasilkan karya2 dan idea yang baru... bukan lagi idea yang hanya ada di depan mata.

Ada 1 movie yang betul2 menyentuh sanubari aku, masa aku pergi screening dulu, aku tak ingat tajuk dia tapi aku masih ingat dengan jelas jalan ceritanya. 1 cerita yang betul2 keluar dari kotak 100%.... idea yang sangat menarik walaupun boleh dikatakan watak nya giler dan ending yang giler, nampak sangat penulis skripnya seorang yang sangat suka berimaginasi. Aku harap aku dapat jadi macam penulis skrip tu. Menghasilkan karya2 yang luar dari yang biasa.


xxx_zuezue

Ahad, 23 Disember 2012

TeMu DuGa

Assalammualaikum,
semalam bersamaan 22 Disember 2012, aku telah dipanggil utk ditemu duga bagi progam Ijazah sarjana muda penulisan artistik di UiTM Shah Alam kampus Puncak Perdana.... Jangan tanya kos apa tu, aku dah xlarat nak jawab. sila la google sndri ye...

Kitowg dapat tawaran seminggu sblum tarikh temu duga, tak tau nak cakap apa. takut pun takut. Sebab aku bayangkan mungkin akan kena menjalani temuduga yang betul2 temu duga. Aku siap prepare speaking sowg2 lagi...huhuhu.. (Iam not really good in speaking) Tapi Alhamdulillah, semuanya brjalan lancar. Memandangkan aku pelajar lanjutan, lebih mudah dan selesa buat aku kerana penemuduga ialah pensyarah sendiri. Dan aku kumpulan ke 2 yang ditemuduga. sangat2 cepat. Aku datang sehari dari tarikh temu duga iaitu 21 dan sampai ke rumah makcik di shah alam pada waktu malam, kerana jalan2 kat KL dulu.

Pukul 8.30 pagi start sesi temuduga, dan aku dah boleh balik pukul 9 pagi. (aku ingat sampai petang) dan pukul 1 tengahari terus bertolak balik ke Kedah. Seingat aku ni la pertama kali aku pergi KL, Shah Alam dalam masa 2 hari 1 malam je...

Kalau ada rezeki aku akan sambung pengajianku, doakan lah yang terbaik untuk aku ye...



#Happy dapat jumpa kawan2 walaupun sekejap je...


: xxx_zuezue

Khamis, 20 Disember 2012

CoReTaN

Memperbetulkan kebiasaan diri sangat menyukarkan, betulkan apa yang tidak betul seperti memaksa kambing berjalan masuk kandang masa makannya...


xxx_zuezue

Sabtu, 1 Disember 2012

SiNgLe Is BeTtEr

Assalammualaikum,

korang pernah mimpikan seseorang yang pernah hadir dalam hati korang, pernah membazirkan air mata 

korang semata-mata hanya untuk dia. Ya! itu memang kisah hidup aku masa di tingkatan 3 (budak mentah lagi),

 kisah cinta monyet bak kata orang, tapi dia betul2 menganggu hidup aku hari ini. 

Dari satu sudut yang lain dari dalam  hati aku "dah kenapa aku nak mimpi dia?". 

" aku rindu dia?" 

merepek betul. Kalau tanpa mimpi tu aku mungkin dah lupa mamat tu pernah disebut dalam sejarah hidup aku. 

Aku tak tahu apa jadi dalam hidup dia... dan aku dah pun teruskan hidup aku dengan amannya tanpa cinta lelaki buat masa sekarang

... Single is better to me for now... :D




:-D : xxx_zue zue


Selasa, 13 November 2012

Kisah Aku

Assalammualaikum,

Perasaan sekarang ialah happy/gembira sebab dapat buka blog sendiri setelah sekian lama, entah macam mana ak lupa email gmail ak....email rasmi aku ialah yahoo...jadi jarang sangt buka gmail...kan dah lupa...ish..ish..ish...

Kedua sebab aku secara rasminya sudah tamat diploma...Alhamdulillah... secara jujurnya...masa nak buka email tuk tengok keputusan...aku gementar sangat2....rasa macam nak letak jantung kat luar dulu pastu baru masuk kan balik... (nak gambarkan bertapa gementarnya aku masa tu), sehinggakan lepas tengok keputusan aku menangis...bukan sebab gagal tapi sebab ak tak sangka ap yg ak dpt setelah segala kesusahan yang aku alami...syukur sangt.... :D

Baru-baru ni aku sekeluarga kecuali abang sulung aku...pergi ke Pantai Merdeka setelah balik kampung Aruah nenek di Bagan Dalam, punya la tak tau nk pergi mana.... tapi nak dijadikan cerita ayah bawak kitowg pergi ke kampung berdekatan untuk makan mee udang yang special kat situ...ermm...yum...yum...mang sedap tak terkira la... dan yang penting kami juga dihidangkan dengan permandangan yang cukup cantik... aku pun tak sangka akan sampai kat situ... tapi 1 benda yang spoi mood masa tu...iaitu masa kitowang makan, tuan kedai kata, da orang jumpa mayat tengah laut....dok pakai kain batik...masa aku balik...mayat tak mendarat lagi jadi tak sempat la nak tengok...huhuhu..







udang yg baru d'tangkap


mee udang....yum....yummm....yummm

ketam bercili


Rabu, 17 Oktober 2012

BiCaRa Si Senget

Assalammualaikum,

Stress betul aku dengan blog aku ni, aku tak tau sama ada blog atau laptop ak yang problem tapi bla buka blog msti da wall paper je....tulisan n smua hiasan tak keluar termasuk blog owg lain juga... Mang calon nak kena campak juga laptop aku ni... nasib saya sayang awak lagi 'babyblue'. OKAY...memang saya sangat2 sayang awak...sebab tu saya berani cakap je tapi jentik awak pun saya tak pernah buat.....drama sangat..... =_='


Sebenarnya, dari pagi tadi aku teringat-ingat perbualan antara aku dengan pijo n nad dan sowg pelakon tambahan yang muncul saat2 akhir iaitu syira pasal gelaran pada anak2 nanti...hahahaha... jangan nak fikir kotor atau pape yang nagetif eikk...masa tu ktowg bosan tahap gaban dan nad yang mulakan segalanya... yang best nya kitowg mula bahagikan gelaran ikut personaliti masing2...dan aku dapat gelaran 'Bonda'.. comel kan? hahahaha 

Tapi macam tak leh caya sebab masa tu pijo pn join ktowg dok merepek.....hahhahaha...banyak kenangan kitowg dan apa-apa pun aku sangat berterima kasih pada komander, yang buatkan aku mngenali diowg dan mencipta kenangan bersama...


# sekarang ni syira ngan nad dok uat touching plak kat twitter, hahahaha... macam bdak2...nasib tak ada depan mata, mau nya ak langgarkan aje kepala diowg tu...nak gaduh sangat... pastu aku plak dok layan.... konon touching sama...hahahha... bukan nk merajuk pun sebenarnya.... saja gatal...hahahha... :D

xxx_zuezue





Isnin, 1 Oktober 2012

KeNaNgaN bArU yg TerPiLu

Assalammualaikum,
Makin dekat dngan final, makin buat hati ku resah...
pertama sebab...
nak exam, banyak assignmnt n kena buat yang terbaik sebab final kan...

kedua sebab...
tak lama lagi aku InsyaAllah bakal tinggalkan semua di sini dan mencipta kenangan baru... sedangkan aku telah merindukan kenangan-kenangan yang baru tercipta antara kau dan aku

hishh.... jangan salah sangka... 'antara kau dan aku' bermaksud antara aku dan rakan2 aku... dulu aku rasa 2 tahun setengah suatu masa yang sangat panjang tapi kini terasa sangat2 pendek...

disini aku mengenali kegigihan dan semangat kental Ana atau Faezatul Farhana, rakan yang selalu menemaniku dari aku sem 1 lagi... suka duka kami bersama. Aku sering rindu dia bila kami cuti panjang... dan aku juga pendengar setia dia...

disini aku mengenali Komander Kesatria yang membawa aku mengenali 5 orang sahabat susah senangku dan 3 hero setia... kami pernah rasa susah, senang, fobia bersama... bergaduh jangan cerita...tu bagai perasa tambahan yang menyedapkan lagi makanan... tanpa Komander, mungkin aku tak akan mengenali mereka... atau mungkin tak akan rapat dengan mereka... Syira, Nad, Ika, Nik, dan Pijo.... dan hero2 komander iaitu Iwan, Esman dan Shiro... dan tak lupa juga adik tunggal kami, Suhaila Yay!! akhirnya kita bertahan sampai skrang... kita dapat buktikan yang kita boleh... sebab kita masih brgelar Komander Kesatria hingga kita sem akhir ni walaupun pernah terdetik dihati mahu mengakhirinya...

#selingan : Pada Sue, kak zue harap awk bleh jga kompeni dngan baik lepas ni... awak je harapan kami untuk jaga kompeni N untuk adik2 baru awak nanti...


Dulu aku takut aku tak akan berjaya hingga ke akhirnya... aku takut akulah yang akan mengalah di pertengahan peperangan...dan aku masih berharap aku bukan dikalangannya... dan aku akan berjaya... untuk emak dan ayah!!

aktiviti bersama geng komander


Sem 4 : g modul pun ngan geng komander

sue ngan nik xda dlm pic ni

bersama Khabir Baktiar pengarah Nur Kasih

g tengok teater tuk sokong Syira yg pegang watak 'Sabariah'


me n friends as a Comander

me with ika, syira & noni at the end of the show

us...with a lot of joy and smile...!!


xxx_zuezue






Khamis, 20 September 2012

BeLaNg

Assalammualaikum,

Setiap kali aku lihat kucing2 kt kolej mcm Belang,  aku terkedu... aku rindu Belang. Walaupun aku boleh katakan yg dia hilang, tapi gerak hati ak kuat mngatakan yang dia dh tiada lagi, 'kucing ni kalau dia sayang tuan dia, dia xsnggup mati depan tuan dia', tu lah kata2 ayah ku.

Dia hilang masa sehari sebelum aku balik cuti akhir sem 4 lagi, rasa lama je... walaupun Baby seperti dapat mengantikan Belang...tapi Belang tetap Belang...tiada siapa dpt gantikan kucing pertama atas jagaan kami semua.

Perkara yang best pasal Belang, dia suka hisap tapak tangan kami sekeluarga. ye la, kami kutip belang masa umur dia kurang dari sebulan. dan aku dengan adik la yang jaga dia. buang berak dia. cuci kalau dia terberak dalam rumah... mandikan dia tiap 1 atau 2 minggu sekali. Dia sangt mnja kalau sakit, dan dia SANGAT2 suka makan Ayam goreng...dengan nasi...dia xlayan friskes mcm si Baby... 

Dulu, kalau aku duduk sorang2, dia lah teman aku kat rumah. Serius, dia faham kami sekeluarga ckp apa dngan dia... kalau kitorang marah ke....sampaikan dia pernah merajuk dengan mak sebab Mak marah dia, padahal bukan salah dia....hahahaha...sangat2 lawak...dan dia sangat2 suka berbakti dengan keluarga kitowg dengan menangkap cicak, burung, tikus, cencorot dan sebagainya dan dia akan letak kat depan pintu (BETUL2 DEPAN PINTU OKAY..!!) hahahaha...nasib la keluarga Sabri Manaf ni bukan jenis suka jerit xtentu pasal...jadi masalah jerit2 memang xda, tapi tekanan kat jantung sngt2 bnyak smpai satu ketika ak trpksa intai kot tingkap dlu bru boleh bka pntu...

Kalau nak cerita pasal Belang memang tak akan habis, sungguh aku rindu dia.... btw Belang pernah bunting 5 kali, dan setiap kali bunting memang akan ada 5 ekor anak dia...

1 = semua mati (kitowg pun xleh nak bantu, sebab dia buat pertandingan resling dngan ank2 dia yg lemah tu)
2 = kitowg dapat jaga 3 ekor je smpai besar, 1 ekor Belang buang. sedar2 dh hilang
      Oskar - jaga sampai setahun lebih je, pastu hilang.
      Larry - sama dengan Oskar
     Garry - xmau balik, dapat jga kejap. mngkin ada orang ambil sebab dulu pernah nmpak dia.
     Comel - mati kena langgar. dia je kucing ktowg yg da kubur. jaga nk dkat 2 tahun lebih.
3 = semua mati. Belang bwk balik sekali je.
4 = semua mati
5 = 4 lagi hilang
      1 - Oyen atau nama panggilan Baby


sekarang ni, Baby la pengganti Belang. yang selalu teman aku kala aku sunyi... tapi beza Baby dengan Belang ialah... Baby ni sombong sikit...hahahaha...


xxx_zuezue

      

Isnin, 10 September 2012

TeNgOk WaYaNg...

Assalammualaikum,
Macam lama ja tak menulis di sini, dah berhabuk tak disusun dan masih belum berwajah baru. Aku rasa di rumah kat Kedah je aku boleh luangkan masa lama2 dengan blog aku untuk sesi 'Berwajah Baru', kalau dekat kolej...rasanya macam susah je. Broadband plak ari ni mcm siput.... 

Entry kali ni cuma nak cerita pasal movie The Watch. Semalam, bersamaan 9 September 2012... aku dengan Nad pergi tengok wayang dekat Space u8 Shah Alam. Bosan punya pasal dan melayankan kehendak Nad yang nak sangt pergi tengok wayang, pada asalnya Nad nak tengok The Possession, jenuh la aku fight ngan dia tuk tengok cite lain... (tak berani aku tengok cite owg kena rasuk2 ni), last minute bru la  ktowg putuskan tngok The Watch. Sbnarnya ktowg main tngok je (seriously), dan 5 minit pertama Nad smpai kata nk kluar pnggung...sebabnya cerita ni memang mnggunakan bhsa 18 tahun ke atas je boleh dngar.... dngan unsur lucah dselitkan dlm dialog2nya... ak plak mcm trgamam...nk kluar rugi tiket...jd ak snyum je bla Nad kta nk kluar. Tunggu punya tunggu...Alhamdulillah tak rugi tonton cerita ni...mang pecah perut ktowg gelak... 




Ak mls nk letak sinopsis, sebab nanti entry ni akan lagi dan lebih panjang......kowg Google je, msti jmpa..


xxx_zuezue

Sabtu, 25 Ogos 2012

PeRtAnYaAn

Assalammualaikum...

Petang tadi adikku dah dihantar balik ke asrama... sedih je dia...maklum la satu keluarga hantar dia. Bila tengok dia, aku teringat diri aku, diri aku masa aku di tempat dia... saat2 itulah aku berusaha gigih untuk tak menitiskan air mata, bukan senang tau... Tapi pengalaman itulah yang menjadikan aku sseorang yang tidak dimanjakan...dan aku harap adik pun sama, dapat berdikari dan pandai bawa diri.

Tiba2 teringat soalan yg adik tanya kat aku sehari sebelum,
"dulu, angah tak takut ke naik motor sorang2 pergi sekolah?"

Apa2 pun sblum membebel lebih lanjut, aku akan terangkan beberapa fakta dengan ringkas :
- aku mula naik motor sensorang pergi sekolah masa di tingkatan 5
- jarak sekolah dlm 8 km, dan ambil masa lebih kurang 30 minit @ 45 minit (ikut kelajuan & keadaan trafik light)
-  ada lbih kurang 8 trafik light (sngt mnguji ksabaran bla smua merah)
- brtolak pkul 6.30 pg
- jalan sngt sunyi tpi di meriahkan dngan lampu kereta je.
- orang kata jalan depan hospital agak seram (tpi stkat ni bg ak biasa je, sb kereta sntiasa bnyk)
- klau moto rosak memang sakit.... kalu pg, ayah la jd mangsa. kalu tengahari/ptg sendiri tanggung ma...



Sebenarnya bagi aku, isu takut sb jln sunyi tak timbul langsung dalam kes ni. Sebabnya, aku tak ingat bila aku ada rasa takut bila aku nak pergi ke sekolah, tapi isu penat amat2 harus d'titik beratkan...memang penat kak oii, bla ko jmpa katil, ko dh xingt ap dh...tido je keja ko tapi yg penting xda la stress...masa orang xleh balik ko boleh balik...masa orang 'prep' ko boleh kuar jln2 ngan family ko.hahahhaha. Dia tnya bukannya apa, msti nk pujuk mak xnak dok asrama la tu...hahhaha...jangan risau...aku tau mak xkan bg...hahahhaha (gelak jahat).

p/s : Sempena masih di bulan Syawal ni, saya Zulaikha binti Sabri (penulis/tuan punya Blog ini) nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Terlanjur kata, Tersalah bicara harap dimaafkan. 

Salam Sayang : xxx_zuezue

Isnin, 23 Julai 2012

PuAsA & PuLaNg

Assalammualaikum...,
Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat...tup...tup..tup.. sudah lengkap tiga hari aku berpuasa..., hari pertama bersama keluarga, kedua disamping assignmnt dan hari ini di samping kawan-kawan Akaunku yang bakal tamat belajar disini.. (ermmmm....sedih...T_T).
Walaupun hanya sehari dapat berbuka bersama keluarga, aku gembira...melihat kegembiraan mereka...jujur aku katakan yang sepanjang aku belajar di Shah Alam ni, aku tak pernah balik Kedah awal puasa...aku balik biasanya di hujung puasa, pakej sekali cuti raya...alasan penat!!, ye la...perjalanan balik ambil masa 5 jam, tapi dapat dok umah 2 malam je...erm tapi kali ni aku balik, aku dapat 2 1/2 malam....kira ok la tu...n macam biasa bila masa nak balik Shah Alam je...hati berat....semua lagu syahdu je main dalam kepala otak ni...nasib ak asyik fikir pasal assignmnt yang berlambak...jadi 'kureng' sikit la...


Sem ni menjadi sem yang sangat sebok bagi aku, kadang-kadang aku terfikir....bestnya kalau dapat cuti ni... cuti dengan hati yang aman...sebab banyak sangat benda yang aku nak kena fikir, buat keputusan dan macam2 lagi lah...tegas salah...tak tegas salah....sekarang senang aku malas nak layan yang suka uat hal ni... pape tak betul datang je tanya aku...senang...kalau betul salah, aku betulkan...kalau aku yakin aku betul...dan ko masih tak dapat menafikan yang aku betul...aku akan teruskan dengan keputusan aku... susah nak layan semua kepala.

# aku masih belajar membuat keputusan dengan betul dan tak menyesali dengan apa yang aku dah tetapkan/ lakukan


ermmm...memandangkan aku balik di awal bulan puasa, sudah semestinya aku bawa bekal....nak tau apa bekal aku...?

jeng.....jeng....jeng.....

SERUNDING DAGING & SAMBAL IKAN BILIS.....yum....yum...yum.... :D

terima kasih buat mak saya yang sangat...sangat....sangat....sangat....sangat...saya sayangi kerana telah menempah serunding kat kawan dia dari Kelantan (Kelantan tau...!!) dan sudi membuatkan saya sambal ikan bilis yang sangat....sangat.....sangat.....sangat....sangat....sedap!!  disamping membekalkan saya dengan milo & biskut takut saya tak ada makanan kat sini.... (terima kasih kat ayah saya juga...yang sangat...sangat...sangat....sangat....sangat...saya sayangi :P)



yang benar :
xxx_zue zue



Sabtu, 7 Julai 2012

Jalan-Jalan

Assalammualaikum semua....,
semalam bersamaan 7 Julai 2012 aku keluar g Times Square ngan kawan2 SMT Sungai Petani 2...wah!! best sangat walaupun jauh dari kolej kediaman aku.... tapi masa pergi my bro antar naik moto kwn dia yg bising nk mampus tu tpi yg pnting laju... (thanks to en abg solihin ku syg) n dia antar ak smpai KL sentral je...pastu ak kna naik Monoral g TS...ok la tu...
 Smentara nak tnggu kwn2 aku smpai kt TS, ak ngan abg g mkn dlu...(ak lupa la nma kedai tu, n first time ak mkn kt stu) n smpai TS...ak ngan kwan2 ak zafirah, harnizan & Qultaz g jln2 g makan kt KFC.. (huhuhu...mkn lagi) n tngok2 barang smbil smbang2...xda apa sngt pn..besa2 je....tapi moment ngan diowg tu yg pnting...stelah hampir 2 tahun lebih tak berjumpa akhirnya gathering kami berjaya dilaksanakan juga wlaupun sowg lost contek (adhwa aka cik lat) n sowg ada hal (syanul aka syan)....klau nk tau ni la group ak msa tngkatan 4 & 5....kwan susah senang, gosip  kena marah ngan cikgu....smua la... sebenarnya ada lagi dua owg ilah ngan zarina tapi ilah tengah belajar kat UiTM kedah n zarina dah keja kat plaza tol pineng...so kami2 ni je yg sesat kt KL...jdi dh alang2 ramai kt sni tu buat la gethering.....

Dlm pukul 5 ptg ak kna brtolak balik, kali ni abg ak x ambil jd kna blik sndri... naik monoral g KL Sentral blik, n naik bas blik PKNS...pstu tukar bas g blik puncak plak...mang tido la ak dlm bas tu.... balik2 umah je smua owg xda..yg ada pun adik junior aku si zuria je...memang sunyi la rumah...tak pasal2 si zue tu kena layan ak...hahahha...nasib la...

baru je nak lelap mata, si syira osman pn balik....ak smpat jawab soalan dia dri blik je...pastu ak dah tak sedar dah...zzzzz


ari ni syira osman ngan si zuria dok ajak ak g pasar pagi...arhh...tak larat ak nk ikut...jdi ak dok umah je...sorang2 plak tu..umah sebelah pun smua ikut rmbongan psar pg tu...hahhahha have fun kowg..!!

p/s: gambar ad kat zafirah....erm...dok tnggu dia post kt fb ni..


xxx_zue zue

Rabu, 4 Julai 2012

PeRjAlAnAn KeHiDuPaN

Sejak masuk2 sem ni...banyak betul yang menguji kesabaran aku hinggakan aku terpaksa berperang di dalam diri untuk terus bersabar atau serang je menggunakan bahasa yang ada dalam kamus baran aku... Tapi Alhamdulillah...setakat ni baran aku jarang menang...kalau menang pun hanya seberapa ketika atau di masa2 yang tak sesuai... 
Oleh sebab itu, kalau aku marah aku diam...aku takut aku akan menyesal kalau aku mengeluarkan kata-kata dan seterusnya otak aku tidak mampu mengawal perasaan yang memberontak.

Buruk pasal diri aku ialah, aku tak suka pujuk orang yang merajuk bagi sebab yang remeh sedangkan aku ada hal yang lebih penting dari itu untuk diuruskan... (mungkin ini bagusnya aku single).

Tapi yang aku tak suka...walaupun aku buat tak tahu, biasanya otak aku berjalan dan menyelar diri sendiri. dan akhirnya aku kata... "biarlah sehari dua lagi..." tapi tetap aku fikir apa?, mengapa? dan Kenapa? tingkah lakunya seperti itu... serabutkan otak aku ni...?


Sabtu, 23 Jun 2012

FruitS Basket

Assalamualaikum...

korang tau pasal 12 zodiak cina?, kalau korang tak tau...baik korang google dulu...hehehehe...cuma nak bagitau aku zodiak monyet / kera.

**************

Dah google dah? dah tau binatang apa yg terdapat dalam 12 zodiak cina?....kalau dah tau...baru lah aku boleh cerita pasal Kartun Fruits Basket...

Cerita ni berkisarkan tentang Tohru Honda yang ketika itu baru sahaja kehilangan ibu nya yang tersayang... Tohru membesar tanpa ayah dan ibunya lah idola dan segala-galanya bagi Tohru...buat seketika Tohru dijaga oleh neneknya tapi hanya di awal episod dimana kemudiannya, neneknya pergi rumah mak saudaranya. demi tidak menyusahkan makcik dan neneknya...dia sanggup menetap di dalam khemah yang didirikan di dalam hutan...dan kemudiannya Tohru berjumpa dengan dengan Shigure Sohma dan bermula kisah baru dalam hidupnya di mana dia dibenarkan menetap dengan keluarga Sohma...

Keluarga Sohma terdiri daripada jejaka2 yang hensem menyebabkan Tohru menjadi mangsa cemburu teman sekelasnya...dan isi penting dalam cerita ini ialah keluarga Sohma ni sebenarnya disumpah menjadi 12 binatang zodiak dan 1 binatang yang tiada dalam zodiak, diorang kebanyakkannya lelaki dan beberapa perempuan. Mereka akan bertukar menjadi binatang bila dipeluk oleh seseorang yang berlainan jantina dengan serta merta dan akan bertukar kembali menjadi manusia beberapa minit kemudian. Cerita ni tak da la serius sangat....korang boleh terbahak-bahak ketawa dan kadang2 menangis sedih...ketawa sebab sikap Tohru yang sentiasa 'blur' dan gelabah, dan sikap Shigure (anjing) yang cool dan selamber tapi nakal...walau apa pun Shigure seorang yang sangat matang bila berdepan dengan masalah....

Yuki Sohma pulak disumpah menjadi tikus, dia merupakan teman sekelas dengan Tohru bersama Kyo Sohma (kucing)..Yuki menjadi kegilaan wanita kerana kecomelannya dan rakan sekelasnya suka menyuruh Yuki memakai pakaian wanita. dan yang penting yuki dan kyo sngat suka bergaduh...namapun kucing dengan tikus kan...
Yuki - pendiam, bijak, baik
Kyo - panas baran, menjadi kegilaan kucing betina, dalam diam dia sebenarnya baik juga.

Kisah hidup Kyo antara kisah yang sangat menyedihkan sebenarnya... Kyo adalah sumpahan zodiak yang unik...disebalik perubahannya kepada kucing...dia sebenarnya boleh berubah menjadi binatang yang busuk dan pelik bentuk badannya jika dia tidak memakai gelang pemberian gurunya... dari kecil dia disisihkan oleh masyarakat...tapi dengan adanya guru yang membimbing dia...Kyo menjadi berani menghadapi masa depan..kerana walau marah macam mana pun..hanya gurunya saja yang dapat melembutkan hati Kyo yang panas baran....disebabkan Kyo adalah sumpahan binatang yang bukan daripada 12 zodiak...dia tak boleh masuk ke rumah utama yang diduduki oleh ketua mereka Akito Sohma.

Yuki ada abang yang juga mendapat sumpahan menjadi ular (Ayame)...



Zodiak cina ada 12....dan 1 binatang yang tiada dalam zodiak cina (kucing), dan ada 4 watak penting  dan yang lain nya watak sampingan yang turut menyerikan lagi siri ini...13 zodiak ini masing2 ada kisah hidup yang tersendiri dan kesemuanya sedih T_T kalau ak cerita...sampai besok pun tak abis...huhhuhuhuhu...


mempersembahkan Fruits Basket Opening Song!!




xxx_zue zue


Festival Filem & Video Pelajar Malaysia

Assalamualaikum....
Pelik tak tetiba aku update pkul 2.30 pg ni...ak xleh tido (wlaupun penat), sebab baru je habis mlm kemuncak Festival Filem & Video Pelajar Malaysia yg dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti aku sendiri iaitu Fakulti Filem, Teater & Animasi, Univesiti Teknologi Mara (UiTM). Jujurnya aku amat berbangga sb menjadi sbhagian dripadanya...wlaupun aku hnya bantu Lecture jaga booth P.Ramlee dia demi markah je... walaupun hanya jaga booth,  penat juga la badan ni smpai nak demam sebab dewan dia memang sangat2 sejuk (booth P.Ramlee tu dlm Dewan Sri Budiman UiTM), kemudian aku kena pergi sna dri 8.30 pg sehingga hampir pukul 12 tengah malam. mau nya tak penat. 

Festival ni hanya 3 hari, iaitu pada 22, 23 & 24 Jun, dan ia melibatkan semua Universiti kat Malaysia ni... Proud to say that my University win hampir 70 % kategori yg di pertandingkan...wah!!
Malam kemuncak tdi ramai jugak artis yang hadir dan membuat persembahan antaranya Mawi, M.Nasir, Dina, Fahrin Ahmad, Vanida Imran, Lisa Surihani, Yusri, Norman KRU dan ramai lagi....

Satu benda yg buat aku teruja sepanjang Festival berlangsung...iaitu Wacana Seni "Kick and Punch : Workshop on Fight Choreography", dari mengantuk terus segar mata aku dibuatnya....yang penting diowg lawan betul2 depan mata aku dan sangat tangkas berlawan dan mengelak....dan yang utama ak belajar sesuatu daripadanya...(dan salah seorang abang yang buat demonstrasi tu hensem!! :-P). Diowg berjaya buat aku jatuh cinta dengan stuntmen walaupun bahaya...aku suka tengok diowg berlawan je....hahahha...dan buat aku nak juga berlawan sama...arhhh!! (pelik2 la aku ni...)

ok...cukup untuk hari ini, cuma nak tanya...kowg pernah dengar atau tonton kartun Jepun "Fruits Basket"?, aku amat2 suka kartun tu...selain Detective Conan la...kalau aku rajin...aku akan update pasal tu esok...bye2 selamat malam (atau pagi)...wassalam...


xxx_zue zue


Rabu, 6 Jun 2012

MeMaHaMi

Kadang2 aku kecewa dengan diri sendiri bila aku salah memahami dirinya, tapi bukan aku tak cuba...setiap kali berhadapan dengan dia, aku cuba memahami dirinya, tingkahlakunya, sebab mengapa dan kenapa kelakuannya... tapi hasil yang aku lihat ialah...sebanyak mana aku cuba memahaminya sebanyak itulah aku makin tidak mengerti dirinya.

Banyak dalam dirinya membuka mataku tapi sebanyak itu jugalah prinsip hidupnya tidak aku setuju membuatkan aku memarahi diriku sendiri kerana tidak berfikiran kosong untuk cuba memahami dirinya. YA!! itu yang aku buat, kosongkan minda, hati dan perasaan jika aku mahu memahami seseorang dan kemudian aku kuasai diriku semula untuk fikirkan kembali apa yang aku tahu betul dan salah. Sebab itu kadang2 aku lambat membuat keputusan.

Bila mulut jarang bersuara membuatkan otak aku berlari luar biasa pantasnya, memikirkan tentang kepingan2 gambaran kehidupan yang perlu aku cantumkan supaya aku tidak membuat kesilapan yang sama, aku tahu dimana kelemahan tindakanku dan kesilapan yang tidak harus ku ulangi lagi...selebihnya aku simpan dalam kotak ingatan supaya ia boleh digunakan bila ada yang memerlukan.

Aku dulu pendiam yang terbaik sebenarnya, aku jarang bercakap bila berhadapan dengan orang yang tidak aku kenal dan aku boleh diam sepanjang hari jika diperlukan...tapi kini aku jarang dapat melakukan itu, kerana aku dikelilingi orang2 yang ceria dan riuh seperti ALLIA, SYIRA, IKA, NAD,NIK dan FAEZAH. Dalam keluarga aku sendiri aku dikelilingi oleh ahli keluarga yang peramah...tambah2 AYAHku yang tersayang... suara dia bersembang saja boleh kedengaran satu rumah...



Salam Sayang : xxx_zuezue

Selasa, 5 Jun 2012

pENgAlAmAn PeNgEmBaRa

kehidupan ku pernuh dengan warna warni sepanjang cuti ni....masa utk diri sendiri, masa utk keluarga dan masa untuk online telah dimanfaatkan sepenuhnya...mungkin ada yang tidak tahu yang aku baru je ditahan wad minggu lepas selama 3 hari 2 malam dan kini ak sudah pun berada di puncak perdana untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar... sebab apa ditahan di wad?, rasanya macam tak penting untuk ambil tahu...cukuplah aku katakan ak sudah semakin sihat untuk meneruskan kehidupanku. warna warni yang aku maksudkan diatas ialah, macam2 benda yang berlaku pada aku...ingat lagi tak sal ak jatuh moto?, kaki ak cedera sebab tongkat moto?...dan yang terbaru aku berjaya dapat lesen kereta dan kemudian dimasukkan ke wad kenanga hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani...

Aku cuma mampu tersenyum bila memikirkan balik susunan perkara2 penting yang belaku dalam kehidupanku sepanjang cuti ini...

Tapi hasil pengalaman di wad kenanga tu, aku temui diriku yang sebenar...aku temui kehidupan yang sebenar...aku temui jalinan kasih seorang insan terhadap insan lain selain rasa takut pada jarum yang terpaksa ak tempuh 3 kali sehari di wad tersebut dengan perasaan pasrah... :D (ak xpernah ada rasa takut itu sebelum ni walaupun ak pernah kena cucuk).


sepanjang berada di wad, mata aku sentiasa berjalan melihat kehidupan, manakala mulut tertutup dan hanya tersenyum...



salam sayang:xxx_zue zue

Selasa, 8 Mei 2012

My Video


Salam semua.... inilah video-video yang saya janjikan semalam... dan kesemuanya ada 6 sahaja.... seperti yang saya katakan semalam, tak semua saya letak dalam youtube dan di sini...saya pilih juga yang sesuai dan baik untuk dipertontonkan kepada semua... anyways..thanks for waching!!
















Hak Cipta Terpelihara : xxx_zuezue

PeNgAlAmAn

Salam semua...kalau ada yang pernah membaca, tahun lepas saya sudah pun menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Beijing, China dan pernah menyatakan akan menulis pengalaman saya disini....seperti kamu semua mengenali saya (mungkin) ...saya akan menulis berjela-jela hanya untuk perjalanan sehari...jadi saya rasa baik saya tak payah menulis...tapi saya beri kamu semua tonton video yang telah saya rakam dan upload di youtube sepanjang saya berada disana.. (tak lah "sepanjang" sangat sebab saya akan pilih juga..)

Memandangkan saya masih tengah menunggu video di upload... saya harap ada yang sanggup menantinya sehingga besok k...

salam sayang : xxx_zuezue

Ahad, 6 Mei 2012

PeNgAlAmAn & CaBaRaN sAyA

Cuti ni saja boleh dikatakan pelbagai musibah yang datang...antaranya jatuh moto dan yang terkini (kejadian berlaku hari jumaat lepas), ibu jari kaki kiri aku kena tongkat moto masa nak keluarkan moto dari paking. Aku terlupa nak angkat tongkat (cuai kan aku..ermm...) dan akibatnya ibu jari kaki aku dah tak ada kuku. Sebenarnya waktu kejadian, kuku tu hampir 90% terkeluar tapi aku tak boleh nak tanggalkan sepenuhnya sebab sangat-sangat sakit... dan banyak darah...kebetulan terkena masa aku nak keluar dari shopping mall. Bayangkan macam mana aku nak kena tukar cluch...tapi sejujurnya masa tu masih kebas2 lagi...

Paling tak boleh lupa apabila reaksi adik aku mengalahkan aku yang menanggung sakit ni...sebab aku diam je...dia hanya perasan ada tak kena dengan aku bila lima minit kemudian (setelah aku tarik moto keluar dan aku diam beberapa saat) aku kata "sakit", satu perkataan yang membuatkan dia mencari punca perkataan itu keluar dari mulutku. kemudian baru dia gelabah...

"angah okay tak"
"sakit tak"

 Aku senyum, dan aku bawak moto macam biasa...atas moto dia tanya lagi..
"angah okay tak"
"boleh tak bawak moto ni"
"banyak darah tu"

dan banyak soalan lagi yang aku tak dapat ingat keseluruhannya kerana akhirnya aku gelak selepas menjawab soalah pertama... kemudian aku jawab " adik nak suruh angah jawab apa sebenarnya...?" dan aku gelak lagi...

"yela...kenapa angah tak jerit, menangis ke?, asal angah diam je? tak sakit ke?"

soalan tu lagi la buat aku gelak geli hati atas moto...sedangkan kaki aku dah berdenyut-denyut sakit...jujurnya aku tak percaya dia boleh tanya soalan macam tu....pelik sangt ke...? memang la lepas tu jadi bahan aku bila cerita balik kat mak dan ayah...

antara dialog Mak dan ayah aku  :
"tu tandanya adik sayang angah"
"komander la katakan...mesti la tahan..."


suatu kenangan yang tak boleh dilupakan, keadaan jari aku dah beransur pulih walaupun masih sakit tapi tak lah seteruk malam pertama kerana sering bangun akibat kaki terkena sesuatu (lebih daripada lima kali jugak aku bangun tengah malam). Ari kedua aku terpaksa ambil ubat tahan sakit dan semalam aku dah potong kuku mati...rasa okay la sikit tapi ari ni masih sakit lagi...doakan yang terbaik k..


p/s : jari aku sekarang nampak ngeri setelah potong kuku mati..ermmm..



PeNgAlAmAn & CaBaRaN sAyA : xxx_zuezue

Isnin, 30 April 2012

KeNaNgAn DuLu

Tadi petang ayah balik kerja dan ada bawa nenas dari pejabat (ayah aku kerja Jabatan Pertanian), tiba2 dia hulurkan tangan pada aku. Katanya ada sesuatu masuk dalam tapak tangannya, macam duri dan minta tolong aku keluarkan sebab rasanya tak selesa...aku pun keluarkan lah...

Peristiwa tu amat bermakna buat aku....kerana apa? kerana semasa aku kecil aku boleh dikatakan lasak...tangkap anak ayam, suka panjat bukit hutan belakang rumah dengan kawan2 abang aku dan aku akan balik dengan satu sebab iaitu aku tercedera. Tak kiralah sebab jatuh basikal ke, berlari ke atau selumbar (serpihan kayu)  masuk kat tangan, atau tapak kaki...masa tu la nak tengok aku jadi budak baik. Masuk rumah awal dan diam je(keluar main biasanya pukul 5 sampai sebelum pukul 7). Biasanya apa2 pun jadi pada aku walaupun luka berdarah sekalipun aku tak akan mengadu pada mak dan ayah, aku akan diam je tapi cuma satu benda je aku akan mengadu pada ayah aku, pasal selumbar. Kerana ayah aku teror bab2 keluarkan selumbar atau duri dari tapak tangan atau tapak kaki guna pisau lipat dia yang ada pelbagai kegunaan tu...kalau aku main kat hutan belakang rumah tu memang kadang2 aku akan kena selumbar dan orang yang pertama aku cari ayah. 

Peristiwa itulah yang buat aku gelak gembira...dan boleh dikatakan aku hampir menangis....(gedik tak aku nak nangis2), betapa segalanya cepat berubah...rasanya baru semalam aku hulurkan tangan kat ayah tapi kini ayah pulak hulurkan tangan kat aku....betul2 menyingkap kenangan 14 tahun lalu...

me with my dad.. love you so much!!

salam sayang : xxx_zuezue

Ahad, 29 April 2012

GeLaBaH

Terus terang ak katakan...ak tak suka rasa gelabah atau takut yang berlebihan....kerana saat inilah aku rasa ak nak keluarkan jantung supaya duduk di luar badanku... ada masanya aku boleh bertenang....luar biasa tenangnya bila berhadapan dengan sesuatu sehinggakan orang akan tanya :

 'asal ko releks sangat?, macam tak jadi apa2...'

Biasanya aku akan balas dengan senyuman atau ketawa, kerana apa...aku tak suka akan rasa gelabah... dan bila aku gelabah...orang disekeliling akan sangat menyesal bila buat aku gelabah...sesuatu yang senang terasa sukar...sesuatu seperti bernafas pun aku dah tak rasa penting untuk aku lakukan ketika itu...yang aku tahu aku mesti lengkapkan...atau selesaikan benda yang membuat aku gelabah itu...dan biasanya orang disekeliling aku akan terpengaruh dengan tindakan aku yang kelam-kabut dan suara aku macam tengah menangis (padahal aku tak menangis pun..)


Ye...bila teringat balik peristiwa itu akan menjadi bahan gelak oleh kawan2 ku... tapi sehingga sekarang aku masih tak pasti bagaimana nak mempengaruhi fikiranku supaya berfikiran sentiasa tenang bila dilanda masalah...

salam sayang : xxx_zuezue



Isnin, 23 April 2012

DiNnEr Oh DiNnEr

Salam semua....adakalanya aku tak tahu benda apa yang patut aku coretkan disini dan kadang2 ia terasa mengarut...kalau la aku boleh  berterus-terang... banyak kali juga aku menulis dan kemudian memadamnya semula...walaupun seperti biasa aku menulis seperti membuat karangan tingkatan 5 panjangnya...
DINNER, itu yang bermain di fikiran aku, dengan bayaran sejumlah RM 60 dan menghadiri majlis formal itu dengan hati yang gembira (mungkin). Membawa tema 'Arabic Gold', aku seperti mati kutu nak pakai apa dan sampai ke sudah aku masih belum memutuskan untuk menghadirkan diri atau tidak ke majlis itu... kat bawah aku senaraikan beberapa sebab kenapa aku nak dan tak pergi.

NAK PERGI sebab :
- semua kawan2 aku macam dah tetapkan keputusan yang mereka akan pergi
- mungkin ini peluang aku untuk bergembira dengan rakan2 komander ku yang lain seperti rakan2 kompeni B
- ni sem yang terakhir aku sebagai Komander
- mungkin sem yang terakhir mencipta kenangan bersama rakan-rakan komanderku


TAK NAK PERGI sebab :
- aku tak tau aku sempat habis ambil lesen kereta atau tak (alasan sangat kuat)
- tak ada idea nak pakai apa mengikut tema
- Duit
- mungkin kena balik Kolej awal (itu mungkin tak kesah sangat)


Mungkin alasan aku tidak berapa kukuh...selain ada alasan yang aku rasa tak patut aku tulis disini selain kena menjaga hati beberapa pihak (mungkin). Apa2 pun aku masih tidak membuat keputusan lagi...

Salam Sayang :
xxx_zuezue

Selasa, 17 April 2012

AkU sAyAnG kOrAnG !!

Banyak rintangan yang di lalui bersama...suka, duka, ketawa, gembira, bergaduh, bertengkar, salah faham, marah, tak puas hati...banyak berlaku antara kami...tapi bagi aku itu lumrah kehidupan manusia kerana aku juga insan biasa yang kadang2 hanyut dalam kemarahan yang bagai api menyala....tapi jauh disudut hati aku amat menghargai kehadiran mereka dalam hidupku...mereka banyak mengubah aku ke arah fasa remaja yang semakin matang dan semakin mengenali dunia kehidupan...

Aku rindu keriuhan suara NAD bergurau dengan SYIRA
Aku rindu suara mengada PIJO yang jarang dapat di dengar
Aku rindu kelantangan suara NIK bercerita
Aku rindu ketajaman kata-kata IKA dan gurauannya

ya aku rindu mereka dan sem depan merupakan sem terakhir (mungkin) aku bersama mereka...


Jangan risau...aku tak pernah lupakan kawan2ku dari kompeni B... sem depan mereka dah tiada didepan mata...walaupun tidak semua aku rapat tapi mereka sangat mesra dengan aku macam dah lama mengenaliku...

WARDAH dengan sikap mengambil beratnya
ANA dengan perwatakan cute nya
SASA yang kadang-kadang tak dapat beza bila dia marah atau bergurau
RADZIAH yang macam budak2 tapi kalu marah...takut aku
DIBA yang comel lagi cute
BELLA dengan sikap selamber dia
IKA KATIMIN yang mengada-ngada yang cute
FIONA yang selalu mencari DIBA
AIN yang tegas tapi comel je
FIZA dengan drama korea dia..
IZYAN yang selalu malu dan merah muka kalu buat benda pelik2 kat dia
SAADAH yang senang diajak bersembang
KD yang selalu dengan Kak Nilam kesayangannya
TZ yang jarang sekali dapat ku lihat mukanya sem lepas
TY yang selalu melawat ke bilik aku dengan WARDAH

korang sebahagian dalam hidup aku, menghiasi dan menceriakan hari-hariku di Puncak Perdana...menjadi sebahagian sebab kenapa aku masih KOMANDER KESATRIA UiTM sehingga sekarang... kita pernah lalui masa cerah dan gelap bersama dan korang sentiasa disamping aku saat aku memerlukan tempat berpegang sebelum terjatuh menyembah bumi... walau pun nanti kita jauh... aku yakin banyak cara untuk kekalkan hubungan persahabatan ini... SAYANG KORANG SELAMANYA...!!


masa persembahan utk Dinner komander

Kawan2 dari kompeni N


Ain dan Sasa


keluarga Besar Komander Puncak Perdana




Ati, TY & TZ

Me!! cantik tak mata aku?...hahahha

Ika AHmad

Pertama kali keluar overnight bersama

Syira Osman


Aku, Syira & Pijo

Nad

Syira, Pijo, Aku & Nik

Aku bersama Wardah


keluarga besar aku di rumah 5D11


gambar sebelum turun bertugas..

Syira & Nad


Kakak kesayanganku Kak Kama & Kak Aisyah


semasa sambutan Hari Raya tahun lepas..


Salam Sayang : xxx_zuezue