Isnin, 24 Oktober 2011

My BiRtHDay.... and My Wish....

 Hanya 11 hari lagi genap la umurku 19 tahun..... apa yang aku harapkan?
- dapat result exam yang gempak
- lebih matang dalam membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
- hidup  yang sentiasa diberkati
- selalu memberikan kasih sayang kepada orang yang sepatutnya terutama keluarga  dan kawan-kawan.


Bab hadiah pulak aku tak pasti perlu atau tak aku senaraikan disini sebab bagi aku apa yang aku inginkan tidak lebih sekadar nafsu yang ingin memiliki tapi percaya atau tak...hanya dua benda sahaja dalam kepala otak aku ni yang aku inginkan yang sebenarnya dah lama aku pendam sejak 5 tahun kebelakangan ini iaitu camera dan handphone flit yang nipis dan comel warna biru....


apa-apa pun terima kasih kerana membaca.....apa yang penting doa kalian yang mengharapkan kebahagiaan aku sudah cukup memadai......sayang korang...


love : xxx_zue zue

Ahad, 23 Oktober 2011

IstAnA, pUlAu @ PaNtAi.....

Dulu istana, sekarang pulau dan pantai pulak.....teknologi canggih masa kini kalau tak manfaatkan memang anda seorang manusia yang rugi.....disebabkan teknologi jugak aku dapat gambaran pelbagai keindahan ciptaan Ilahi....arhhh..bertapa aku ingin merantau dan pergi ke tempat2 yang indah dalam dunia ni..mengambil gambar2 yang cantik dan mengabadikan kenangan dengan mengamati dan melihat sendiri keindahan2 itu.....


cantik kan pulau ni....  "Capri is one of the most beautiful Island in the world"
itulah petikan yang diberikan tentang pulau Capri yang memang terang lagi bersuluh kenyataannya...

Bab istana pulak, aku bukan nak bermimpi nak menjadi seorang puteri ataupun isteri kepada jutawan yang memiliki banyak harta hingga memiliki istana  sebagai singgahsana terindah tapi aku ingin melawat atau lebih tepat lagi ingin menikmati keindahan istana itu sahaja....aku sedikit pun tak pernah bermimpi atau berimpian menjadi macam snow white.... kerana aku hanya ingin berada disana dan menikmati keindahannya.... sebenarnya kecantikan terus daripada mata ialah kecantikan yang tiada tolok bandingnya....sebab itu aku suka untuk lihat sendiri..... mula suka istana2 ni sejak aku masuk ke alam anime kegemaran aku ....arhhh.....aku harap sangat dapat menjadi sebahagian orang yang dapat menikmati sendiri keindahan itu....

Mont St. Michael, Perancis

Neuschwanstein Castle, Jerman 

cantik kan?,dalam link ni (10 Istana Tercantik di Dunia) korang boleh tengok semua istana2 yang cantik dan aku pasti korang akan mula berimpian yang sama macam aku......iaitu ingin sekali melihat keajaiban itu sendiri....dengan menggunakan kesemua pancaindera korang yang ada....mungkin satu hari nanti..mana tahu ada rezeki aku nak melawat istana2 ni.......hahahahhaa....mungkin aku boleh mimpi yang indah sekarang....


salam sayang : xxx_zue zue

Khamis, 20 Oktober 2011

CeRiTa & CiNtA

Di saat aku menghabiskan cuti ni aku di kelilingi suasana perasaan yang suka pada benda2 yang jiwang karat ni temasuk cerita korea yang bersungguh-sungguh aku cuba elakkan untuk menontonnya.... tapi jujurnya aku suka cerita cinta yang tak serius dan membuatkan aku gelak ceria....dan tak sedih.....ada la jugak sedihnya tapi tak banyak la....dan satu2 cerita korea yang aku tengah layan sekarang ialah Coffee Prince....cerita dia mengisahkan tentang seorang perempuan yang menyamar menjadi seorang lelaki semata-mata ingin bekerja dekat Coffee Prince Cafe ni yang hanya mengambil pekerja lelaki........pelbagai masalah yang dihadapi sehingga seorang demi seorang pekerja kedai coffee prince ni tau akan penyamarannya.......disamping itu perempuan ni sebenarnya dalam diam dah jatuh hati pada pemilik kedai yang hensem ni..... sebenarnya cerita ni mungkin dah nak habis sebab aku tengok dah nak ke happy ending dah tapi kalau korang rasa nak tengok juga korang boleh la tengok kat NTV7 pukul 12 sampai 1 tengahari.....cerita ni tak serius sangat sebab pekerja kat coffee prince tu pun pelbagai ragam...kalau korang tengok masa penyamaran dia tidak diketahui lagi...korang akan gelak tak kering gusi dengan watak Go Eun Chan.....


itu pasal satu-satunya cerita korea, ni pulak pasal cerita luar negara yang diadaptasi daripada novel iaitu ' siri Twilight Saga  Breaking Dawn', yang ni pulak adik aku punya pasal....dulu aku buat do no je sebabnya mungkin aku da benda lain yang lebih penting aku kena fikirkan.....dah sebulan lebih aku duduk rumah, aku pulak terpengaruh dengan novel ni...adododododo....mulanya malas nak baca sebabnya buku ni boleh tahan tebalnya..( aku ni jenis kalau dah baca tak reti nak berhenti) disebabkan buku ni aku dah terlupa yang aku ada fb, twitter, blog, dan sebagainya...... dan aku mengambil masa 3 hari untuk habiskannya jika ditolak hari yang aku terpaksa study untuk exam muet aku......pencapaian yang tidak begitu membanggakan sebab mungkin aku boleh membaca lebih cepat daripada tu...erm...... semalam pulak aku habiskan masa sehari dengan adik untuk tengok balik movie siri twilight saga yang sebelum ni iaitu ' twilight', 'New Moon', dan 'Eclipse'.....arhh..... falling in love with Edward, and Jasper....dan  otak aku mula mereka pelbagai angan-angan yang mungkin aku boleh gunakan untuk skrip aku akan datang.....


apa-apa pun aku masih layan lagi cerita melayu iaitu 'Katsarin' kat Tv1, cerita ni aku layan masa sebelum aku menjalankan misi membaca buku 'Breaking Dawn' lagi....ye lah bosan punya pasal tiba-tiba macam tertarik pulak dengan cerita ni yang ditayang kan pada pukul 1 sampai 2 pm ni....

kalau korang nak tahu, semua cerita yang aku membebel kat atas ni semuanya berkisar tentang CINTA, susah nak mengaku tapi sesungguhnya aku memang jiwang tapi aku cuba mengelak dari kenyataan dengan melayannya sekali sekala sahaja, aku yakin bila aku sambung belajar balik nanti minat itu akan sikit2 aku lupa kan....dan ia akan datang kembali bila aku bosan.....




p/s : terima kasih kerana sudi membaca....komen2 la kalau korang tau cerita yang aku tulis ni... sementara tu korang layan official trailer breaking dawn ni k...... sesungguhnya kalau korang cari kat youtube...official trailer dia memang banyak, tak termasuk yang peminat buat lagi.....erm.....





Salam Sayang : xxx_zue zue




Khamis, 13 Oktober 2011

HaI uMur.....

Salam..... Alhamdulillah hari ini aku masih bernyawa lagi bagi menempuhi hari-hari yang mendatang dengan penuh kesyukuran.... sebenarnya baru sebentar tadi post status fb seseorang menarik perhatian aku...post dia lebih kurang macam ni
 'umo aku dah 18, tp xpnah list kan adiah yg aku nk sgt2.... thun depn, ak akn list-kan.... pe ampa pduli, ak pnya list bukn ampa pnya !!! wueeeeeekkkkkkkkkk'

Aku bukan nak list kan hadiah yang aku nak untuk birthday aku tahun ni tapi angka umur tu yang sebenarnya menarik perhatian aku......erm...korang tau tak kadang-kadang aku terlupa bahawa umur aku dah nak masuk 19 tahun ( sekali lagi aku tegaskan umur aku baru 18 selagi hari lahir aku belum menjelma...) kadang-kadang aku terpaksa membuat pengiraan takut aku salah...erm.....agak teruk rasanya bila lupa umur sendiri...tambahan saat2 genting iaitu semasa orang tanya pasal umur....sah2 aku gagap nak jawab sebab kena fikir dulu....padahal dah nak dekat akhir tahun dah....mungkin aku tak sedar aku dah makin meningkat remaja....hai zue..sedar la sikit...


okay la....sampai sini je post kali ni....kalau da yang terlintas...aku cerita lagi....bubbye...salam...

xxx_zue zue

Jumaat, 7 Oktober 2011

SiApA sAyA xxx_zue zue

Salam, buat pertama kalinya aku berani nak tulis pasal siapa diri aku yang memegang tandatangan xxx_ zue zue dalam blog ni.....erm.....siapa aku eik....nama yang diberi semenjak berumur 2 hari ialah Zulaikha binti Sabri yang kini berumur 19 tahun (2011). kini sedang menambung pengajian di UiTM Shah Alam kampus Puncak Perdana dan mengambil Diploma Penulisan Artistik (semester 3). dekat kampus, aku punya 2 kehidupan yang berbeza, iaitu sebagai seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajarannya dan juga seorang komander yang membantu cikgu menguruskan pelajar-pelajar semester 1 yang mengambil kokurikulum Kesatria Negara. dari sem ke sem, pelbagai pengalaman pahit manis aku alami bila bergelar komander, almaklum la....komander ialah insan yang paling dibenci tidak kira lah dipadang kawad atau pun diluar (sesetengah yang berdendam la) kerana bagi mereka kitorang ni kerek sey....kerja nak marah orang je tapi bagi aku itu satu cabaran untuk menjadi tegas kerana dalam Kesatria Nagara sendiri tiada prinsip mesra pelajar......tapi bila aku tidak memakai baju uniform, atau t-shit yang berkenaan Komander Kesatria Negara, aku adalah manusia biasa yang reti tersenyum mesra dan reti bermesra dengan sesiapa yang menegur.......walau apa pun aku sangat berharap kawan-kawan memahami tugas aku bila setiap kali aku menyarungkan pakaian kesatria.....susah lah kalau sedang aku bertugas, korang nak terasa dan merajuk dengan aku semata-mata aku ni kawan korang dan aku layan korang sama dengan budak-budak lain.... tapi aku cukup bertuah kerana kawan baik aku iaitu Nur Faezatul Farhana tu tidak pernah salah anggap dan sentiasa menghormati aku bila aku sedang bertugas....sangat beruntung dapat kawan macam dia, sebab aku tak suka nak pujuk orang yang merajuk pasal hal yang remeh...(sorry la k...)

k la...nanti aku sambung lagi k.....Salam Sayang....


xxx_zue zue

Selasa, 4 Oktober 2011

mEMoRi & KeNaNgAn 2



Entah kenapa, hatiku pilu apabila melihat gambar ni...banyak kenangan kitaorang bersama......
tetiba nak sedey2 plak kan....erm rindu sangat dengan diorang....




:-) : xxx_zue zue

mUnGkIn LaGu HaTi.....




Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku Sayang padamu
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini.....


p/s : entah kenapa, terasa lagu ni punya kaitan dalam hati....

luv : xxx_zue zue

Isnin, 3 Oktober 2011

My CoNaN iS mY LiFe

Salam semua......ari ni tiba2 je aku ada idea nak update pasal apa...jeng2....
aku baru je kemas almari khas untuk buku-buku kesayangan aku
....jeng...jeng...jeng...
iaitu rak khas untuk komik detektif conan, novel dan buku sherlock homes......
dan tak lupa jugak dvd conan......tak pe la....dari aku melalut panjang lebar...ni aku persembahkan gambar2 yang aku tangkap ari tu.....

mula2 susunan pertama, novel diikuti conan


pastu susunan yg kedua, msih lagi conan.....

dah nak penuh dah.....cukup ke???

ni pulak edisi drama pentas....satu tajuk da 2 buku je iaitu A & B

ni pun sama, tapi tajuk lain....

ni juga...

dan ni juga.....

sah2 la tak muat kan.....sebab tu la kena susun mcm ni pulak....

ni pulak koleksi DVD Conan yg aku ada...tak banyak pun....

koleksi Sherlock Homes...bahasa melayu punya....hihihihi

ni la hasilnya setelah disusun semula, sebenarnya tak ada yang berubah pun .....cuma jilid dia je yang tidak mengikut
urutan sebab banyak tangan yang menyentuh, jadi aku terpaksa susun semula rak khas aku ni......sebab mata aku agak sakit bila tengok komik  dan buku2 kesayangan aku ni litang pukang.....tak rajin pun boleh jadi rajin... :-P




okay...ni je la post aku untuk kali ni, kalau ada idea lain aku update lagi k....

Salam Sayang : xxx_zue zue


AkHiRnYa BeRtUkAr......

Blog ni akhirnya bertukar wajah lagi, tapi Conan tetap dihati...
hahahhahaha....
tak payah nak cita la...korang mesti dah malas nak tahu kan...hihihi....
tapi aku tengok macam tak ada yang berubah kecuali 
wall paper dan cartoon cute kat sebelah kiri ni
.....erm.....
masih tak ada idea lain...walaupun aku berpuas hati dengan wall paper tapi aku macam tersedar dari lena ada yang masih tak berubah......hihihihihi.....tak idea la....

itu baru bab idea....
kalau korang perasan semua post aku kebelakangan ni merepek....(macam la korang baca kan...) mungkin sebab aku bosan duduk kat rumah...adoii......
besok cikgu kesayangan aku suruh aku pergi sekolah... ni yang aku lemah ni...segan la....dah la aku sorang2...sapa nak teman?? 
kalau tak pergi macam nak tempah maut je.....




k la....salam sayang untuk semua yang membaca...

xxx_zue zue