Zulaykha Zuhayra

Zulaykha Zuhayra

Rabu, 23 Julai 2014

Being Stage Manager

Salam,
 Wah....lamanya aku tak menulis disini, macam2 benda terjadi dan sekarang..... saya sedang praktikal...!! cepatkan masa berlalu....pejam celik tinggal lagi 2 sem je lagi sebelum aku menghabiskan Ijazah Sarjana Muda aku....Harap-harap dapat buat yang terbaik....aku nak buat mak ayah bangga datang ke Datc buat kali ke 2 untuk convo aku (btw Datc ialah Dewan Agong Tengku Naib Censelor UiTM Shah Alam).

Well apa yang menarik sem lepas?, ok pikir jap...ermm...ermm....
Subjek yang aku ambil buat pertama kalinya tanpa basic iaitu Stage Manager. Kalau sebelum ini aku sangat menitik beratkan subjek elektif yang bakal aku ambil. Ye lah, subjek elektif ni ialah subjek tambahan yang wajib ambil dan biasanya merupakan subjek yang luar dari bidang aku seperti seni layar, perngurusan, animasi, & teater. Jadi dalam kepala otak ni, mestilah aku akan ambil subjek yang senang bagi aku, kalau tak senang pun sekurang-kurangnya aku ada basic jadi tak ada lah terpinga sensorang kan...?, sebab aku ni suka main redah sensorang, kawan tak nak ikut aku tak kesah janji aku suka... 

Jadi subjek stage manager memang luar dari pengetahuan aku dan aku tak ada basic LANGSUNG....

---------------------------- ---------------Musik Suspen-------------------------------------------------

 The thing being a student in bachelor is lecturer will expect you to know everything and he/she will end up chat with you rather than teach you in class....untuk sesetengahnya lah.... (sy tak ckp smua), dan mulalah mengembaraan yang sukar buat aku dan beberapa orang rakan sekelas yg turut ambil subjek tersebut (well, first time xda basic kan so terpaksa cari geng jugak lah untuk meyakinkan diri). Segalanya muskil dan sangat berhati-hati, dari segi keja, dtg kelas dan sebagainya. Kena banyak tanya rakan management yang lain apa kena buat, ini maksud apa dan sebagainya....sampai pernah sekali aku rasa yang aku malas terus nk g kelas dan buat smua keja dia sebab aku tak tahu, aku tak faham dengan apa yang dia nak tapi Alhamdulillah aku siapkan juga semua kerja dia dan pementasan akhir untuk ujian kami walau dikritik hebat oleh beliau tapi aku dan rakan writing yang lain tetap puas hati dengan hasil kerja kami....cuma aku harap dan berdoa beliau akan bagi markah dengan adil dan saksama lah....

Kalau orang tanya aku adakah aku akan ambil subjek yang aku tak ada basic lagi lepas ni?, dan jawapan aku adalah ------------ mungkin--------------- tapi bukan dengan lecturer yang sama....huhuhuhu.... T_T




xxx_zuezue