Selasa, 10 Disember 2013

FiTA DAY!!!

Salam...
Bagi yang tak tahu, FiTA Day adalah hari yang dianjurkan oleh kesemua pensyarah dan pelajar Fakulti Filem, Teater & Animasi (iaitu fakulti aku) untuk mengetengahkan karya-karya pelajar seperti Pameran gambar, koleksi Animasi,  promosi filem dan pelbagai  lagi. FiTA day akan melibatkan semua pelajar untuk bekerjasama bagi menjayakannya. (ehhh...ter-formal lak)

Di sebabkan KESEMUA pelajar akan terlibat bermaksud aku pun terlibat sama lah... Mari2 datang beramai-ramai ke...





Sekeping @ satu gambar aku akan dipamerkan di Pameran Exsplorasi Lensa di samping 70 lebih gambar-gambar yang lain... (bangga jap) walaupun SEKEPING sahaja... Gambar aku diambil masa pergi Trip ke Johor tempoh hari....ermmm...btw jangan letak harapan tinggi2 sebab Saya Budak Baru Belajar...




xxx_zuezue

Sabtu, 7 Disember 2013

LuKa SeMaLam

Salam,
Aku nampak diri dia sebagai diri ini suatu ketika dulu, berusaha gigih melupakan di samping membuang rasa cemburu yang menular menjadi nanah hingga aku buat keputusan nekad pergi jauh tinggalkan kenangan. Walaupun aku tak tahu keseluruhan cerita, tapi aku pernah rasa sakitnya ditinggalkan kerana kekurangan diri...
Luka dan nanah yang tercipta sehingga sekarang tidak sepenuhnya pulih walaupun sudah hampir 6 tahun masa berlalu, mungkin ada yang mengatakan ia hanyalah cinta monyet...remaja yang baru ingin mengenal satu sisi lain yang dipanggil cinta.
Tapi kenapa ia masih terkesan sehingga sekarang?, sehingga aku takut memulakan sesuatu, mengizinkan hati mencari pengganti.

Kenangan itu masih menjadi bayang gelap hidupku, kesuraman hatiku.....hingga dia masih wujud dalam mimpiku walau tidak selalu. Aku positifkan diri, mengatakan wujudnya dia dalam mimpi aku hanya untuk mengingatkan aku bahawa berhati-hati....jangan terjatuh lagi dalam lubang kebahagian yang palsu itu....tangisan rintihan dan perkataan menyesal sudah tidak berguna selepas itu...

Arhhh...percaya atau tak, diri ini masih sedih menyingkap kenangan semalam, bila kah dia akan pergi...?





xxx_zuezue


Rabu, 4 Disember 2013

TiAdA jAwApAn

Salam,

Apabila mengalami kesusahan, kepayahan. Aku selalu menasihati diri....
'semua ni akan mematangkan kau untuk menjalani hari esok,'
Mungkin sesetengah orang, rezekinya murah untuk harta benda tapi bukan pada jodoh atau kasih sayang keluarga dan hakikatnya manusia tidak pernah bersyukur kerana Allah SWT tak akan bagi kelengkapan padanya melainkan dia terasa sempurna atau lengkap hidupnya kerana dia berasa bersyukur...


Banyak perubahan berlaku disekelilingku, banyak benda berubah dan banyak benda yang kadang2 telah biasa dibuat pada aku sehingga aku rasa benda tu membebankan diri aku sendiri kerana aku hanya berdiam diri. Masih bolehkah memegang kata
 'Berdiam diri adalah lebih baik dari berkata-kata?'


Aku sendiri tiada jawapan pasti....

xxx_zuezue