Sabtu, 23 Jun 2012

FruitS Basket

Assalamualaikum...

korang tau pasal 12 zodiak cina?, kalau korang tak tau...baik korang google dulu...hehehehe...cuma nak bagitau aku zodiak monyet / kera.

**************

Dah google dah? dah tau binatang apa yg terdapat dalam 12 zodiak cina?....kalau dah tau...baru lah aku boleh cerita pasal Kartun Fruits Basket...

Cerita ni berkisarkan tentang Tohru Honda yang ketika itu baru sahaja kehilangan ibu nya yang tersayang... Tohru membesar tanpa ayah dan ibunya lah idola dan segala-galanya bagi Tohru...buat seketika Tohru dijaga oleh neneknya tapi hanya di awal episod dimana kemudiannya, neneknya pergi rumah mak saudaranya. demi tidak menyusahkan makcik dan neneknya...dia sanggup menetap di dalam khemah yang didirikan di dalam hutan...dan kemudiannya Tohru berjumpa dengan dengan Shigure Sohma dan bermula kisah baru dalam hidupnya di mana dia dibenarkan menetap dengan keluarga Sohma...

Keluarga Sohma terdiri daripada jejaka2 yang hensem menyebabkan Tohru menjadi mangsa cemburu teman sekelasnya...dan isi penting dalam cerita ini ialah keluarga Sohma ni sebenarnya disumpah menjadi 12 binatang zodiak dan 1 binatang yang tiada dalam zodiak, diorang kebanyakkannya lelaki dan beberapa perempuan. Mereka akan bertukar menjadi binatang bila dipeluk oleh seseorang yang berlainan jantina dengan serta merta dan akan bertukar kembali menjadi manusia beberapa minit kemudian. Cerita ni tak da la serius sangat....korang boleh terbahak-bahak ketawa dan kadang2 menangis sedih...ketawa sebab sikap Tohru yang sentiasa 'blur' dan gelabah, dan sikap Shigure (anjing) yang cool dan selamber tapi nakal...walau apa pun Shigure seorang yang sangat matang bila berdepan dengan masalah....

Yuki Sohma pulak disumpah menjadi tikus, dia merupakan teman sekelas dengan Tohru bersama Kyo Sohma (kucing)..Yuki menjadi kegilaan wanita kerana kecomelannya dan rakan sekelasnya suka menyuruh Yuki memakai pakaian wanita. dan yang penting yuki dan kyo sngat suka bergaduh...namapun kucing dengan tikus kan...
Yuki - pendiam, bijak, baik
Kyo - panas baran, menjadi kegilaan kucing betina, dalam diam dia sebenarnya baik juga.

Kisah hidup Kyo antara kisah yang sangat menyedihkan sebenarnya... Kyo adalah sumpahan zodiak yang unik...disebalik perubahannya kepada kucing...dia sebenarnya boleh berubah menjadi binatang yang busuk dan pelik bentuk badannya jika dia tidak memakai gelang pemberian gurunya... dari kecil dia disisihkan oleh masyarakat...tapi dengan adanya guru yang membimbing dia...Kyo menjadi berani menghadapi masa depan..kerana walau marah macam mana pun..hanya gurunya saja yang dapat melembutkan hati Kyo yang panas baran....disebabkan Kyo adalah sumpahan binatang yang bukan daripada 12 zodiak...dia tak boleh masuk ke rumah utama yang diduduki oleh ketua mereka Akito Sohma.

Yuki ada abang yang juga mendapat sumpahan menjadi ular (Ayame)...



Zodiak cina ada 12....dan 1 binatang yang tiada dalam zodiak cina (kucing), dan ada 4 watak penting  dan yang lain nya watak sampingan yang turut menyerikan lagi siri ini...13 zodiak ini masing2 ada kisah hidup yang tersendiri dan kesemuanya sedih T_T kalau ak cerita...sampai besok pun tak abis...huhhuhuhuhu...


mempersembahkan Fruits Basket Opening Song!!




xxx_zue zue


Festival Filem & Video Pelajar Malaysia

Assalamualaikum....
Pelik tak tetiba aku update pkul 2.30 pg ni...ak xleh tido (wlaupun penat), sebab baru je habis mlm kemuncak Festival Filem & Video Pelajar Malaysia yg dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti aku sendiri iaitu Fakulti Filem, Teater & Animasi, Univesiti Teknologi Mara (UiTM). Jujurnya aku amat berbangga sb menjadi sbhagian dripadanya...wlaupun aku hnya bantu Lecture jaga booth P.Ramlee dia demi markah je... walaupun hanya jaga booth,  penat juga la badan ni smpai nak demam sebab dewan dia memang sangat2 sejuk (booth P.Ramlee tu dlm Dewan Sri Budiman UiTM), kemudian aku kena pergi sna dri 8.30 pg sehingga hampir pukul 12 tengah malam. mau nya tak penat. 

Festival ni hanya 3 hari, iaitu pada 22, 23 & 24 Jun, dan ia melibatkan semua Universiti kat Malaysia ni... Proud to say that my University win hampir 70 % kategori yg di pertandingkan...wah!!
Malam kemuncak tdi ramai jugak artis yang hadir dan membuat persembahan antaranya Mawi, M.Nasir, Dina, Fahrin Ahmad, Vanida Imran, Lisa Surihani, Yusri, Norman KRU dan ramai lagi....

Satu benda yg buat aku teruja sepanjang Festival berlangsung...iaitu Wacana Seni "Kick and Punch : Workshop on Fight Choreography", dari mengantuk terus segar mata aku dibuatnya....yang penting diowg lawan betul2 depan mata aku dan sangat tangkas berlawan dan mengelak....dan yang utama ak belajar sesuatu daripadanya...(dan salah seorang abang yang buat demonstrasi tu hensem!! :-P). Diowg berjaya buat aku jatuh cinta dengan stuntmen walaupun bahaya...aku suka tengok diowg berlawan je....hahahha...dan buat aku nak juga berlawan sama...arhhh!! (pelik2 la aku ni...)

ok...cukup untuk hari ini, cuma nak tanya...kowg pernah dengar atau tonton kartun Jepun "Fruits Basket"?, aku amat2 suka kartun tu...selain Detective Conan la...kalau aku rajin...aku akan update pasal tu esok...bye2 selamat malam (atau pagi)...wassalam...


xxx_zue zue


Rabu, 6 Jun 2012

MeMaHaMi

Kadang2 aku kecewa dengan diri sendiri bila aku salah memahami dirinya, tapi bukan aku tak cuba...setiap kali berhadapan dengan dia, aku cuba memahami dirinya, tingkahlakunya, sebab mengapa dan kenapa kelakuannya... tapi hasil yang aku lihat ialah...sebanyak mana aku cuba memahaminya sebanyak itulah aku makin tidak mengerti dirinya.

Banyak dalam dirinya membuka mataku tapi sebanyak itu jugalah prinsip hidupnya tidak aku setuju membuatkan aku memarahi diriku sendiri kerana tidak berfikiran kosong untuk cuba memahami dirinya. YA!! itu yang aku buat, kosongkan minda, hati dan perasaan jika aku mahu memahami seseorang dan kemudian aku kuasai diriku semula untuk fikirkan kembali apa yang aku tahu betul dan salah. Sebab itu kadang2 aku lambat membuat keputusan.

Bila mulut jarang bersuara membuatkan otak aku berlari luar biasa pantasnya, memikirkan tentang kepingan2 gambaran kehidupan yang perlu aku cantumkan supaya aku tidak membuat kesilapan yang sama, aku tahu dimana kelemahan tindakanku dan kesilapan yang tidak harus ku ulangi lagi...selebihnya aku simpan dalam kotak ingatan supaya ia boleh digunakan bila ada yang memerlukan.

Aku dulu pendiam yang terbaik sebenarnya, aku jarang bercakap bila berhadapan dengan orang yang tidak aku kenal dan aku boleh diam sepanjang hari jika diperlukan...tapi kini aku jarang dapat melakukan itu, kerana aku dikelilingi orang2 yang ceria dan riuh seperti ALLIA, SYIRA, IKA, NAD,NIK dan FAEZAH. Dalam keluarga aku sendiri aku dikelilingi oleh ahli keluarga yang peramah...tambah2 AYAHku yang tersayang... suara dia bersembang saja boleh kedengaran satu rumah...



Salam Sayang : xxx_zuezue

Selasa, 5 Jun 2012

pENgAlAmAn PeNgEmBaRa

kehidupan ku pernuh dengan warna warni sepanjang cuti ni....masa utk diri sendiri, masa utk keluarga dan masa untuk online telah dimanfaatkan sepenuhnya...mungkin ada yang tidak tahu yang aku baru je ditahan wad minggu lepas selama 3 hari 2 malam dan kini ak sudah pun berada di puncak perdana untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar... sebab apa ditahan di wad?, rasanya macam tak penting untuk ambil tahu...cukuplah aku katakan ak sudah semakin sihat untuk meneruskan kehidupanku. warna warni yang aku maksudkan diatas ialah, macam2 benda yang berlaku pada aku...ingat lagi tak sal ak jatuh moto?, kaki ak cedera sebab tongkat moto?...dan yang terbaru aku berjaya dapat lesen kereta dan kemudian dimasukkan ke wad kenanga hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani...

Aku cuma mampu tersenyum bila memikirkan balik susunan perkara2 penting yang belaku dalam kehidupanku sepanjang cuti ini...

Tapi hasil pengalaman di wad kenanga tu, aku temui diriku yang sebenar...aku temui kehidupan yang sebenar...aku temui jalinan kasih seorang insan terhadap insan lain selain rasa takut pada jarum yang terpaksa ak tempuh 3 kali sehari di wad tersebut dengan perasaan pasrah... :D (ak xpernah ada rasa takut itu sebelum ni walaupun ak pernah kena cucuk).


sepanjang berada di wad, mata aku sentiasa berjalan melihat kehidupan, manakala mulut tertutup dan hanya tersenyum...



salam sayang:xxx_zue zue