Khamis, 29 Mac 2012

SuAtU wAdAh PeNgKoNgSiAn

Aku jumpa satu  cerita/cerpen dalam 'mukabuku', ceritanya mampu membuatkan aku jadi patung batu buat seketika tanpa aku sedar...cerita yang penuh motivasi dan menyedarkan diri aku terhadap satu idea atau pengetahuan yang baru... 
petikan ini  berjaya beresap sepenuhnya dalam minda aku : 

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


kalau korang nak baca ini link dia, enjoy...



hamba Allah SWT yang ingin berkongsi :
xxx_zue zue



Ahad, 25 Mac 2012

BaLiK !!

Bila akhir sem, perkara yang paling aku tak suka ialah kemas rumah bagi kosong... penat/ pening.... barang ni nak letak mna, mna yang kna bwk blik, mna yg tak...adoii...kdang2 aku lebih suka buat keja last minit sebab malasnya tak terasa sebab kalut nak balik. Dalam bas nanti keja aku tido je...hahahhaha tapi aku ni seorang pelupa...kejap lagi ada je yang tertinggal, terlupa la....mintak dijauhkan lah...

beg yg smpan stor

plastik hitam tu bkn smpah tau...


ok ada sehelai lagi baju...

Paper akhir pukul 2.15 pm sampai 4.15 pm...kmudian kemas2 sampai tunggu abang jmput pastu g stesyen bas dan bas pukul 12.00 tengah malam ni...dan kali ni ak tak balik keseorangan sebab syira pun ikut sekali tapi nanti dia singgah pineng la...

Best sebab ada dia, tak lah aku keseorangan macam patung batu kat dalam bas tu...


p/s : sudah untuk balik, sekarang fokus dengan exam petng ni dlu...!! doakan yang terbaik k...


xxx_zue zue

Selasa, 6 Mac 2012

KeInDaHaN dUnIa..

Hari ni aku di PTAR lagi....seperti tiada apa yang mahu dibuat. Jadi aku mengisi otak aku dengan permandangan indah dunia supaya internet disini dimanfaatkan sepenuhnya...erm dulu istana yang indah di dunia, kini macam mana dengan permandangan indah dunia? kadang-kadang permandangan yang ada di dunia ini tidak menjangkau pemikiran kita, bertapa indah tempatnya...dan seperti aku cakap sebelum ini, keindahan sesuatu permandangan bukan pada gambar dan gambaran yang diberi tapi kita perlu ada disana dan tahu kenapa kita perlu berada disana yakni "bertujuan"...
sesetangah orang akan kata :
 " saja nak pergi..., dapat rehatkan minda..." 
atau pun
 "nanti boleh aku cakap kat orang aku dah pergi sana"

kerana bagi aku bila kita berada di suatu tempat yang asing atau cantik buat kita...ia sebenarnya membuka minda kita untuk sesuatu yang baru....aku bukan lah jenis orang yang suka keluar rumah tapi aku juga manusia biasa yang ada minat yang luar biasa iaitu ingin menjelajahi bumi "Allah SWT" ini...ingin mengambil gambar dan mengukir memori indah selagi nyawa di kandung badan....

Mekah



Puncak Himalaya Tibet 

Benteng Chittogarh, India

Cinque Terre, Riviera

College The Valleyfield

Machu Picchu





aku tahu korang semua dah mula berangan kan?? ada 12 tempat sebenarnya...tapi aku malas nak copy paste gambar jadi aku cadangkan korang pergilah melawat blog Tempat Dengan Permandangan Tercantik kerana disitulah sumber yang aku dapat...



tulus ikhlas berkongsi : xxx_zue zue

Isnin, 5 Mac 2012

PTAR Puncak Perdana

hari ni ak di PTar (singkatan utk Perpustakaan Tunku Abdul Rahman) atas ajakkan kawan2 kesayanganku Wardah dan Syira...aku bukan rajin sangat nak kuar rumah...hehehehhe...rancangan asal nak siapkan kerja dan study (kononnya lah) pastu melencong jap....

me, syira n nad

syg saya lagi sowg Wardah

perasan...harus ye...








p/s: gambar laptop ni tak ok sangat tapi cukup la sekadar nmpak muka orang...

Sabtu, 3 Mac 2012

"siapa yang termakan cili dia yang terasa pedas"

Jika aku marah aku lebih suka berkias dalam penulisan kerana prinsip aku mudah...
 "siapa yang termakan cili dia yang terasa pedas"
kelemahan yang tak dapat dibendung sampai sekarang ialah aku ni suka rasa bersalah pada orang yang aku lepaskan kemarahan...kerana itu aku bukan seorang yang baran. Aku lebih rela tubuh badan aku sakit untuk melepaskan kemarahan daripada orang lain yang sakit... poyo kan aku?? lantak la nak cakap apa  tapi aku tetap manusia...kadang-kadang aku tahu ianya salah, aku tetap nak buat juga tapi kadang-kadang aku sedar ianya salah setelah aku telah melakukannya dan kemudian aku rasa bersalah. Aku juga akan berasa bersalah jika penulisan aku memaki orang yang aku marah, oleh kerana itu walaupun aku sedang marah dalam penulisanku...aku tetap berjaga-jaga agar ia tidak mengandungi unsur makian atau melaungkan nama orang didalamnya. Kalau perasan, nama orang akan ada kalau aku gembira atau aku rindu pada orang2 tersebut... kerana walau bertapa buruk pun orang itu di mataku....orang itu mungkin baik di mata orang lain...jadi kalau boleh rakan-rakan ku semua...elakkan memaki orang ye...nak maki boleh tapi jangan sebut nama orang tu...


Apa-apa pun percayalah...kadang2 aku tak sedar yang aku salah,kerana itu aku teringin nak baca minda setiap orang didepan mataku supaya aku dapat betulkan apa yang silap dan dapat bertahan walaupun ada yang tidak menyukai aku... 


tulus ikhlas : xxx_zuezue