Selasa, 9 Ogos 2016

Typing lagi....

Assalammualaikum,
Dalam banyak2 benda bila menulis... ada benda yang worse tentang aku...tajuk.... so bila tajuk yang tak gempak, tah pape, tak ada kena mengena ke apa dalam setiap entry aku.... sila la maafkan tuan punya blog ni... 😅😅


Bila dah tau macam mana nak update entry guna phone ni.... insyaAllah akan rajinlah aku update walaupun aku rasa macam tak ada sapa pun yang rajin menunggu
update aku dalam blog ni... tapi kalau ada... Hi.... terima kasih sebab sudi baca bebelan aku ni....

Entry kali ni...ermmm... pasal drama....

Sejujurnya aku tak suka tengok drama ramai2.... tak leh feeling.... malu... hahaha
tapi aku sebenarnya dah lama tak tengok drama... melayu mahu pun korea....

no hate please...

Drama melayu - Bukannya tak hebat, ada jugak drama yang hebat2 sebnarnya macam drama dari jinggo n shela rusli... Selalunya drama dari mereka, aku boleh layan sb mngkin nmpak real, tak 100% cinta n tak kaku... mungkin ada cinta kot tapi aku rasa tak banyak... dan mereka sangat mementingkan mutu lakonan... tak pernah lagi aku tengok pelakon walaupun baru tapi kayu...huhuhu...

Korea - Tak semua jugak aku boleh layan, dan bagi aku tak semua pun bagus... kadang2 ke laut jugak bila ada watak jahat yang biasa2 jer tu kan...
Drama2 yang jadi pilihan aku biasanya berkait rapat dengan suatu pekerjaan contohnya doktor,wartawan, polis dan sebagainya... (say no to bisnesmen, anak ceo syarikat dan segala mak nenek ahli perniagaan, tapi gentlemen dignity lain sebab dia lawak)
Sebab apa aku tertarik, diowg akan dedahkan sendiri macam mana pekerjaan sesuatu tu... Doktor bedah sana bedah sini.. macam good doctor dan emergency couple... Kesusahan wartawan mencari bahan untuk pendedahan macam dalam Pinocio... Dia dedahkan n buat penonton rasa... wahhh best nya jadi sekian2...

bukan semata cinta fantasi yang hanya wujud dalam hikayat yang tidak tahu kewujudannya...

Kadang2 aku suka juga tengok, ye la aku pun manusia... suka benda yang indah2 belaka tapi hidup tak selalunya indah... struggle dulu baru dapat sesuatu...barulah kita menghargainya...

Bila aku tengok, dan aku menyukainya... tambah2 bila part bahagia pasangan kekasih/suami isteri... aku akan tutup tv or laptop... sebab apa?!... mungkin itu lah cara aku menyedarkan diri supaya jangan berharap... kau tak tahu apa rezeki ko di kemudian hari nanti.... kalau aku tak dapat apa yang dibayangkan.... aku akan kecewa padahal mungkin apa yang aku dapat tu mungkin lagi bagus dari orang tak dapat apa-apa kan...
 Disebabkan harapan indah ni lah, aku dah berhenti baca novel cinta... seingat aku, aku berhenti masa aku tingkatan 5... ada la 5 tahun aku dalam zaman gilakan novel ni, tapi koleksi aku tak sampai 20 pun... sebabnya aku tak boleh baca masa sesi persekolahan berlangsung sebab aku tak boleh tunggu... tak sabar, kalau boleh mula baca hari ni... nak abiskan hari ni jugak... Jadinya aku buat peraturan sendiri.... kalau tidak kerja sekolah semua ke laut...

Jadinya aku rasa cukuplah... aku tak boleh nak hadap lagi cinta fantasi tu... tambah2 novel zaman sekarang... baca tajuk je aku dah tak boleh... mana kan nak membaca kandungannya...


 no hate please....
xxx_zuezue

Khamis, 4 Ogos 2016

Typing... Drive Kereta

Assalammualaikum, 

 Setelah berzaman, baru aku tau yang aku boleh update blog guna phone je.... yeahhh ini yg aku mahu (menari-nari happy)... Main2 tekan je ni sbnarnya tiba2 jmpa so ok meh la ak terus mula menulis...


Aku ni penakut sebenarnya... aku ada lesen keta tapi lepas dapat ak tak pernah drive pun... cuba drive pun tak... nampak tak... Sampai la satu ketika ak disuruh keluarkan kereta dari garaj, n ak langgar pagar rumah... omg!!!

nasib xda pape keta tu, kalau tak mati ak nak kena menjawab dengan ayah... lepas tu ak tak pernah bawak dah... ak tak confidence!!

Sampai la satu ketika aku rasa aku lah manusia paling useless dalam dunia...

Sebabnya, ketika aruah mak sakit aku tak boleh tolong drive bawak dia ke hospital... masa tu aruah masih boleh berjalan n drive ... pergi hospital utk temu janji... ak temankan dia... duduk di sit kiri sedangkan ak yg paling sehat... 

termenung ak tengok dia drive.... spnjang prjalanan ak salah kan diri ak knapa ak tak berani drive... (ayah masa tu keja, dia ke hospital dri ofis dia. ak n mak dri umah).

dia tak pernah mengeluh, kalau boleh dia tak nak kami risau... pernah dia kata "ni tak apa la mak boleh drive keta sendiri...tak payah susah kan orang lain"

Seboleh mungkin dia tak mahu susah kan orang lain.... dan ak masih menyalahkan diri sendiri.


Dan bila aruah meninggal, aku tekad untuk mula drive kereta kembali... ko tak tau bertapa sejuk nya tangan aku bila mula drive... seorang... tiada siapa di sebelah melainkan ak... 

keluarkan kereta dan mula drive kereta pusing2 di sekitar taman perumahan yg ak rasa tak ad bnyak kereta... cengkaman pada stering entah mcm mana kuatnya, yang aku ingat tapak tangan aku merah menyala 😂😂 

Aku nekad, ak mesti pandai drive kereta sendiri...supaya ak... seperti juga mak, tak menyusahkan orang malah dapat menyenangkn orang sekeliling...


Alhamdulillah... so far ak boleh memandu... pencapaian paling jauh...  dri pineng ke kedah... dan ak lah yang akan memandu ganti ayah kalau dia mengantuk masa drive balik kg di pahang... 
 

Selasa, 16 Februari 2016

Typing...

Assalammualaikum,

mood: Job Hunting
at: Cyber Cafe

     Jobless and Loveless, tu lah ayat2 yang aku gunakan buat kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan tiba-tiba bertanyakan khabar. Kalau jobless tu faham-faham je la apa kan... tapi ayat loveless yang digunakan bagi mengelakkan soalan2 berkaitan couple, tunang dan kahwin diberikan... Serius... aku tak suka nak menjawab soalan2 tu....


Lama tak menulis, aku rasa macam bakat menulis aku mungkin sikit-sikit hampir dikikis pergi, padahal itulah bakat yang menjadi kebanggaan aku dalam diam. Well, I need something to make myself smile at least...

Banyak benda yang mengganggu fikiran aku sejak kebelakangan ni antaranya ialah Jobless ni... aku rasa aku nak mohon jadi guru tadika buat sementara ni... Aku rindu dikelilingi dengan kanak-kanak... seperti masa aku tingkatan 4 dan 5... mungkin kat situ aku gembira...entahlah... doakanlah seganya dipermudahkan buat aku....