Khamis, 29 September 2011

oHhH.....tIdAk...SITI.....!!!

Aku tak tahu kenapa tetapi tiba2 terasa nak update blog lagi jadi aku update la, satu yang sangat merugikan hari ini apabila aku terlepas sesi temubual bersama Dato' Siti Nurhaliza kat hotfm tadi...bila aku buka je tadi...siti nya dah tak ada....tu la asyik dengan cite Boboiboy sangat......tapi mana aku tahu ari ni ada temu bual dengan Dato Siti, tapi sempat juga la aku melalak dengar lagu siti tadi...hahahhaha......itu la jadinya kalau dah duduk sorang kat dalam rumah ni....

okay, aku sekarang macam dah tak tau nak tulis apa dalam ni....tapi nak update jugak macam mana?? nak menulis katanya tapi tak tahu mana hala tuju tulisan.....kalau la aku tengah bawa kereta, sah2 la sesat kat hujung dunia..hehehehhe...nasib tak da lesen kereta......da lesen moto je...tu pun setakat ni tak pernah sesat......sebab aku tak berani nak mencuba kalau aku tak tahu, bukannya apa kat Sungai Petani ni kalau guna jalan dalam...dalam sangat la pulak dah......


sebenarnya update kali ni nak bercerita tentang bertapa frust nye aku sebab tak dapat tengok Siti kat hotfm tadi, tapi tak perasan dah keluar topik...hehehehhe...okay la sampai sini je tulisan aku (Alhamdulillah jumpa titik noktah,hehehhehehe), nanti kalau tangan gatal nak menulis, aku update lagi k...
bubbye....Wassalam



Salam Sayang : xxx_zue zue

BiLa CuTi TeRuS cUtI...

Salam semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca blog yang tak seberapa ni....dah lama rasanya tak update benda-benda baru dalam blog ni kan....( tengah perasan banyak yg baca)
sebenarnya aku tengah cuti sem ni...erm cepat je masa berlalu kan...dah nak naik sem 4....erm..takut gak ni...aku ni pun bukan cuti besa2...tapi aku da exam muet pulak lepas ni...perasaan...?
boleh cool lagi..hahahhahaha...tapi kadang2 bila otak tengah tak tau nak fikir apa.....mula la dia nak fikir yang bukan2....lepas tu mula la aku nak fikir pasal malu, al maklum la...aku ambil exam kat sekolah lama aku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir, dan agak ramai kawan2 lama aku masuk tingkatan 6 dan ambil muet sekali dengan aku...adoii...malu nya....kalau la dapat speaking sekali dengan kawan2 lelaki...arhhh....mau nak jerit aku....malu...!!
Okay sekarang aku patut tak payah fikir pasal tu, nanti otak aku akan mencari satu topik untuk memberi tekanan pada aku....

Dalam banyak2 perkara yang aku tengah rindu, salah satunya aku tengah rindu nak baca komik Detective Conan (jilid baru), adoii bila la nak keluar....bila keluar pergi jalan2 dengan adik ke, mata aku mesti melilau mencari terutama kat kedai buku....kalau dulu popular tapi sekarang hampehh......hari tu aku pergi ada sampai jilid 45 je????!!! itu pun tak lengkap......aku nak jilid 73 tau.....45 aku dah ada....!! bagi aku Conan je yang dapat mengisi masa lapangku dengan gembira, disebabkan terlalu rindu...ari tu aku pasang semua DVD conan yang aku ada (xda la bnyak sangat, da 8 je).
aku suka membaca, sebab membaca kadang-kadang memberi aku inspirasi baru untuk menulis tapi aku tak berapa suka novel cinta ni (kadang2 kalau terdesak, layan jugak), sebab aku suka novel yang misteri....ada ke?? aku yakin ada tapi susah nak jumpa terutama kalau novel melayu ni...adoii... kisah Sherlock Homes pun banyak yang bahasa inggeris.....aku sempat baca dan cara penyampaian nya sangat2 aku suka walaupun aku rasa Sherlock Homes tu belagak nak mampus, arhhh....bestnya kalau novel kisah penyiasatan macam tu senang nak cari.... okay  senang cerita walau aku tak reti nak menyiasat tapi aku suka kisah penyiasatan dan tidak hairanlah Detective Conan menjadi kegilaan aku....

Okay, aku rasa macam cukup sampai sini je aku mengarang....kalau ikut kan hati mau tulis berjela lagi.....hahahhaha...



Salam Sayang : xxx_zue zue



Rabu, 21 September 2011

Salam semua, agak lama aku meninggalkan blog kesayangan ini, ye la sibuk dengan assignmnt dan final exam lagi...okay sekarang aku dah ada kat rumah kesayangan kat Sungai Petani Kedah...ramai orang marah sebab aku balik awal sangat,.....hehehehhe...sorry la korang,.....dh beli tiket bas awal nak buat mcam mana....

Balik2 je aku diberi moto baru khas untuk aku berjalan-jalan waktu cuti macam ni, tapi aku hanya dapat guna masa amik adik kat sekolah je sebab log untuk moto tak da lagi...moto baru kalau tak kunci kat sini memang cari nahas la.....malam pun terpaksa letak moto dalam rumah....okay aku tau aku kena bersabar dalam bab ni....sebab nak harap aku beli kunci sendiri...macam tak reti la....hehehehehe...(tpi mungkin aku boleh cari sendiri kalau aku nak...:-P)

okay pape pun sem ini berakhir dengan banyak cabaran dan rintangan yang aku rasa banyak yang memberi pengajaran, aku harap masa akan datang membuatkan aku lebih matang dalam menghadapi masalah dan tidak gelabah....(itu penting)


a lot of love : xxx_zue zue

Isnin, 5 September 2011

uBaT ohh....... UbAt....

kawan   : zue, ada orang tanya ubat banyak2 atas meja tu, zue sakit apa?
Saya     : sakit? oh...ubat tu saja standby takut sakit...
kawan  : untuk kompeni ke? (gelaran untuk kumpulan fakulti dalam kokurikulum)
Saya    : tak da la, kalau nak  boleh je....ada panadol, ubat selsema, ubat tahan sakit etc...


sebenarnya aku sendiri tak sangka akan ada orang fikir aku sakit serius, sebab memang dari aku tingkatan empat lagi mak dan ayah dah ajar aku bawak bekalan ubat sebab nanti senang, tak payah susah2 nak ke klinik/hospital at least aku dah ok sikit kan....aku pulak jarang tunjuk bekas ubat tu (sebab selalunya letak dalam loker). dan setiap kali aku balik rumah kat kedah, aku akan check least kan ubat yang dah habis supaya bekas ubat aku sentiasa dapat berkhidmat bila diperlukan....ye aku amat terkejut...mungkin lepas ni aku kena sorok kan bekas ubat tu dalam loker supaya tidak ada orang fikir yang bukan2. mungkin kawan aku ni bukan orang yang pertama...kalau dia tak tanya mungkin aku masih tak sedar akan pemikiran orang terhadap kotak ubat tu...hehehehehe.... :-P



p/s : baik korang sediakan jugak kotak ubat, mana tau nanti berguna. Tambahan pelajar macam aku yang duduk berjauhan dari keluarga ni.......sekadar cadangan..


ubat yang perlu ada dalam kotak tu (semua ubat2 ni boleh didapati kat famasi) :

- ubat selsema
- ubat batuk
- gula2 sakit tekak
- panadol
- minyak cap kapak
- saloplas (utk sakit belakang @ sakit kepala)
- ubat tahan sakit
- ubat sakit perut
- ubat keperluan sakit kekal (mcm aku ada asma, dlm kotak ubat tu msti la ada pam asma n ubat pil asma)
- minyak panas

salam sayang : xxx_zue zue

Ahad, 4 September 2011

BiLa RaYa AdA fAmIlY dAy...

Salam buat semua follower dn rakan2 yg sudi mnjengah ke blog yang tak seberapa ni, yg blum follow tu follow la ye...jangan buat-buat tak nampak pulak butang follow tu...hehehehehe.....sbnarnya semlam ak dah start menulis entry untuk blog, tpi entah macam mna entry tu terpadam, aku pulak dah la nak kena kemas baju untuk balik kampus, sudahnya tergendala macam tu je entry yg trpadam tu....tapi tak pa ari ni ak ada mood nak mnulis balik. sepanjang cuti raya ni, macam2 agenda terlaksana dan memberikan senyuman kepuasan buat aku tapi hanya seketika sebab rasa tak puas berada di kampung....arhhh..!! nak cuti lagi...!! ok kat bawah ni aku rngkaskan aktiviti ak spanjang cuti raya ni sebab kalau nak buat karangan memang panjang berjela....

24/8/2011
- abang ambil kat kampus puncak perdana pukul 9.00 malam.
- bas bertolak pukul 10 malam.

25/8/2011
- sampai sungai petani pukul 4.30 pagi.
- sampai rumah tepat jam 5 pagi dan terus tolong mak siapkan makanan sahur.
- dok rumah, tidur, layan internet dan tengok TV (mak ayah kerja, adik sekolah lagi).
- berbuka kat rumah...
- sembahyang tarawih ngan mak, ayah n adik kat surau berdekatan rumah.

26/8/2011
- dok rumah, tidur, layan internet.
- tengok movie ngan adik.
- tolong mak siapkan makanan buka puasa (ayah smpat ambil kan bubur lambuk kat surau).
- sembahyang tarawih ngan mak, ayah n adik kat surau berdekatan rumah.

27/8/2011
- sahur ngan keluarga.
- mak, ayah n adik cuti jadi dapat la keluar g beli baju n tudung raya.
- jalan-jalan kat Wisma Kailan n central square sungai petani.
- dapat tudung, seluar jean n t-shit (bju kurung sblum puasa lagi dah ada).
- tolong mak siapkan makanan buka puasa.
- sembahyang tarawih ngan mak, ayah n adik kat surau berdekatan rumah.
- kemas baju untuk balik kampung kat Teratak Cik Menah Kuala Temau Dong Raub.

28/8/2011
- bertolak dari sungai petani kedah dalam pukul 8 pagi.
- disebabkan puasa, jadi tak berhenti sangat melainkan hendak pergi ke tandas.
- time ni kerja aku tidur je sebab dah tak tau nak buat apa.
- bila sedar dah da kat jalan nak ke fraser hill sebab jalan dia bengkang bengkok (ayah suka gna jln tu sb ktanya dekat).
- sampai kampung dalam pukul 12 tengahari.
- tak ramai yang ada sebab ada yang nak balik esok...
- rehat (tidur) pastu tolong masak2 kat dapur.
- berbuka ramai-ramai.
- sembahyang tarawih kat masjid kampung temau (saya, mak, ayah, adik n wan).

29/8/2011
- ari yang dah mula sibuk, aku jadi biro logistik sementara sebab mie tak da teman.
- jadi juru kamera tetap.
- melemang time... (aku tukang ambil gambar je).
- sempat pergi bazar ramadhan tapi kebanyakkannya dah tutup (almaklum la besok raya).
- berbuka ramai-ramai, memang sesak la rumah wan (panggilan utk nenek kat pahang).
- ketibaan abang di malam raya - dalam pukul 10 ke 11 malam.
- srika baju untuk family.

30/8/2011 (Raya Pertama)
- sembahyang Raya.
- pergi kubur (ak, mak n adik tak pergi).
- sesi bermaaf-maafan n bagi duit raya (aku pulak juru kameranya).
- sesi bergambar keluarga.
- pergi melawat rumah sanak-saudara yang berdekatan ( 2 buah rumah je).
- siapkan persiapan utk makan-makan family day esok.
- mandi sungai temau - best sangat...hehehehehe.

31/8/2011 (Raya Kedua - Family Day at Teratak Cik Menah Kuala Temau Dong Raub)
- pepagi lagi dah bangun.
- tolong apa-apa yang patut kat dapur sampai lupa nak tangkap gambar, ayah pulak terpaksa panggil aku suruh tangkap gambar.
- sempat la merasa yong tau fu, cheese weges buatan tangan.
- kacau dodol time...!! aku tolong sediakan tepung beras pulut (beras pulut yang dikisar) plus tangkap gambar.
- ada juga sepupu aku yg smpat mndi sungai temau.
- sesi kemas mengemas

1/9/2011 (Raya Ketiga)
- pergi beraya kat rumah saudara mara kat ulu cheka
- disebabkan jarak antara 2 buah  rumah jauh, jadi hnya smpat pergi tiga tmpat je satu lagi termasuk kubur

2/9/2011 (Raya Keempat)
- abang bertolak balik dari pahang ke KL dalam pukul 6 pagi sebab keja pagi tu
- kemas barang nak balik kedah
- sebelum bertolak singgah rumah Wan Teh
- singgah ambil abang kat KL dan terus balik kedah
- sampai kedah dalam pukul 11 malam.

3/9/2011 (Raya Kelima)
- satu keluarga keluar makan pagi, beli barang kat pasar raya
- masak macharoni goreng, beger dil dari chef Zulaikha (saya la...)
- kemas barang sebab nak balik UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana

4/9/2011 (Raya Keenam)
- perjalanan pulang UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana dihantar oleh ayah, bertolak pukul 8 pagi tadi.



itulah serba sedikit perjalanan hidup aku sepanjang cuti raya ni, rasa tak puas....nak cuti lagi...erm..tak pa la..nanti nak cuti akhir sem pulak.....sebulan tu...hehehehehe...(kira cuti je ak ni) bagi sesiapa nak tengok gambar2 yg telah diambil oleh aku dan abang korang boleh tekan link ni gambar 1gambar 2, ataupun gambar 3.....enjoy erk....lau gambar korang pun ada sila la tag sndiri...tak da hal punya....


salam sayang : xxx_zue zue




Jumaat, 2 September 2011

sedey lagi... :-(

ak tahu sesuatu yg ak xnak tahu, si dia dh brpunya.....akhirnya perasaan ini tak ke mana...tak pe la..asal dia bhgia...


p/s : jngn tnya knpa ari raya post ak sedey....