Sabtu, 28 Januari 2012

DuLu, KiNi & SeLaMaNyA...

Seorang demi seorang ada kisah pengenalan yang tersendiri hinggalah bila aku di tingkatan 3, kami betul2 rapat... segala dilakukan bersama. Aku (ika), Jan, Siti, Bainun, Ubaidah, dan Farah. bohong kalau kami tak pernah bergaduh sesama sendiri, dan biasanya ada sahaja antara kami menjadi orang tengah yang menyatukan kembali dan percayalah kami punya peranan masing2 brgantung pada perangai....

Tapi itu dulu, sejak di tingkatan 4. aku punya haluan perjalanan yang berlainan dari rakan-rakan ku yang lain kerana aku tekat menerima tawaran ke sekolah teknik manakala kawan-kawan masih setia di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir... Tapi aku tak pernah lupakan setiap kenangan kami bersama dan perangai kami yang tiap satunya berbeza 
 
Jan - suka mengusik, suka cita sal lelaki
Ubaidah - agak matang dalam sesetengah perkara n kdang2 mcm bdak2 dlm sesetngah prkra
Bainun - cute, paling pemalu dan sangat tak suka panas
Farah - selalu buat aku ketawa, tambahan kalau aku sedang bersedih, pendengar yang baik
Siti - kuat Merajuk
Ika (aku) - selalunya aku memengang status kawan yg paling matang antara semua walaupun aku lahir lewat dari semua....



kini aku dapat tau, Farah sudah berkahwin tahun lepas dan kini kehadiran cahaya mata Mohd Farish Naqim telah mewarnai hari-harinya....walaupun aku antara orang yang lambat tahu mungkin sebab lost contact aku tetap tumpang bahagia dengan berita itu... sekurang-kurangnya aku tahu dia bahagia dengan hidupnya... terbayang kenangan kami bersama...sampai bila-bila pun korang tetap kawan2 aku ketika susah senangku dan aku sayang sangat kat korang....


p/s : "IKA" adalah antara nama panggilan untukku 


luv : xxx_zue zue

Selasa, 17 Januari 2012

KiSaH pEnuLiS bIcArA..

Makin hari manusia makin berubah dan kadang-kadang perubahan itu sukar untuk aku terima sebagai orang sekeliling yang memandang....kadang-kadang aku terfikir jugak.... 'aku pun makin berubah ke?' kalau berubah pun...negatif atau positif? kalau betul negatif....siapa yang sudi betulkan? atau aku dapat terima ke kalau orang kata itu dan ini tentang aku....percayalah...kadang-kadang kita tidak lah sekuat yang kita sangka dan kadang-kadang kita tidak selemah yang kita sangka...semuanya bergantung pada kita mencorak kehidupan (ingat lagi kisah warna dan lukisan, post sebelum ni?). Aku mungkin tak suka akan perubahan, tapi aku rasa perubahan-perubahan dalam perjalanan hidup ini sentiasa ada dan kadang-kadang aku dah terbiasa olehnya. 'Habis tu kenapa aku masih ingin mempersoal perubahan orang di sekelilingku seolah-olah aku tak suka akan berubahan itu'....atau perasaan jelous itu ada yang membentuk tompok hitam dalam hati...tapi untuk apa aku nak jelous? kerana dia ada apa yg aku tak ada....erm....mungkin!...aku harus akui aku lemah dalam menilai perasaan sendiri....


Aku teringin menjadi Ferrari....melintasi jalan dengan gah! dan mempersona tapi aku takut ada liku tajam di hadapan semasa memandu dengan kelajuan yang sangat pantas, jadi aku slowkan kelajuan itu dan apabila fikir balik...lebih baik aku menjadi hanya Proton...(pilihlah produk tempatan...) yang mempunyai kelajuan dan memenuhi keperluan tanpa perlu bimbang kehilangan harta kesayangan...mungkin tiada keyakinan yang tertanam..







BICARA KISAH KEHIDUPAN :
xxx_zue zue

Ahad, 15 Januari 2012

KeJuT tIdUr....

Setiap kali bertukar roomate....ada je yg mngadu takut nk bangunkan aku...huhuhuhuuhu... ye ak mudah terjaga kalau orang kejutkan dan kadang-kadang orang tak panggil nama aku lagi aku dah terjaga tapi aku biarkan dulu baru aku bangun (tektik). Kadang-kadang cara aku bangun tu buat diorang takut sebab biasanya aku akan terkejut dan terus duduk....adakalanya aku sebenarnya tak terkejut pun tapi sebab dah terbiasa jadi aku tak dapat kawal reaksi tu.... Disebabkan aku mudah bangun berbanding adik-beradikku yang lain, setiap kali mak atau ayah kejutkan kami tiga beradik.....diorang mesti pilih aku untuk dikejut dahulu dan meminta aku bangunkan abang dan adik, tapi sebenarnya kalau diorang pilih untuk bangunkan adik dulu sekalipun aku akan tetap bangun dulu (sebab kalau kat rumah, aku tidur sebilik dengan adik)...erm.....agak complicated ayat aku tapi aku harap korang faham...tapi semuanya bergantung....kalau aku penat sangat...kadang-kadang kena 4 atau 6 kali jugak panggil nama aku baru aku bangun....bila tidur pulak, sejuk sangat pun aku terjaga.....panas sangat pun aku akan terjaga....hahahaha...tak aman kan hidup aku masa tidur?....tapi semuanya bergantung pada individu....

p/s: khamis ni ada star chat kat hotfm ngan Siti Nurhaliza....pukul 11 pagi....aku pulak ada kelas....ermm... :-(


: xxx_zue zue

Jumaat, 13 Januari 2012

MAdAh PErJaLaNaN kEhIdUpAn

             Mengukir kehidupan dengan warna yang kita suka sambil mengharapkan berus yang belum pernah mengenal corak dunia agak sukar.  Amat diakui makin lama berus makin mengenal suka duka mencipta warna warni sehelai lukisan putih tapi setabah mana si berus sejati, apabila kegetiran yang dihadapi makin lama makin sukar tak bertepi. Adakalanya si berus tersungkur  tetapi tetap gigih mengukir warna kehidupan, walaupun muka comot dan hitam yang pada asalnya putih. aku yakin dalam hati si berus sentiasa berdoa agar ada keindahan disebalik lukisan comot yang cuba dicantikkan ini. Kerana si berus tahu inilah pengalaman kehidupan supaya corak keindahan terukir di sehelai kertas putih bakal dipuji bakal dikenang bakal dipuja kehidupan baru nanti atau setidak-tidaknya menjadi pengalaman si berus malang ini.


KISAH BERUS KEHIDUPAN  :
xxx_zue zue