Khamis, 24 November 2011

Momen & Pengalaman

Terasa lama tak mengemaskini blog ni....mungkin tak ada idea atau terlalu sibuk menjalankan tugas yang diberi....apa-apa pun alasan yang ada difikiran ini....aku tetap mahu blog ini dipenuhi idea, pengalaman, luahan hati supaya dapat menjadi pengajaran atau berkongsi apa yang perlu dikongsi.....sebenarnya sedang aku menulis entry ini, aku bersama abang tengah menunggu ketibaan keluarga kami tercinta dari kedah sebelum sama-sama bergerak pergi ke lapangan terbang dan meneruskan perjalanan ke China....

Jangan tak tahu, inilah kali pertama aku naik kapal terbang dan keluar dari Malaysia tanah tercinta ku ini....oleh sebab itu aku ada bawak buku untuk catatkan momen2 indah disamping camera untuk membuktikan kesahihan cerita aku....semangat tak aku...harap2 aku tidak lupa cara menulis bila sampai di China nanti sebab aku takut bila sampai Malaysia baru aku teringat yang aku telah melupakan buku kesayangan aku tu.....

Nampak sangat aku betul2 teruja dengan pengalaman ini kan?, sejujurnya memang aku sangat2 teruja....tak sabar untuk mengalami pengalaman yang bakal menjemput aku di sana nanti....terutama dapat mengalami sendiri musim sejuk yang dari dulu aku impikan untuk merasanya sendiri disamping dapat melihat sendiri tembok besar china yang menjadi kebanggaan dunia....stadium sarang burung....teh china, sutera dan macam-macam lagi.....

Salam Sayang : xxx_zue zue

Isnin, 7 November 2011

TeLiTi & KeTeLiTiAn

Bila aku bercakap mengenai kartun/ komik kegilaan aku, kebanyakkan yang mengenali aku akan mula mengeluh...hahahahaha...aku sebenarnya suka akan dunia penyiasatan kerana aku suka menjadi seseorang yang teliti dalam setiap yang dilakukan dan sebenarnya sehingga sekarang ketelitian aku masih tidak capai tahap yang membanggakan.....bukan sahaja ketelitian, malah ilmu2 atau kebiasaan yang remeh yang sangat diperlukan dalam bidang penyiasatan ni.....contohnya....kesan tali, tayar dan kasut...yang memerlukan penelitian yang sempurna dan menggabungkan teori supaya dapat menjadikan satu kesimpulan......apa2 pun aku sangat suka bila aku membaca, otak aku sentiasa berjalan memikirkan situasi yang sedang aku baca....bukan sesuatu yang mudah bila  adakalanya helah yang dilakukan tidak terlintas dek akal ini......biasanya aku akan baca berulang kali agar aku faham sepenuhnya dan sebuah buku itu biasanya akan memakan masa 2 kali ganda masa yang aku ambil untuk membaca novel....arhh...amat pelik apabila komik detektif conan yang kecil itu aku ambil masa yang lama untuk membacanya tapi sebenarnya bila kita faham akan helah yang dilakukan ia akan memberi kepuasan yang sangat2 gempak!! 

Okay sebenarnya dunia penyiasatan datang dalam hidup aku ialah menerusi cerita gerak khas...tapi masa tu aku tak sedar yang aku minat....sehinggalah semasa aku bertugas sebagai pengawas perpustakaan yang bergelumang dengan buku, aku terserempak atau lebih tepat lagi terjumpa sebuah buku yang mengetengahkan bidang penyiasatan iaitu buku cerita fiksyen siri Salma...siri ni banyak dan aku sanggup habiskan masa mencari buku siri ini dalam perpustakaan dan tidak sampai 2 bulan semua buku ni sudah aku baca....kerana buku ni nipis dan ada pelbagai tajuk....satu buku kadang2 2 atau 3 kes.....dah kata pun pinjam di perpustakaan, ada diantara jilidnya...hilang......dan selepas tu aku mula mencari buku cerita siri Hadi pulak....yang mengetengahkan tema yang sama. Lepas dua tiga bulan lepas tu, aku tiba-tiba 'TERBELI' komik Detektif Conan dan sehingga sekarang sangkut habis......:-)


a lot of love: xxx_zue zue


Sabtu, 5 November 2011

TaG dI fB & sOaLaN

Okay, buat pertama kalinya aku ditag di fb utk menjwab soalan2 yang dikemukakan...terasa femus jap padahal bukan apa-apa pun sekadar suka-suka....pape pun terima kasih pada Radziah Togiman yg susah2 sediakan soalan utk kawan mu ini dan aku akan jawab seikhlas hati.....





1. Hobi kamu?
membaca komik, novel (kadang2), online

2. Ade x yang dah mencuri hati kamu?
masih tidak ada, solo lebih baik sekarang

3. Masakan sape jadi pilihan hati?
dah tentulah mak dan nenek saya

4. Impian kamu?
menjadi seseorang satu hari nanti, mngkin penulis, pendidik atau bekerja di TV3

5. Sebab anda memilih jurusan pengajian kamu sekarang?
 saya suka menulis dan mencuba benda baru

6. Pengalaman yang tidak disangka berlaku dalam hidup kamu?
bergelar seorang komander dan belajar dalam industri perfileman di UiTM Shah Alam

7. Air Minuman Kegemaran?
selalunya Neslo, tapi ikut keadaan juga...

8. Hadiah hari yang diidamkan?
kamera dan handphone flit

9. Jangka kawin umur bapa?
25 kot...insyaAllah...

10. bila balik rumah,ape perkara pertama yang korang buat?
bersembang ngan emak

11. Pesanan untuk Radziah : 
berharap dapan mencapai impian yang selama ini dipendam...