Selasa, 10 Disember 2013

FiTA DAY!!!

Salam...
Bagi yang tak tahu, FiTA Day adalah hari yang dianjurkan oleh kesemua pensyarah dan pelajar Fakulti Filem, Teater & Animasi (iaitu fakulti aku) untuk mengetengahkan karya-karya pelajar seperti Pameran gambar, koleksi Animasi,  promosi filem dan pelbagai  lagi. FiTA day akan melibatkan semua pelajar untuk bekerjasama bagi menjayakannya. (ehhh...ter-formal lak)

Di sebabkan KESEMUA pelajar akan terlibat bermaksud aku pun terlibat sama lah... Mari2 datang beramai-ramai ke...





Sekeping @ satu gambar aku akan dipamerkan di Pameran Exsplorasi Lensa di samping 70 lebih gambar-gambar yang lain... (bangga jap) walaupun SEKEPING sahaja... Gambar aku diambil masa pergi Trip ke Johor tempoh hari....ermmm...btw jangan letak harapan tinggi2 sebab Saya Budak Baru Belajar...




xxx_zuezue

Sabtu, 7 Disember 2013

LuKa SeMaLam

Salam,
Aku nampak diri dia sebagai diri ini suatu ketika dulu, berusaha gigih melupakan di samping membuang rasa cemburu yang menular menjadi nanah hingga aku buat keputusan nekad pergi jauh tinggalkan kenangan. Walaupun aku tak tahu keseluruhan cerita, tapi aku pernah rasa sakitnya ditinggalkan kerana kekurangan diri...
Luka dan nanah yang tercipta sehingga sekarang tidak sepenuhnya pulih walaupun sudah hampir 6 tahun masa berlalu, mungkin ada yang mengatakan ia hanyalah cinta monyet...remaja yang baru ingin mengenal satu sisi lain yang dipanggil cinta.
Tapi kenapa ia masih terkesan sehingga sekarang?, sehingga aku takut memulakan sesuatu, mengizinkan hati mencari pengganti.

Kenangan itu masih menjadi bayang gelap hidupku, kesuraman hatiku.....hingga dia masih wujud dalam mimpiku walau tidak selalu. Aku positifkan diri, mengatakan wujudnya dia dalam mimpi aku hanya untuk mengingatkan aku bahawa berhati-hati....jangan terjatuh lagi dalam lubang kebahagian yang palsu itu....tangisan rintihan dan perkataan menyesal sudah tidak berguna selepas itu...

Arhhh...percaya atau tak, diri ini masih sedih menyingkap kenangan semalam, bila kah dia akan pergi...?





xxx_zuezue


Rabu, 4 Disember 2013

TiAdA jAwApAn

Salam,

Apabila mengalami kesusahan, kepayahan. Aku selalu menasihati diri....
'semua ni akan mematangkan kau untuk menjalani hari esok,'
Mungkin sesetengah orang, rezekinya murah untuk harta benda tapi bukan pada jodoh atau kasih sayang keluarga dan hakikatnya manusia tidak pernah bersyukur kerana Allah SWT tak akan bagi kelengkapan padanya melainkan dia terasa sempurna atau lengkap hidupnya kerana dia berasa bersyukur...


Banyak perubahan berlaku disekelilingku, banyak benda berubah dan banyak benda yang kadang2 telah biasa dibuat pada aku sehingga aku rasa benda tu membebankan diri aku sendiri kerana aku hanya berdiam diri. Masih bolehkah memegang kata
 'Berdiam diri adalah lebih baik dari berkata-kata?'


Aku sendiri tiada jawapan pasti....

xxx_zuezue



Jumaat, 8 November 2013

BaHaSa & LoGhAt

Salam,

For your Information :

Tempat lahir : Hospital Kuala Lumpur
Menetap : Sungai Petani Kedah
Sekolah :
Tabika Kemas (Kuala Lumpur)
SK. Sultan Hishammuddin Alam Shah (Kuala Lumpur)
SK. Darulaman (Kedah)
SMK. Sungai Pasir (Kedah)
SMT. Sungai Petani 2 (Kedah)


Bila pijo pertikaikan tentang sejarah hidupnya yang merantau dekat FB dlu...uat ak geram tiba2...bkn geram dekat dia, tapi geram dekat orang2 yang ingat aku ni lupa daratan bila tanya kampung dekat mana? n kenapa tak cakap bahasa kedah?....Kadang2 aku sampai terfikir...boleh tak aku cop kat dahi yang aku dilahirkan di Kuala Lumpur...dan ayah aku orang pahang yang tak reti langsung cakap bahasa utara (OK, ni serius...ayah aku sangat lawak bila dia cuba cakap bahasa utara). 

Aku berpindah ke Kedah sewaktu usia aku 11 tahun...bohong la kalau aku kata cara percakapan aku tidak langsung berubah sebab hampir 10 tahun aku menetap di sana...tapi secara jujurnya aku cakap...aku hanya menggunakan bahasa utara dengan kawan2 sekolah saja (itu pun sampai sekolah menengah diowg dok kutuk aku yang aku punya percakapan pelik...huhuhu), malah ada cikgu yang siap perli lagi aku...sebab bila balik rumah....satu2nya yg mnggunakan bahasa utara adalah emak aku yang memang lahir di Pulau Pinang... Yang lain...back to normal language...sebab tu cara aku bercakap boleh berubah mengikut kawan...kalu kwan kt kedah...kedah lah loghat dia...tpi klu kwn kat Shah Alam ni ataupun family kita cakap KL balik lah...hahhaha
susah mang susah, kadang2 terlepas jugak loghat utara kat kwn Shah Alam ni atau terlepas ckp KL kat kawan Kedah...tpi cepat2 tukar....hahahha...kadang2 lawak pun ada...


Jadi TOLONGLAH SANGAT-SANGAT jngan menghakimi aku dengan hanya mengetahui aku menetap di mana...YA aku menetap di Kedah....tapi aku lahir di KUALA LUMPUR (boleh tengok ic klu tak prcaya) jd trbukti aku bkn lupa daratan... wlupun hampir 10 tahun menetap di Kedah...aku masih fasih menggunakan bahasa melayu tanpa loghat utara...



Peace no War : xxx_zuezue

Isnin, 4 November 2013

YoU rEaLlY mAkE mY dAy

Salam,
Lama ak tak update, dah bersarang dah blog ni....mcm biasa la bnyak sngt kerja yg prlu d'lunaskan sblum tarikh akhir...dengan nak menghadap perangai owg yang pelbagai n pergolakkan diri sndri yg msih d'alam kejutan budaya ni...erm...sukar betul...Ni baru belajar dalam negara, mana tau ada peluang belajar luar negara (OK.....NAK SANGAT!!) haishh...tah2 lagi sukar...

Ok btw... Im officially in my 21 years old since yesterday.... (yeahhhh clap....clap...clap....), pelbagai halangan dan pengalaman dah ditempuhi uat ak lebih matang dari sebelumnya...tapi my dear Conan tetap di hati...hahahha (yang tu xleh nak tukar..)... BTW thanks to my roomate n komander siblings pijo sb uat suprise...second surprise birthday celebration in my life.... (pertama msa ak sem 1, roomate umah uat tuk ak....siap kena simbah air lg mlm2 buta kul 11 mlm blakang blok 3...hihihihi..kali ni nasib xkena pape yg teruk...)

Tpi kali ni surprise dia ak xjangka mcm sem 1 diploma dulu sb masa tu roomate ak mang dh kantoii awl ngan ak cuma ak xtau bnda ap diowg nk kenakn kat aku... kali ni ak xbg tau langsung mlalui fb atau skype yg birthday aku bila....pendek kata klu tak tau tu mang tau la kn sapa...tpi diowg ni pndai la plak...diowg tau mlalui no ic yg ak bg sb nk byar yuran elektrik kolej....haishh...ak pn blurr sngt....btw Thanks a lot...hahahha...


My Komander siblings... Tnggal Nik n Nad je yg tak ada....btw really miss them a lot... :')

Zarith di sblah kiri skli is my new roomate....hihihi n kwn dari diploma gak...

 with my birthday cake DIY by Atika Ahmad.... Me love so much....

Super cute n simple....Really love this cake
Atika Ahmad yg deko...hahahaha... budak ni mang kreatif nak mampus....slalu hasilnya mang tak pernah mengecewakan....

Ni ak beli sendiri sehari sblum birthday ak....hadiah utk diri sendiri memandangkan terjumpa ngan harga yg murah kt pasar pagi stadium Shah Alam kan.... #MyNewCollection





Mesti ad yg tertanya-tanya knp pijo ad kn? (ad ke yg nk tnya?), dia dtg melawat memandangkan brcuti....already miss her so much....dia balik Terengganu mlm tadi.... Take Care dear wlupun jauh....sangat hargai lawatan ko kat sini....bnyak mengamit kenangan n memeriahkan umah ni ngan prangai ko yg bnyak tak brubah....hahahaha....



: xxx_zuezue

Selasa, 20 Ogos 2013

AkU & pErKaHwInAn

Salam,
Rakan-rakan masa sekolah menengah yang sama umur dengan aku, seorang demi seorang telah mendirikan rumah tangga, tak kiralah di SMK Sungai Pasir atau pun di SMT Sungai Petani II. Aku gembira untuk diorang... Tahniah!

Tiga bulan yang lepas seorang dari rakanku yang sudah berkahwin dan telah mempunyai seorang anak ni buat surprise call, aku sangat2 terkejut sebab dari dulu lagi dari zaman sekolah, kalau aku tak call dia memang jangan mimpilah aku nak dapat dengar suara dia.... Kami berbual panjang bertanyakan khabar masing-masing sehinggalah 1 soalan yang aku sendiri tak pasti kenapa dia pertikaikan...

Dialog :

Dia : ang buat apa sekarang? Dah habis diploma kan?
Aku : A'ah dah habis diploma, sekarang aku sambung digree pulak....
Dia : aik...sambung lagi...bila ang nak kahwin?
Aku : hahhahaha....aku tak fikir pun, selagi aku boleh belajar, aku belajar...
Dia : ermmm....sampai tua la ang tak kahwin, nanti dah tua anak baru kecik2. Tengok macam aku dah da anak sorang...
Aku : =speechless= (tau gelak je)


Aku ada prinsip aku sendiri, mengakhiri zaman bujang secepat mungkin bukanlah cita-cita aku. Aku nak belajar selagi aku boleh belajar sebab aku harapan keluarga, aku nak bekerja dengan gaji yang tinggi supaya aku dapat beri pada ibu bapa aku, buat mereka bangga dengan aku. Aku tak nak hidup aku hanya tau nak menyusahkan mereka, dan antara prinsip aku adalah aku mesti ada kereta dan rumah sendiri sebelum aku berkahwin. Mungkin aku ni terlalu paranoid tentang kehidupan alam perkahwinan ini, tapi aku takut melihat janda2 yang ditinggalkan suami dan hidup melarat... Memanglah, berkahwin bkn utk bercerai tapi statistik keganasan rumah tangga, penceraian dan semua masalah rumah tangga semakin menjadi-jadi buatkan aku harus ada backup plan (wahhh....ayat...!)



Cara kita berfikir mungkin tidak sama....jadi bagaimana anda??



xxx_zuezue





Selasa, 30 Julai 2013

FiLeM

Salam,
Minggu lepas abang balik kedah n bawa sekali external dia yg penuh dengan cerita korea & Running Man (mamat tu pun dihasut oleh aku untuk layan Running Man), dan banyak2 cerita yang aku tak pernah tengok ermmm....hanya 1 cerita je yang aku TERtengok masa aku cuti habis SPM dulu kat TV iaitu 'Coffee Prince', itu pun ada episod yang aku ter-miss. Percaya atau tak aku hanya ambil cerita tu yang aku dah tengok endingnya... (arhhhh....sedih betul aku ni...). Aku ingat lagi, the only reason kenapa aku tengok cerita korea tu dulu sebab aku BOSAN..dan adik aku yang ajak tengok sebab dia kata lawak...then aku join sekali la memandangkan aku dah separuh gila tak tau nak buat apa...(almaklumlah....internet tak ada masa tu...) dan lama2 sangkut...

Sebenarnya aku nak cerita, aku bukanlah tak suka cerita korea ni, aku layan jugak kalau dah TERDESAK memandangkan rumah ni tak ada ASRO. Tapi aku tak suka effect yang aku dapat lepas aku tengok iaitu BERANGAN. Well, kata penulis jadi berangan adalah perlu untuk hasilkan sebuah cerita luar daripada kotak tapi....arhhhh.... aku tak suka berangan benda yang aku geram aku tak dapat. (bahasa mudahnya jeles ngan watak utama cerita tu, cerita cinta yang sweet kata orang n hero dia hensem, jeles....jeles...jeles....) 

Memandangkan belajar FILEM, jadi sekarang aku dah tak fikir sangat tentang genre filem yang aku minat sebab kalau aku memilih, nanti susah untuk aku belajar, menganalisis dan membuka fikiran untuk menghasilkan sesuatu karya yang bermutu jadi aku tak tahu genre filem apa yang aku minat. Tapi sekarang aku masih belajar untuk menonton filem seram tanpa ada perisai depan mata aku dan menonton filem yang banjir dengan darah tanpa tutup mata ketakutan...

 Cakap pasal filem banjir dengan darah ni aku teringat 1 filem dari indonesia iaitu Pintu Terlarang (sinopsis), ianya adalah satu-satunya filem yang aku hampir menangis ketakutan dalam kelas (tengok cerita ni kat kelas), sambil tutup telinga dan cakap 'aku nak keluar' berulang kali. Aku tak takut darah (serius), tapi bayangkanlah ada satu babak ni dimana watak utama membunuh orang yang dibenci dengan cawan kaca ditusuk terus ke mata orang yang dibenci tersebut dan terpercik penuh darah... (salah satunya lah, ada banyak lagi babak2 giler dalam cerita tu)...tapi aku still sukakan twiss ending dia...sesuatu yang tak dijangka dan membuatkan penonton berfikir sekejap dan bertanya 'sebenarnya apa yang berlaku?'


xxx_zuezue





Isnin, 22 Julai 2013

PeTuA uNtUk RaMbUt GuGuR & bErSiNar

Salam,
Macam biasalah kalau dah cuti ni dengan internet yang laju...bukan akulah kalau tak selalu update blog...hahahha...Ok tajuk untuk kali ni agak pelik dan janggal sikit, mana taknya...aku mana pernah update pasal kecantikan ni....sedar diri katanya...hahhaha :p

Bagi wanita yang bertudung macam aku, mesti kebanyakkan anda mengalami rambut mudah gugur kan... sana sini penuh dengan rambut....kalau pelajar macam aku ni lagilah...tension itu ini...jadi aku nak kongsikan petua dengan korang. Petua yang mak aku selalu paksa aku buat, ye lah...aku, bab remeh temeh ni malas sikit....huhuhu...

Hanya perlukan 3 bahan penting iaitu:


RAMUAN:

Daun Inai - ikut suka, tapi berpada-padalah.

Pokok Lidah Buaya  - 2 pelepah besar (kalau kecik, ambil lebih sikit)

Buah Limau Purut - 1 hingga 2 biji shj.

CARA:

Blender semua bahan2 diatas sehingga lumat TANPA MENAMBAH SEBARANG JENIS CECAIR LAIN TERMASUK AIR KOSONG, ini bagi memudahkan cecair tersebut melekat pada rambut. Dia akan membantuk cecair pekat berwarna hijau, setelah itu lumurkan ke atas urat2 rambut. Balut dengan kain dan tunggu sekurang-kurangnya 15 minit dan ke atas (ketika ini kepala akan rasa sejuk je). Akhir sekali bilas rambut dengan menggunakan sikat yang rapat, sikat kutu pun boleh sebab lebih perkesan untuk buangkan sisa-sisa daun kat atas rambut. JANGAN MENGGUNAKAN SEBARANG JENIS SYAMPU DAN SEWAKTU DENGANNYA SELEPAS MEMBILAS RAMBUT.

P/S : Disebabkan antara bahannya adalah inai, jadi kalau tangan memegang bahan tersebut lama sikit dia akan berwarna oren, jadi untuk mengelakkannya silalah menggunakan sarung tangan plastik atau sudu untuk lumurkan di atas kepala.




Basically, Daun Inai ini berfungsi utk menguatkan  akar rambut, daun lidah buaya pulak memang terkenal dengan fungsinya untuk melembutkan rambut dan Buah Limau Purut ni untuk apa??. Jangan terkejut,  Buah Limau Purut ni berfungsi untuk bau dia...bagi aku dan mak, bau limau purut ni best. Tapi ada yang kata buah limau purut ni berfungsi untuk mengelakkan gangguan makluk halus.....itu aku tak pastilah, kena tanya yang pakar....Kalu tak guna buah limau purut ni boleh tak?, jawapannya boleh je kalau korang sanggup hadapi bau daun lidah buaya tu. Jadi untuk bau yang wangi aku sarankan isikan sekali buah limau purut ye....



Salam Ramadhan : xxx_zuezue



Sabtu, 20 Julai 2013

PuAsA & RaYa Di KaMpUnG

Salam,

Bercuti semasa di bulan Puasa dan semestinya Raya amat dinantikan oleh semua rakan-rakan yang senasib denganku... Hampir 3 tahun berpuasa di Shah Alam akhirnya aku di sini...di Sungai Petani Kedah sedang menikmati cuti sem di bulan Puasa dan Raya....YAHOOOOO!! 

=Dancing2=

Operasi buat kek dan kuih raya tak start lagi....sebabnya masih awal lagi jadi setakat ni aku cuma masak lauk buka puasa dan kuih besa utk berbuka je... Sangat menikmati cuti katanya.... Jangan risau setakat ni tiada pembaziran....aku masak besanya cukup2 untuk berbuka dan sahur esok pagi... disebabkan rumah ni ada 3 orang je termasuk aku dan ayah aku biasanya berbuka di surau jadi lauknya simple, sedap dan kenyang... 


Menu Berbuka : 

 Nasi (setakat ni nasi putih je la)
1 Lauk berat (kari, gulai lemak, bercili & bla2)
1 lauk sayur-sayuran (sayur goreng, sup sayur atau ulam2 & bla2)
1 pencuci mulut (kuih sagu, murtabak, badak berendam, buah-buahan& bla2)
Air (air sejuk, air manis & bla@)


Simple je kan...?, kalau adik aku balik dari asrama je baru masak ikut menu dia macam semalam ada 2 lauk berat (ayam goreng & sambal udang), murtabak, air soya cincau & ulam2... dan aku terpaksa masak awal... pukul 9am dah kena bersih dan perap ayam n buang kulit udang, sedia kan bahan2 macam masak cili kering untuk uat sambal...pukul 2pm dah start memasak untuk dia bawak bekal balik asrama sebab nak hantar dia pukul 4pm...huhuhu... mencabar iman betul disebabkan dia...  btw murtabak dan air soya cincau tu dah semestinyalah beli kat pasar ramadhan...


Apa-apapun Selamat Berpuasa dan Selamat Bertarawih ye...InsyaAllah....Perbanyakkan amalan di bulan puasa dan jangan membazir...btw tahun ni raya di kampung nenek di Pahang....tak sabar nak balik kampung, nak mandi Sungai!!



xxx_zue zue


Jumaat, 14 Jun 2013

KeJuT & KeJuTaN

Salam,
Wahh....macam terasa lama je tak update blog....huhuhu.... Serious aku kata sepanjang bergelar Pelajar Digree ni aku terkena kejutan budaya... Semua benda susah dan mencabar...dan memang perlukan pengalaman. Aku rasa kalaulah diploma dulu aku bukan di sini, mungkin banyak benda juga aku kena kejar...tu lah orang kata...beza yang berpengalaman atau baru....

Assignmnt, test dan exam sangat sebati dengan pelajar bila nak dekat akhir2 sem ni dan aku.... =PENING= dengan semua itu sekarang ni..... :S

Tapi....
Dalam banyak2 benda yang aku tengah pening sekarang, ada satu benda buatkan aku happy sensorang.... 

KIM JONG KOOK datang MALAYSIA!!....WAHOOOOO!!!!


= dancing.......dancing.... :D.=

Ok fine!! aku bukan dapat pi jumpa dia depan mata pun tapi sekurang-kurangnya dapat la dengar temu ramah dia kat radio apa yang dia rasa pasal Malaysia....ok jeles tul pada smua owg yg dpt jmpa dia....T_T 




sedang menanti news from KimJongKookOppa :P : xxx_zuezue


Sabtu, 11 Mei 2013

CiRi-CiRi LeLaKi IdAmAn

Salam,
Hari tu, masuk2 je rumah, housemate tanya pasal ciri-ciri lelaki idaman aku....ermmm....tett... aku yang tengah blurr dan penat memanjat tangga hingga ke tingkat 4 ni terkedu. Akhirnya aku cuma jawab 'entah, tak pernah fikir pun...," huhuhuhu....

Sejujurnya memang tak pernah fikir pun... sebab bagi aku kalau jodoh tu dah depan mata, ciri-ciri yang kita susun bukan main susah tu akan ditolak ke tepi dengan senang hati.....nak tau bila orang perempuan tu akan fikir balik tentang ciri2 lelaki idaman dia?, bila dia bergaduh dengan pakwe dia....masa tu lah macam2 keluar...hahahahahha....aku tak ada pengalaman tapi orang disekeliling banyak mengajar aku tentang kehidupan. Sebab tu aku gelarkan diri aku 'Pemerhati Kehidupan'....hahahahaha.....walaupun aku diam,  tapi sebenarnya banyak benda yang bermain dan menyinggah di fikiran....sebab tu walaupun aku berseorangan (seperti sekarang, berseorang di ruang tamu ni) tapi fikiran aku melayang, bukan berangan  tapi berfikir.... :D




xxx_zuezue

BeRAkHiRnYa....

Salam,
Finally....!! Facebook dan twitter hampir sepenuhnya tanpa percanggahan politik (walaupun tak sepenuhnya). Siapa yang memerintah harapnya dapat jalankan tanggungjawab yang sudah diberi oleh rakyat dan yang kalah tu sudah2 lah ye nak merungut atau nak mencari salah orang....

Sepanjang kempen PRU ni aku cukup BENCI nak buka facebook dan twitter, ada je percanggahan pendapat dari pelbagai pihak dengan kata2 yang langsung tiada dengan budi bahasa. Katanya Malaysia kaya dengan budi bahasa tapi kerana kempen politik, BUDI BAHASA dicampak ke tepi, sedih betul. Yang lebih menyedihkan bila budak2 yang muda dari aku yang belum 21 tahun ni pun galak nak berkempen politik sama, memaki sana sini dan menunjuk perasaan yang bagi aku macam nak kena block je dia dari FB aku tu.... Nasib baik aku pikir ko kawan aku lagi....jadi untuk mengelakkan tangan aku gatal tekan button un-friend, aku mengambil langkah tutup FB sesegera mungkin. 


Jujur aku katakan....sepanjang melalui bulan2 PRU, kesabaran aku sangat tercabar dengan tulisan2 orang terhadap sesuatu politik....Setiap orang ada hak menyampaikan pendapat masing2 mengikut kepercayaan dan pendapat mereka tapi tak payah la terlalu terbuka dan menggunakan kata2 yang tak melambangkan awak tu orang Malaysia.... sedih nak mengaku awak tu orang yang saya kenal....

Yang berlalu biarkan berlalu, buruk dijadikan tauladan untuk kita menjadi lebih baik. Tulisan ini hanya sekadar teguran dari si orang yang suka memerhati gelagat orang disekelilingnya...



Akhirnya dapat jugak buka FB dan Twitter dengan perasaan yang aman :D : xxx_zuezue




Khamis, 25 April 2013

SiNdRoM aNaK kE 2

Salam,

Disebabkan line laju kat rumah jadi rajin lah saya meng-update apa yang patut kan... Semalam masa tengah memasak tiba2 terasa nak buka TV. Terpampang lah WHI dengan tajuk Sindrom anak ke2, aku yang tengah dok masak sambal ayam ni, merasakan tajuk tu menarik (sebab ada kena mengena kan....). Tapi aku buka salah timing... Bual bicara tu dah sampai ke penghujung, jadi tak dapat lah aku tahu lebih lanjut, cuma yang membuatkan aku tertanya ialah "rupanya anak ke2 ni ada sindrom...." macam penyakit pulak kan... dan hari ni tetiba nak tau lebih lanjut... dan aku bukalah apa2 yang patut. (internet tengah laju katanya.... =_=')

Rata-rata yang menulis di entri blog masing2 ialah anak ke2 ni punyai sifat yang lebih kurang sama, tambah lagi kalau anak ke2 ni anak yang tengah (macam aku, anak ke2 dari 3 adik beradik), cuma aku ni bertuah sikit la bila yang sulung adalah lelaki. Jadi tak semua benda aku kena ambil yang recycle punya kan...

Personaliti Anak ke-2-

Degil, fleksibel, berdikari, unik, memeningkan kepala orang tua, suka memberontak, baran, boros 

Anak manja emak, degil, tak pandai memujuk, setia dalam bercinta, tiada tolenransi, keras hati, takleh ditegur, berdikari, sukar terima arahan, pemaaf, caring, garang dan kemas.

Kebanyakkan personaliti kat atas ada dalam diri aku, tambahan berdikari dan degil tu kan....huhuhu... bab degil bagi kat aku...kalau tidak, tak adalah aku jadi Komander Kesatria Negara walaupun aku ada penyakit asma (ambik ko...), kalau kirakan mak aku...mau nya dia nak bagi....tapi ayah gelak je sebab dia tau aku degil. Kalau aku nak, maka NAK lah jawapannya....tapi kalau tak nak tak payah nak bangkang...aku sendiri buat tak heran (dialog biasa ayah, kalau aku buat keputusan pelik2 macam ni...huhuhu).


Tapi bila umur dah meningkat ni....(macam dah tua pulak), degil dia kurang sikit kot....entah la...aku pun tak perasan...huhuhu.... semua keputusan yang aku buat, biasanya aku akan fikir dulu sebab aku tau mak ayah tak akan pernah bangkang sebab mereka nak aku lakukan mengikut minat dan masa depan aku, dan aku jarang buat keputusan muktamat. Setiap keputusan yang aku nyatakan biasanya ada kemungkinan untuk berubah sebab kalau muktamat, biasanya aku tak akan dengar cakap orang lain dah dan buat apa yang aku mahu. Tu lah kata orang, pengalaman merubah cara pemikiran seseorang....




xxx_zuezue





Rabu, 24 April 2013

MiMpI

Salam,
Aku mimpi dia lagi.... seperti biasa kalau aku mimpikan dia, dia akan menghantui fikiran ku seminggu lamanya... cukup seksa kalau mengingati dia...

Aku geli untuk menyatakan dia cinta pertamaku (sumpah geli), tapi entah la...mungkin masih ada sedikit perasaan yang mengharapkan aku temui dia lagi...terus terang aku katakan aku sangat gembira jumpa dia masa dalam mimpi tu... dan aku hampir saja menangis bila sedar itu cuma mimpi.

Aku tahu hidup mesti diteruskan, dia mungkin dah bahagia bersama orang lain...dan aku...aku bahagia dengan  pencapaian aku sekarang....soal jodoh mungkin belum masanya untuk aku fikirkan lagi...

Isnin, 15 April 2013

DuLu & KiNi

Salam,
Memang segalanya tak mudah bila baru ingin membiasakan....tapi selagi tak cuba...mana mungkin kita tahu kita boleh atau tak. Itulah yang aku rasa sekarang....segalanya nampak dan terasa sukar dengan keadaan yang sentiasa berubah-ubah.... Sebab itu kini aku terpaksa motivasi diri sendiri.... dengan  doa dan semangat dari semua...aku akan mencuba...




xxx_zuezue

Ahad, 7 April 2013

BeNcI & rInDu

Salam,
 
Sampai sekarang aku tak percaya ada lagi wujudnya orang yang takut dibenci oleh orang lain hanya kerana dia menjalankan tugas yang diberi atas pilihannya.... Siapa yang sering baca tulisan aku di blog ini mungkin sudah sedia maklum aku merupakan komander  masa zaman aku diploma dulu. Perkara benci membenci adalah satu lumrah biasa bagi seorang komander, apabila terpaksa bermuka plastik memarahi orang kerana Kesatria lebih kurang askar dan tak ada istilah cakap lembut2 punya, kerja kami di padang kawad adalah menegur kesalahan pelatih... tambah2 lagi apabila aktiviti perkhemahan diadakan. Kami akan kena bertugas menjaga pelatih hampir 100%.
 
Disebabkan itu jika pegang jawatan selain biro kebajikan, nak atau tidak anda terpaksa garang demi menjaga pelatih2 yang kadang2 tak tahu nak diam dan suka buat hal sesuka hati demi melancarkan keadaan. Bak kata senior aku....Camping kesatria bukan macam summer camp...!!
 
Jadi kalau anda terpaksa garang demi menjalankan tugas anda, besar kemungkinan feedback yang anda dapat betul2 mengejutkan....hahahhaha... (kenangan yang lawak sebenarnya). Hanya sebab aku mengamuk (boleh dikatakan mengamuk jugak lah) disebabkan kehadiran solat subuh yang sangat mengecewakan dan ramai pelatih yang tidur kat belakang.... Feedback mengenai aku semua yang buruk2... maki tu jangan cakap la.... siap benci aku masa di padang kawad lagi...sedang kan seingat aku... aku tak adalah garang sangat... tapi aku terima dengan hati terbuka kerana mereka membenci aku bukan sebab mereka mengenali siapa diri aku, tetapi mereka membenci aku kerana tugas aku melatih dan membimbing diorang untuk berdisiplin.
 
Semua komander yang aku kenal dan rapat, semuanya perangai betul2 berlawanan dengan perangainya bila menjalankan tugas. Sebab tu aku kata kami terpaksa bermuka plastik memarahi orang....
 
Aku tak pernah menyesal jadi komander dulu walaupun sekarang aku tidak meneruskannya, aku ada alasan tersendiri. Tapi menjadi komander tetap ada pahit manis yang sekarang aku rindui. Jika masih ada orang membenci aku hanya kerana tugas dan tanggungjawab aku, silakan.... anda berhak membenci... tapi apa yang boleh saya nasihatkan adalah kenali dulu orang yang anda benci sebelum anda buat keputusan untuk terus membenci.
 
:D
 
 
 
xxx_zuezue

Selasa, 2 April 2013

PeNgAlAmAn DuLu

Salam,
Hari ini demi mencari nota masa diploma dulu, aku telah buka balik buku yang mngkin tercatat nota dalamnya... (nmpak sangt nota aku duduk merata...) cari punya cari aku terjumpa diari aku....sebenarnya bukan buku diari tapi boleh dikatakan pengalaman aku... Dulu masa bulan 5 tahun lepaskan ak prnah masuk hospital... rupanya dalam keadaan sakit tu pn ada benda aku tulis....ermmm... kt bawah ni ak salin balik apa yang aku tulis masa tu... :

28/5/2012
8.43 PM
Dear Diary,
Tangan masih menggigil (baru lepas makan ubat) tapi digagahkan juga aku menulis. 27/5/2012 mencatat rekod bila setelah hampir 15 tahun tak masuk hospital (selain masa kecil dulu), aku kini terlantar di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. Aku bukan seorang yang ramah tapi aku pemerhati kehidupan. Aku melihat kasih sayang merupakan aspek yang bernyawa di sekeliling aku. Kasih sayang suami terhadap isterinya, ibubapa terhadap anaknya, cucu terhadap neneknya, pakcik terhadap anak sedaranya dan mungkin nurse terhadap pesakitnya. Baru 30 minit tadi seorang suami menyuap isterinya dengan sabar. Baru sejam setengah tadi aku melihat kanak2 india bermain dengan kanak2 melayu tanpa gentar diwajahnya.
Arhhh....bertapa amannya dunia tanpa politik tapi wad ni panas...tu je yang aku tak tahan, yang lain okay rasanya...






Itulah pengalaman aku....tiada benda pada masa tu yang dapat menceriakan aku selain melihat orang disekeliling ku....3 hari 2 malam di hospital berjaya buat aku lebih matang mengenal kehidupan sekeliling yang dulunya tidak pernah aku hirau... Diari tersebut ialah apa yang aku rasa masa tu....kalau tengok tulisan aku balik masa tu aku tau tangan aku betul2 menggigil...hahhaha....


xxx_zuezue




Isnin, 25 Mac 2013

KeNaNgAn KaMi

Salam,
Aku merindui kenangan dulu.... (arhhh....!aku buat lagi...), okay...bukan senang meninggalkan perkara kita dah biasa dengannya...perkara yang sudah kita biasa dengannya dengan amat payah, dan kini kita terpaksa tinggalkan kerana masa dan keadaan yang terus berjalan kehadapan tanpa sedikitpun berundur ke belakang...

Kita akan mengingat seseorang sahabat itu bila sahabat itu adalah sahabat susah senang bersama... aku rindu sahabat komander aku...walaupun 2 darinya bersama dengan aku di Puncak Perdana ini meneruskan perjuangan pembelajaran kami, tapi 3 darinya telah pergi berjuang untuk diri sendiri di tempat lain.... Nad di UiTM induk, Pijo dan Nik dirumah masing2 (mungkin, sebab diorang masih berahsia).

Disebabkan aku masih belajar di tempat yang sama, semua perkara buat aku teringat pada mereka dan aku terfikir masih bolehkah kami main bersama? bergaduh bersama? menjerit bersama? sedih bersama?... aku rindukan keriuhan kami bila kami berkumpul bersama.... (dh mcm lirik lagu la pulak... =_=')




Ni lah Koleksi Gambar Kami berenam.... Pijo, Ika, Nad, Nik, Syira & aku...















xxx_zuezue

Selasa, 12 Mac 2013

New Chapter


Assalammualaikum,

Macam dah lama aku meninggalkan blog ni, latest update pun sikit2 je...sekadar meng-update apa yang patut dan tak sempat pun nak bercerita panjang... bukannya apa....tetiba rasa macam padat je minggu2 aku as studern sekarang...

Mungkin disebabkan aku sekarang dah jadi studern digree... semuanya cepat dan pantas tambah2 assignmnt....minggu pertama pn dah dapat kerja... Kejutan budaya gak aku ni...

Apa yang buat aku happy ialah bila subjek2 yang aku belajar sekarang lebih detail, lebih menyuruh dan tentunya lebih mencabar....Boleh ke aku? InsyaAllah... Doa kan lah k...

Cabaran yang kedua ialah... ramai kawan2 aku dah lanjutkan pelajaran dalam bidang yang lain...tapi bagi aku tu bukan masalah sangt...memang satu cabaran...tapi aku tak rasa aku boleh lumpuh hanya kerana cabaran itu... Semuanya perlu kekuatan dalaman untuk terus bertahan dalam bidang yang aku minat....

Yang aku perlu sekarang hanya restu Allah SWT dan orang tua yang sentiasa menyokong aku...(Alhamdulillah) dan kawan2 yang walaupun tak dapat bersama aku tapi tetap memberi semangat untuk aku perjuangkan sesuatu yang sudah aku mulakan....



xxx_zuezue

Sabtu, 2 Februari 2013

TaWaRaN!!

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM

Program : FF224
Sepenuh Masa
SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (KEPUJIAN)
PENULISAN ARTISTIK
FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI





Alhamdulillah kerana aku sekali lagi diberi peluang untuk menimba ilmu di UiTM Fakulti Filem, Teater dan Animasi... dan sudah semestinya di Puncak Perdana Shah Alam Selangor. Disebabkan cuti lama sngt...aku bagaikan tak sabar nak smbung...InsyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin utk DL....



InsyaAllah, tak lama lagi aku akan pakai baju konvo ni untuk konvo diploma....dan juga Digree....wahhhh...!!

Rabu, 9 Januari 2013

CoReTaN


Tiada yang mudah dalam perjalanan kehidupan, tapi ianya nampak mudah kerana coretan pengalaman



ZulaikhaSabri (2013)





Sabtu, 5 Januari 2013

MoTiVaSi BuAt DiRi

Assalammualaikum,

Masing-masing punya pandangan sendiri tentang kehidupan dan termasuk juga aku, bohong la kalau aku tidak pernah mengimpikan kehidupan lain terutama yang terukir indah dalam novel, movie malah cerita carton seperti Barbie sekalipun (aku layan tau cita Barbie tu...hahahha xsesuai btul dngan umr). Aku pun MANUSIA... tak pernah lari dari menginginkan yang lebih baik, lebih canggih, lebih bahagia...segalanya lebih la... tapi bagi aku...kehidupan dalam cerita2 fairy tale hanya untuk menghiburkan kita sahaja...selain memberi nilai murni untuk diterapkan dalam kehidupan seharian....tak perlu mencemburuinya....kerana kehidupan kita unik dengan  cara kita tersendiri... 

Tak Percaya?

Cuba kita lihat, kita mungkin mengalami masalah yang sama tapi masing2 akan membuat cara menyelesaian dan cara menanganinya dengan berbeza. Kehidupan kita bukan macam masalah matematik yang punya fomular yang tetap untuk mendapatkan hasilnya yang tetap... dunia setiap seorang manusia adalah berlainan sama sekali dari dia dilahirkan sehingga ia meninggal satu hari nanti...


Tak nak cakap banyak...

Setengah orang akan cakap, kau tak pernah mengalaminya dan kau tak akan tahu apa rasanya... Tapi percaya lah, kata-kata orang yang tak pernah mengalaminya kadang-kadang jalan keluar buat sesuatu masalah yang kadang-kadang jawapanya senang tapi tidak terfikir oleh orang yang mengalami masalah kerana fikiran dah terlalu berserabut dengan pelbagai perkara....yang penting kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat sekarang....Alhamdulillah

Cukup sampai sini....

Apa2 pun saya nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua yang mengenali diri ini dan followers blog Zulaikha Sabri ini...moga azam tahun baru kita buatkan kita lebih maju pada masa akan datang...insyaAllah...



xxx_zuezue