Khamis, 23 Februari 2012

PeSaNaN...

Aku tak tahu kenapa aku putuskan untuk bersuara...oh kerana aku rasa dia salah...tapi betul sangatkah aku? dan betul sangatkah kau?

kau tak turun kerana kau tak suka dia...hanya kerana kekurangan dia... bagus sangat kah kau...? kalau betul kau bagus...bimbing dia untuk jadi seperti kau...kau jangan harap si bongsai akan menjadi bentuk yang kau inginkan tanpa tangan yang membantu....bongsai akan jadi si pokok biasa jikalau tiada tangan yang mengubahnya...oh...kau dah tak tahan untuk mengubah bongsai yang degil....kau ingat dengan usaha kau yang tak sampai beberapa hari tu dapat mngubah bongsai? jangan sesekali kau bermimpi...kau tak tidur...kau tak mati...kau masih kau yang asli...memang tak salah kalau kau berharap dapat menjual bongsai dengan harga yang tinggi tapi...pengorbanan kau yang utama...

Maaf jika aku lukakan kau sekali lagi...ya!! aku tidak pernah mengenal kau dan prinsip2 kau yang kau rasa benar untuk diri kau...kau yang sebenarnya membuat sesuatu yang senang menjadi sulit....diri kau penyebab kenapa orang sekeliling sukar menerima kau sedangkan kau ada diri kau yang tersendiri...kami memang boleh faham...tapi cekapkah kami menghadapi kemarahan yang sebenarnya tidak patut merosakkan angin kami? apa kau ingat kami ni mesen yang menerima seadanya tanpa perasaan yang membelenggu...kau ingat kami ni patung yang tiada rasa memberontak dalam hati kami. kau sendiri mengalami rasa itu dan kau sendiri sedang memberontak dengan cara kau kemudian kau mengharapkan kami masih menerima pemberontakkan kau tanpa ada dendam...woii...kau ingat kau kat syurga??  kau ingat kitaorang ni tiada perasaan...memang anak Adam itu tidak pernah memberontak kerana dia cuba memahami kau seperti kamu cuba memahami kau suatu ketika dahulu...tapi kami telah tewas bertempur...tapi kami masih bangun...masih tegak berdiri walaupun kami pernah rasa menyerah....


sekali berkawan selamanya tetap kawan
Kau kata kami sukar dimengerti tapi kau tidak tahu kau dan prinsip kau tu yang membuat kami makin susah mengerti kau...kau baik...kau betul dalam banyak perkara...itu membuatkan kami jeles dengan kau tapi perasaan itu hilang bila kami sendiri langsung tak dapat mengerti kau...kau berharap orang terima kau seadanya tanpa kau menerima orang...kau silap besar...sedarkanlah diri mu wahai sahabatku....kau kena menerima orang dulu sebelum kau dapat diterima kalau tidak dunia ini sukar berjalan...si bulan akan mengelapkan matahari kerana jeles akan tugas mentari....itu lah kehidupan...




p/s: entry kali ini bertujuan membalas entry seorang sahabat...tidak berbaur marah tetapi nasihat...nasihat daripada seorang sahabat kepada sahabatnya...dan untuk berpesan-pesan sesama manusia...



hamba Allah SWT yang tidak sempurna :
xxx_zuezue

DaLaM bAs!!

Dah lama rasanya aku tidak mempersembahkan karya aku kat sini.... follower yang baru2 ni pun mesti tak tahu aku minat dalam bidang tulis-menulis ni...tak pe ni aku mempersembahkan cerpen pendek  'Dalam Bas' hope enjoy....



DALAM BAS

Aku menghempas pintu rumah dengan perasaan marah, tidak sangka kesetiaan aku sebagai sahabat diperlakukan seperti ini. Aku tidak tahu dimana harus aku pergi sekarang, yang aku tahu aku harus keluar dari kawasan kampus ini. Jam di tangan pukul 11.50 pagi, bermakna sudah 50 minit aku menunggu. Aku mengeluh, perasaan marah tadi hilang entah ke mana, untuk aku berpatah balik memang bukan dalam senarai apa yang akan aku lakukan. Aku melihat ke kanan, seorang perempuan menarik perhatian pandanganku. Sesekali aku menoleh, tanpa sedari telingaku memainkan peranan.
“Jom la sayang…bukannya mahal pun…I dah janji dengan kawan yang you akan bawak I ke sana…,” kata perempuan tadi…badannya seperti lintah merayap di badan lembutnya sambil melukis sesuatu yang aku pasti dia sendiri tidak tahu apa hasilnya melalui jari. Bibirku mengukir senyuman. Sambil tertoleh-toleh arah bas yang mungkin bakal tiba sebentar lagi, seorang bayi berjaya mencuri tumpuanku. Comel. Sangat comel. Bayi lelaki mungkin. Dari keayuan ibunya, aku tahu ibunya masih muda lingkungan 20-an. Masih cantik lagi dengan alis mata yang memikat, mungkin tanpa bayi di tangan. Orang akan melihat seorang gadis yang cantik sedang duduk disebelahku ini. BAS!
Tepi tingkap, itu matlamat aku. Tapi tidak sukar untuk dicari kerana tidak ramai penumpang. Mataku menjamah pandangan luar, ada kekecohan. Seorang lelaki menarik baju seorang perempuan seperti ingin memujuk supaya si perempuan tidak pergi. Mungkin tahap kesabarannya digugat, perempuan berkenaan menolak si lelaki dengan sekuat tenaganya sehingga  si lelaki itu hampir terjatuh lalu dengan pantas menaiki bas. Si lelaki hanya memandang dengan pandangan sayu. Selepas tiket bas diberi, mata si wanita menari-nari mencari arah tujuan. Aku tahu tiada tempat lain lagi yang ingin dituju selain disebelahku. Aku diam. Senyum. Senyumku dibalas manis. Setelah dia duduk, hanya satu soalan yang terlintas tapi aku mengambil masa sebelum bertanya untuk memikirkan soalan yang patut ditanya.
“Okay tak ni?,” itu sahaja yang terkeluar dari bibir ini. Dari menunduk, si wanita terus memandang wajahku yang masih setia menunggu jawapannya dengan penuh sabar. Dia senyum dengan sisa air mata yang masih ada. Aku cuba lagi.
Bf kau curang eik?, erm… biasa la lelaki ni dapat yang setia tak nak bersyukur,” si wanita masih lagi memandangku, tersenyum lalu menyapu pipinya yang basah dengan jari.
“Nak juga cari yang lain, lelaki sekarang susah sikit nak percaya. Kita kena tahu apa dia buat, kat mana dia sekarang, dia tengah buat apa… dengan siapa dia keluar…semua kita kena siasat…,” Si wanita masih lagi tersenyum, tidak mengangguk atau mengiakan, hanya mata dia sahaja yang membuatku yakin dia masih mendengar.
“Kalau tidak macam ni lah, sedar-sedar je dia dah pasang dua tiga kat belakang kita. Yang perempuan ni pun satu, tunduk je. Laki cakap sikit kemudian percaya bulat-bulat. Laki minta duit pun bagi…sayang katanya. Macam kawan aku tu, percaya sangat kata bf dia. Dah la dekat facebook, kawan perempuan punya ramai komen dekat wall dia. Bila aku tegur kata makcik la, kakak la, senior la, kawan sekelas la. Sebab percaya sangat kat bf, aku ni pulak yang dipersalahkan,” tanganku sudah mula menari-nari menunjukkan rasa tidak puas hati. Si wanita masih senyum.
“Ish! Tak pasal-pasal bergaduh…!” tanpa sedar laju aje aku meluahkan isi hati yang terbuku ini. Si wanita bangun, menekan loceng yang sedia ada di sudut tiang bas. Bas berhenti. Si wanita berpaling mengadapku. Dia senyum.
“Saya rasa awak salah anggap, yang awak lihat tadi ayah saya. Dia tak mahu melepaskan saya untuk pergi menemui ibu atas sebab tertentu, selamat berjumpa lagi. Assalammualaikum.” Si wanita turun dari bas. Aku nampak dia tersenyum melihatku.
“Ah! Mana plastik sampah eik?” aku berbisik sambil menutup muka dengan tangan.


HASIL KARYA:
ZULAIKHA SABRI (xxx_zuezue)
20/2/2012
7.13 PM

Rabu, 22 Februari 2012

CaBaRaN & DuGaAn..

Setiap sem ada cbarannya...dan kali ini aku amat berharap aku dapat melaluinya dengan baik dan tenang (walau sebenarnya emosi aku amat trganggu). Aku akui aku memang jenis banyak fikir walaupun kadang2 bendanya remeh sangat...dan aku sangat melayankan rasa kecewa aku... tapi sekarang aku dah lega sikit (walaupun tengah serabut dengan Assignmnt), sekurang-kurangnya aku dapat ketepikan benda2 bodoh yang langsung tak mnghargai aku dalam kehidupannya...dan aku tak boleh paksa untuk dia mnghargai. 

Okay kat sini aku nak umumkan bahawa untuk prtama kalinya aku akan balik lambat sempena cuti akhir semester disebabkan exam seminggu satu subjek dan akan berakhir pada 26/3....hahaha...tak pernah2 exam ak sbegitu lewat....adodoii...

p/s: masih fikir nk uat pa kt puncak sementara tnggu exam nnti...



love: xxx_zuezue

Rabu, 15 Februari 2012

SaKiT hAtI

sakit hati....satu pnyakit yang kadang2 berbahaya...kerana sakit hati ni kadang2 boleh mencipta dendam dan dendam boleh pergi kepada jenayah atau dosa...mungkin aku juga tidak sebagus mana dalam menilai, melihat dan mengawal keadaan tapi sejujurnya aku takut orang tidak suka dengan apa yang telah aku lakukan...walaupun aku tawar hati dalam sesuatu...aku lakukan hanya untuk kawan2 ku...aku akan diam jika ada yang tidak kena atau tidak aku setuju kerana aku takut cara aku yang tidak sama dan salah....bising (tak puas hati) hanya sehari dan kemudian aku akan terima dengan seadanya....tolong jangan buat aku rasa sakit hati kerana aku berusaha untuk tidak mengerti apa yang patut mencederakan hati ini. Jangan buat aku menangis kerana aku masih belajar untuk tidak akan pernah menangis lagi...dan jikalau aku menangis, itu bermaksud benteng yang aku bina, pecah minta dibina lagi dan lagi...

dan di hadapan kamu...kamu dan kamu...

aku akan terus senyum, ketawa, gembira, masam,muram atau marah tanpa pernah menangis lagi dan lagi...

"saya tak nak nangis dah..."

xxx_zuezue

Selasa, 7 Februari 2012

NaMa PeNa

Hai semua, kepada yang rajin singgah diucapkan terima kasih banyak-banyak... untuk entry kali ni aku nak cakap pasal nama pena.... ramai penulis menggunakan nama pena yang gempak2 dan kadang2 penuh misteri jadi aku pun terfikir nak cari (mungkin)... adakalanya aku rasa nama pena ini bergantung kepada keperibadian penulis itu sendiri atau gaya penulisan penulis. Walaupun kadang-kadang aku memuji penulis2 yang mempunyai nama pena yang menarik tapi aku tetap buntu mencari nama pena buatku...

okay...terus terang aku cakap 'zuezue' bukanlah nama pena...ia sekadar nama panggilan
 untuk kawanku sahaja tak lebih dari itu


nak tahu sebab apa? (xnak tahu sila blah dari blog ni sekarang..:-P), aku masih menghargai nama ayah  dibelakang nama ku...itu yang penting kerana bagi aku...dia lah segala-galanya. seorang ayah, pelindung dan hero dlm hidupku selain ibuku tercinta. dan kedua ialah kerana aku amat menghargai nama ZULAIKHA itu sendiri, kerana inilah hadiah IBUBAPA ku buat anak mereka yang tercinta kerana nama adalah satu doa. doa untuk seumur hidupku. Oleh kerana itu, walaupun di akhir entry aku, aku selalu menulis xxx_zuezue, atau rakan2 terdekatku selalu memanggil 'zue'...namaku atau nama penaku tetap ZULAIKHA SABRI !! kalau tak caya...cer tengok nama blog...:-)


p/s: sorry ayat lintang pukang pulak ari ni...erm...mungkin sebab penangan tak nak balik kolej la ni.

salam sayang: xxx_zue zue


Isnin, 6 Februari 2012

AsRaMa & AdIk

Dulu aku selalu mengimpikan yang ayah akan beli rumah dua atau lebih tingkat dan ada 4 bilik dimana kami tiga beradik dapat sebuah bilik setiap seorang....arhh angan-angan yang mungkin akan direalisasikan nanti bila aku sudah mempunyai duit sendiri tapi sebenarnya aku bersyukur kerana ayah tak beli rumah macam tu....rumah aku sekarang ni pun dah cukup besar bila adik beradik aku yang lain tak ada, sunyi....betul2 sunyi...aku mungkin dah biasa kalau abang tak ada tapi kalau adik....mati akal aku kat rumah ni.....kalau dia ada, biasanya dia akan sakitkan hati aku dengan menunjukkan video youtube yang dia rasa best dan aku pula akan sakitkan hati dia dengan buat tak tahu....tapi kadang-kadang  tengok jugak... mungkin aku masih tak biasa dengan ketiadaan adik....

Semalam, hantar adik g asrama dia (bekas sekolah aku dulu), mula-mula aku ingat nak hantar sampai bawah blok je...pastu tak sampai hati...naik la kat bilik dia (dengan syarat dia antar aku sampai depan blok dia)...masa nak pergi tu sebenarnya tak sampai hati aku nak tinggalkan dia sebab walaupun dia hanya cakap dalam nada bergurau yang dia nak balik tapi aku tau dia memang maksudkannya....aku tahu perasaan dia bila terpaksa masuk asrama yang telah aku anggap sangkar.  serta merta masa tu aku teringat akan perasaan aku di masa lalu, disaat aku ditempat dia, disaat aku disisinya...melambai keluargaku yang ingin beransur pulang...arhh...sangat2 sedih...tapi percaya atau tidak hanya sekali je aku menangis (itu pun setitik air mata je sempat keluar) selebihnya aku hanya cuba ceriakan hati dan pujuk hati supaya aku tidak akan pernah menangis disebabkan itu lagi...

Mungkin masa tu aku masih budak-budak...baru belajar berpisah dari keluarga dan berdikari....baru pelajar tentang kehidupan realiti....dan aku harap adik juga seperti aku....dapat berdikari dan belajar sesuatu dari pengalaman asramanya ini..kerana disamping kena mengendalikan perasaan berat hati atau sedih sendiri....akan ada pengalaman yang menerbitkan senyuman satu hari nanti....


truly me : xxx_zue zue