Sabtu, 6 Disember 2014

Sakitnya Cabaran

Assalammualaikum,

Cabaran makin besar setiap hari, aku tak tahu yang aku setabah ini. Kadang-kadang aku rasa aku mahu mengalah...nak tinggalkan segala-galanya di sini dan balik....duduk disamping keluarga dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak perempuan. Tapi nyata ia tidak semudah yang disangka kerana aku punya impian dan aku harapan keluarga. 

Nampak kuat tapi sebenarnya tidak,
Nampak tenang tapi sebenarnya tidak,
Ya, apa yang kita nampak, bukan hak kita untuk menilai...

Kadang-kadang aku penat dengan semua yang ada disini, penat dan lelah... Aku rindu keluarga, aku nak balik...duduk disamping keluarga dan lihat perkembangan kesihatan mereka dengan mata ku...tapi aku tahu aku perlu bersabar....dan berdoa...agar segalanya dipermudahkan....



xxx_zuezue

Sabtu, 29 November 2014

Hai!

Assalammualaikum,

                Lama aku berhenti menulis di sini, adakah aku baik-baik saja??. huhuhuhu.... ada yang bertanya ke di sini? Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, aku baik-baik saja. Meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Aku rasa setiap kali aku ke sini, aku akan menulis tentang kesukaran aku melanjutkan pelajaran. Ya sangat sukar!, sehingga walaupun aku rasa aku sudah berusaha bersungguh-sungguh, hasilnya tetap mengecewakan :(

                4 November yang lalu adalah ulang tahun kelahiran aku yang ke 22 tahun....eikk....betul ke 22 ni???....jap.....ermmmm........kira balik jap.....ermmm....ok betul 22 =_=' (selepas umur aku menginjak 18 tahun, aku ada kesukaran untuk mengingati umur sendiri...tak tipu...ni betul2 ni....sehinggakan bila orang tanya aku umur berapa?, aku akan ambil fon untuk congak balik umur sendiri....) =tutup muka malu=
Alhamdulillah....terima kasih kepada yang mengingati dan mendoakan diri ini.... aku sangat menghargai.... kepada mak....terima kasih sebab berkorban untuk angah sampai angah dah besar panjang ni....angah tau angah antara anak yang paling susah nak jaga  sebab selalu masuk hospital, n boleh tahan degil ni....tapi mak tetap bersabar. kepada ayah yang sentiasa berkorban membesarkan angah....memberi nasihat.....angah beruntung dapat mak dan ayah.... dan kepada abang dan adik ku yang comey....thanks ingat birthday angah....love you both gak.....

                    Kepada housemate kesayanganku....syira, ika, zarith, fatin, along n husna.... terima kasih kerana sentiasa ada masa aku memerlukan dan buat prank kat aku. Siap ada group whatsup lagi....huhuhu....nightmare aku bila ingat balik gambar yang kowg buh untuk profil pic group tu....seriously gambar tu buruk.....!!

                    ermmm....selain birthday aku...1/11 pulak, family aku datang dari kedah....cop....jangan salah sangka...,bukan untuk sambut birthday aku tapi untuk merisik kak lia... ya kak lia...InsyaAllah bulan 12 ni dia akan jadi sebahagian dari keluarga kami. Perasaan aku...? bercampur-baur....nak kata aku happy....yes aku happy tapi ada gak rasa sedih....aku pun tak tahu kenapa....mungkin aku rapat dengan abang kot....dan dia satu-satunya abang yang aku ada....well kami 3 beradik je....mungkin lah kesedihan tu lain macam sikit tapi walau apa pun aku happy untuk dia.

                Dan.......hari ni bila aku buka blog, aku perasan 1 benda.....blog yang aku suka baca dah menemui pengakhirannya.....hahahhaha...jangan salah faham....dia berpindah ke wordpress pulak...aku tak tahu sebab apa tapi sekurang-kurangnya dia tak berhenti menulis dan aku akan menyokong dia dari jauh.... good luck bro...!


  Sekian......

xxx_zuezue
                     



Rabu, 23 Julai 2014

Being Stage Manager

Salam,
 Wah....lamanya aku tak menulis disini, macam2 benda terjadi dan sekarang..... saya sedang praktikal...!! cepatkan masa berlalu....pejam celik tinggal lagi 2 sem je lagi sebelum aku menghabiskan Ijazah Sarjana Muda aku....Harap-harap dapat buat yang terbaik....aku nak buat mak ayah bangga datang ke Datc buat kali ke 2 untuk convo aku (btw Datc ialah Dewan Agong Tengku Naib Censelor UiTM Shah Alam).

Well apa yang menarik sem lepas?, ok pikir jap...ermm...ermm....
Subjek yang aku ambil buat pertama kalinya tanpa basic iaitu Stage Manager. Kalau sebelum ini aku sangat menitik beratkan subjek elektif yang bakal aku ambil. Ye lah, subjek elektif ni ialah subjek tambahan yang wajib ambil dan biasanya merupakan subjek yang luar dari bidang aku seperti seni layar, perngurusan, animasi, & teater. Jadi dalam kepala otak ni, mestilah aku akan ambil subjek yang senang bagi aku, kalau tak senang pun sekurang-kurangnya aku ada basic jadi tak ada lah terpinga sensorang kan...?, sebab aku ni suka main redah sensorang, kawan tak nak ikut aku tak kesah janji aku suka... 

Jadi subjek stage manager memang luar dari pengetahuan aku dan aku tak ada basic LANGSUNG....

---------------------------- ---------------Musik Suspen-------------------------------------------------

 The thing being a student in bachelor is lecturer will expect you to know everything and he/she will end up chat with you rather than teach you in class....untuk sesetengahnya lah.... (sy tak ckp smua), dan mulalah mengembaraan yang sukar buat aku dan beberapa orang rakan sekelas yg turut ambil subjek tersebut (well, first time xda basic kan so terpaksa cari geng jugak lah untuk meyakinkan diri). Segalanya muskil dan sangat berhati-hati, dari segi keja, dtg kelas dan sebagainya. Kena banyak tanya rakan management yang lain apa kena buat, ini maksud apa dan sebagainya....sampai pernah sekali aku rasa yang aku malas terus nk g kelas dan buat smua keja dia sebab aku tak tahu, aku tak faham dengan apa yang dia nak tapi Alhamdulillah aku siapkan juga semua kerja dia dan pementasan akhir untuk ujian kami walau dikritik hebat oleh beliau tapi aku dan rakan writing yang lain tetap puas hati dengan hasil kerja kami....cuma aku harap dan berdoa beliau akan bagi markah dengan adil dan saksama lah....

Kalau orang tanya aku adakah aku akan ambil subjek yang aku tak ada basic lagi lepas ni?, dan jawapan aku adalah ------------ mungkin--------------- tapi bukan dengan lecturer yang sama....huhuhuhu.... T_T




xxx_zuezue



Isnin, 24 Februari 2014

Reality Show baru!!

Salam,
Setelah hampir 2 bulan kita masuk ke tahun 2014, ini kali pertama dalam tahun ni aku update blog...ermm....nmpak sngt ak mls nk menulis atau lebih tepat lagi update blog ni...

Tinggal seminggu je lagi aku akan masuk belajar semula, macam cepat je masa berlalu...ermm...kalau diploma dulu aku mungkin akan enjoy sebab rindu kawan2 tapi sekarang aku lebih takutkan subjek yg bakal aku ambil...ermmm....tu lah beza diploma dan digree...

btw....perkembangan semasa bercuti...ermm...apa eikk??, jap pikir jap....

Selain berat badan naik (=_='), aku dan keluarga ada lah pergi bercuti ke Taiping, Perak sebab memandang kan abang aku balik kedah kan...ermm selain dari tu....??ermmm....jadi suri rumah sepenuh masa lah jawabnya...memasak, mengemas, membasuh dan hantar adik aku buat latihan untuk lesen moto....selebihnya adalah  'gegirl day'...tapi jarang sangat keluar 'have fun' ngan adik aku sebab jimat duit la katakan...

Result??, tak payah tanya...aku tak akan jawab. Mang tu lah prinsip aku dari dapat result UPSR lagi...


Btw 1 lagi perkara baru yang aku TER-minat masa cuti iaitu Reality Show Korea yg brtajuk 'The Return of Superman'. Reality Show ini disiarkan di channel TV korea iaitu KBS, xsilap ak Astro pn ada Channel KBS ni kan?? (Umah aku xda Asro...). Adik aku punya pasal la aku terminat rancangan ni, xpasal-pasal tambah 1 rncangan korea aku minat.....ermmm.... =_='


'The Return of Superman' ni ialah reality show yang menayangkan perjalanan bapa bersama anak2 mereka (Anak kandung okay....) tanpa isteri tercinta selama 2 hari ...ayah2 yg terlibat ni terdiri dari rapper seperti Tablo, Choo Sunghoon yang merupakan fighter terkenal kat korea, Lee Hwi Jae yang merupakan MC rancangan korea, Jang Hyeonseong yang merupakan seorang pelakon...

Nak tau sebab apa aku tergoda dengan rancangan ni???, anak-anak diorang cute sangat2 dan juga lawak, kadang-kadang tengok kaletah ayah dan anak2 kecil mereka...anak2 diowg paling besar pun bru brumur 11 tahun iaitu anak Jang Hyeonseong.... yang paling kecil anak Lee Hwi Jae yg brumur bru 8 bulan dan juga mrupakan kembar.... Lee Seoeon dan Lee Seojun...

Paling mencabar sah2 lah Hwi Jae....susah kot nak uruskan 2 orang budak 8 bulan tanpa isteri tercinta, tmbah2 Seoeon mang sangat suka menangis...tapi Seojun pulak sangat cool...hahahha...serius aku cakap, mungkin lepas ni aku akan rindukan si kembar tu... (eh...macam anak aku lak)...




Haru bersama ayahnya Tablo

Kalau korang nak try tengok, bolehlah ke Channel KBS world kat Youtube atau tekan je link ni The Return of Superman | 슈퍼맨이 돌아왔다 - Ep. 1 (2013.12.15) , link ni episod 1, yang ada kat youtube sampai episod 14  je setakat ni sebab dia ongoing show sekarang...


p/s : saya suka budak2 sebab tu saya suka giler show ni... :D

xxx_zuezue