Selasa, 23 Ogos 2011

KeRiNdUaN.....


Salam semua, korang tau tak dulu aku bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani II dengan mengambil jurusan Perkembangan & Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak? tak tau?
 ha..meh nak cerita meh...

aku ambil jurusan tu atas banyak sebab (kalau nak cerita, memang tak habis) dan aku sebenarnya tak tahu apa yang dimaksudkan dengan nama kursus tu dan tak terbayangkan apa-apa pun pada mulanya apa yang bakal aku belajar. Walaubagaimana pun, aku tetap akur dengannya dan langsung tidak berasa untuk tarik diri walaupun ada sesetengah kerjanya membuatkan aku separuh gila...tapi semuanya memberikan aku pengalaman yang tidak terhingga harganya.
dan sekarang........
aku rindukan kanak-kanak....rindukan keriuhan mereka bermain sesama sendiri, kerana dulu aku sudah biasa belajar dalam keriuhan suara kegembiraan mereka, melayan telatah mereka yang pelbagai....dan boleh dikatakan mereka banyak menghilangkan resah dalam hati ini...dan tempat yang aku suka lepak masa aku tertekan ialah dalam bilik kanak-kanak ( dalam bengkel kitowg ada bilik kanak-kanak dan bengkel ktowg mang btul2 macam taska)...entahla macam mana aku nak gambarkan kerinduan aku saat ini....dan yang aku sangat pasti aku sangat rindukan suasana taska, keriuhan budak-budak, kerana mereka buat aku mengenal erti hidup ini dengan kegembiraan.



dengan afiq kat taska (bengkel)



kawan yg sntiasa menemani

suasana dalam bilik kanak-kanak




dAlAm KeRiNdUaN : xxx_zue zue

Jumaat, 19 Ogos 2011

mEmOri & KeNaNgAn


 Hari ni aku tak nak tulis banyak2 sebab aku tau ada yang bosan tengok aku merepek itu dan ini, budak penulisan katanya...hahahahahaha....jadi hari ni aku nak letak gambar.....koleksi yang tidak diletakkan dimana-mana, sume gambar ni masa camping Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (TEKA) bagi semester 1 pada 16 & 17 Julai 2011 dan aku sebagai komander pengiring (Biro Logistik & Pengangkutan).....jadi layan...




biro program tekun menjalankan tugas

menjadi pemantau n sntiasa ngan laptop untuk memeriahkan aktiviti dengan lagu...

bosan jaga audio, berjalan pulak aku sambil tengok budak2

MAKAN TIME!!

bersenam di pagi hari, semangat tul bebudak ni...aku sebagai juru kameranya.

sesi ceramah plus denda ngan biro disiplin..

slot Cikgu Mat,
 tugas: mencari budak tido kat blkang

slot menyelamat dalam air...
tugas : juru camera + pemantau

waktu kat atas bukit
tugas : aku tak join benda ni, malas nak naik sbab kena jaga barang kat bawah

bertungkus-lumus biro masakkan menyiapkan sarapan utk kitowg...

masa bebudak tengah syok ngan slot menyelamat dlm air,
ktowg brgambar jap...

biro disiplin & pengarah projek

timbalan, biro kerohanian & biro logistik
ambil peluang berehat jap...

muka xcukup tido....

MANDI TIME!!
tugas : pantau bebudak + jaga masa, xnak diowg mndi lama sngat....

sambil tunggu, ktowg posing dlu...

suasana yg sejuk n damai....

buat muka cute..hehehehe

ni pulak slot sterusnya brsama cikgu mat iaitu pengkalan hutan,
tugas : pastikan bebudak tak tido n semua tak ngelat.

hahahahaha...garang tak muka aku??, tapi bkn tengah marah pun..
time ni aku mengantuk sangat2...

sesi pembelajaran

smbil memantau bebudak kami da keja lain iaitu
jeng...jeng..jeng...bergambar la...

Act 1

Act 2


Act 3
juga membuat lelongan hp...hahahahaha
Solat Zohor


sesi melipat khemah dengan bantuan Komander
sesi memberi ucapan akhir...

BALIK!!


Lepas sampai Puncak Perdana kira-kira petang ahad, aku ngan syira terus bersiap untuk balik ke Pulau Pinang (syira) n Sungai Petani Kedah (aku). walaupun cuti pertengahan semester kami menjadi lambat 2 hari, tapi aku rasa seronok sangat bersama pelajar-pelajar part 1, walaupun aku tak nafikan ada kesukaran mengendalikan pelajar-pelajar yang ada diantaranya lebih tua daripada kami.....tapi itu semua memberikan kami pelajaran yang tak ternilai jika dibandingkan dengan wang ringgit. malah apa yang membanggakan apabila camping ini selesai dengan jayanya walaupun tiada komander lelaki.... YA!! wanita boleh!!



memori & kenangan indah : xxx_zue zue









 




Selasa, 16 Ogos 2011

SeNyUmAn TiBa - TiBa


Dengar je tajuk, mungkin korang masih kabur dengan isi kandungannya tapi lepas tengok gambar ni korang akan dapat jawapannya...

aku yang dalam bulatan merah tu....cute tak..hehehehehe



buka je fb pada kira-kira tengahari tadi, gambar ini berjaya buat aku senyum sorang2 arhh sesungguh nya aku tak da simpanan gambar ni sebab masa tu aku beli gambar aku sorang je pakai jubah biru tu ngan latar belakang kain merah dengan tangan pegang skrol kosong....dan yang buat aku nak tergelaknya ialah, balik kedah hari tu aku selalu terfikir dan salahkan diri sendiri kenapa waktu tadika dulu aku tak beli gambar ni....sebab sekarang aku hampir terlupa wajah2 rakan-rakan ku masa ni...sungguh.!! satu demi satu kenangan dimainkan kembali dalam panggung otak ku kini....aku rindu kenangan dulu, aku rindu kediaman aku kat Kuala Lumpur dulu....aku rindu sekolah tadika dan sekolah rendah aku kat sana.....dan yang penting aku rindu kawan-kawan aku....MakMah yang menjaga aku dari kecil, auntie yang sempat mengajar aku sekejap dan menganggap aku macam anaknya....kalau aku senaraikan semua, memang tak habis....apa-apa pun aku berharap sangat dapat jumpa mereka kembali....walau hanya seketika...




** terima kasih kepada insan yang tag gambar ni kat fb tdi...hilang segala stress aku...



bercerita kisah pelangi : xxx_zue zue

Sabtu, 13 Ogos 2011

Kenangan Puasa II

Semalam bersamaan 12 ogos 2011, aku pergi berbuka dekat rumah kawan ayah Agi untuk tahun yang kedua (pertama kali masa ak sem 1-tahun lepas). Nak kata best pun tak juga sebab masa nak pergi tu buat pertama kalinya aku muntah sampai 6 -7 kali kerana perut masuk angin. bila dah lega muntah, perut aku pulak sakit sangat2 sampai aku sendiri tak tahan....mang la muka aku toya je waktu pergi tu (lau ikutkan ak mang tak nak pergi dah tau) tapi disebabkan aku mengambil bahagian dalam persembahan, aku gagah kan juga badan ni....buka puasa pun ak makan kuih2 je....sebab dah tak lalu nak makan benda lain.....lepas berbuka aku terus pinjam bilik sebab nak rehat. Alhamdulillah lepas berehat, sakit aku makin kurang, mungkin penangan ubat yang aku makan kot....dan aku boleh membuat persembahan dengan baik  (agaknya lah).
cakap sal persembahan, inilah buat pertama kalinya aku dapat buat persembahan mendeklamasikan sajak hasil tulisan aku dan hafidzah wahab depan khalayak ramai. kalau nak cakap sal perasaan masa tu, jangan tanya la....mang gemuruh sangat2 sampai tangan aku sejuk sangat2....tapi bila dah selesai segalanya, rasa gembira je...

disebabkan aku membuat persembahan, aku ditemuramah oleh wartawan yang hadir....wahh!! pertama kali dalam sejarah hidup tu..tapi tuk surat khabar apa aku tak pasti la....hahahahaha...pastu sempat jugak aku memotivasikan adik-adik @ bakal-bakal komander intek 46 masa tunggu jam menunjukkan pukul 2....aku harap dengan segala pengalaman yg aku beri pada mereka, mereka tak tarik diri dari keputusan yang mereka pilih dan dapat menjadi sebahagian daripada kami komander kompeni N.



**dalam masa 1 hari, pelbagai benda yang jadi pada aku.....erm...semuanya kenangan di bulan puasa....


yang benar  : Zulaikha Sabri @ xxx_zue zue

Khamis, 11 Ogos 2011

Kenangan Puasa I

Tanggal 10 ogos 2011, hari bermakna dan bersejarah buat aku sebagai seorang yang bergelar rakyat Malaysia. KENAPA?? kerana aku dapat menatap sendiri wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia iaitu Sultan Mizan dan Permaisuri Agong bersama puteri comel mereka (aku rasa puteri bongsu mereka). Kemuncak kegembiraan aku apabila aku dapat bersalaman dan bertugas untuk Permaisuri Agong.....huhuhuhuhu.....best sangat (ni baru jumpa Agong, lau jumpa siti aku tak tau macam mna...hihihihihi) dan dapat bersembahyang tarawih bersama  mereka...walaupun tugas aku kali ni tidak berapa berat sangat, tapi sempat juga la merasa dibenci orang disebabkan menjalankan tugas......mula-mula tu sedih juga la...tapi lepas tu aku cakap pada diri sendiri yang aku menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.....kalau nak marah atau apa-apa ke lantak korang la....aku bukan suruh korang buat benda tak baik pun.....hanya suruh tulis nama korang sendiri dan bukan nama kawan je pun...


GAMBAR?? sorry la kamera tak ada dengan aku, jadi semua kenangan hanya menghiasi dalam minda aku sahaja......tetiba aku berangan dapat hadiah camera pada hari lahir aku....erm...siapa la yang nak bagi eik..?? tunggu je la nampaknya.........


Kenangan Abadi:  xxx_ zue zue 

Isnin, 8 Ogos 2011

DeMaM kAh....

Dalam 40 minit sebelum berbuka tadi, kepala aku mula menganggu pemikiran yang sedang berjalan walaupun pagi tadi tekak dah rasa perit. Nafas pun terasa panas....arhh.......hatiku kuat menyatakan aku nak deman kalau aku tak minum banyak air tuk malam ni sebab ini lah benda yang terjadi bulan lepas yang menyebabkan aku kena tahan kat pusat kesihatan. Tapi bila berbuka tadi, hilang sikit ketidak selesaan itu bila ramai kawan2 datang berbuka bersama di rumah. sangat meriah, bagaikan ada pesta. Selain celoteh dan ketawa riang dikongsi bersama, tidak lupa juga makanan masing-masing bertukar tangan merasa sorang sikit......aku rasa bagaikan bersama adik-beradik yang ramai......lepas je semua dah balik, aku terus mendapatkan bekas ubat2 aku, untuk mencapai panadol dan ubat selsema...sungguh kepala ak sampai sekarang bermain gendang entah irama dan lagu apa........tapi aku tetap gagahkan tangan menulis...sebab  apa ak tak pasti.......walaupun baru 20 minit badan ini bermain air tadi bagi mengurangkan suhu badan, kini ia kembali dalam keadaan tadi walaupun sudah berkurangan sedikit.....huhuhuhhu...kalau boleh aku tak nak demam....banyak benda nak kena fikir sekarang....assignment pun banyak tak siap lagi......




** walaupun dalam keadaan tak selesa, kalau sekali dah menulis...memang susah nak berhenti.....










beri senyuman walau dipanah sembilu : xxx_zue zue