Zulaykha Zuhayra

Zulaykha Zuhayra

Selasa, 20 Ogos 2013

AkU & pErKaHwInAn

Salam,
Rakan-rakan masa sekolah menengah yang sama umur dengan aku, seorang demi seorang telah mendirikan rumah tangga, tak kiralah di SMK Sungai Pasir atau pun di SMT Sungai Petani II. Aku gembira untuk diorang... Tahniah!

Tiga bulan yang lepas seorang dari rakanku yang sudah berkahwin dan telah mempunyai seorang anak ni buat surprise call, aku sangat2 terkejut sebab dari dulu lagi dari zaman sekolah, kalau aku tak call dia memang jangan mimpilah aku nak dapat dengar suara dia.... Kami berbual panjang bertanyakan khabar masing-masing sehinggalah 1 soalan yang aku sendiri tak pasti kenapa dia pertikaikan...

Dialog :

Dia : ang buat apa sekarang? Dah habis diploma kan?
Aku : A'ah dah habis diploma, sekarang aku sambung digree pulak....
Dia : aik...sambung lagi...bila ang nak kahwin?
Aku : hahhahaha....aku tak fikir pun, selagi aku boleh belajar, aku belajar...
Dia : ermmm....sampai tua la ang tak kahwin, nanti dah tua anak baru kecik2. Tengok macam aku dah da anak sorang...
Aku : =speechless= (tau gelak je)


Aku ada prinsip aku sendiri, mengakhiri zaman bujang secepat mungkin bukanlah cita-cita aku. Aku nak belajar selagi aku boleh belajar sebab aku harapan keluarga, aku nak bekerja dengan gaji yang tinggi supaya aku dapat beri pada ibu bapa aku, buat mereka bangga dengan aku. Aku tak nak hidup aku hanya tau nak menyusahkan mereka, dan antara prinsip aku adalah aku mesti ada kereta dan rumah sendiri sebelum aku berkahwin. Mungkin aku ni terlalu paranoid tentang kehidupan alam perkahwinan ini, tapi aku takut melihat janda2 yang ditinggalkan suami dan hidup melarat... Memanglah, berkahwin bkn utk bercerai tapi statistik keganasan rumah tangga, penceraian dan semua masalah rumah tangga semakin menjadi-jadi buatkan aku harus ada backup plan (wahhh....ayat...!)



Cara kita berfikir mungkin tidak sama....jadi bagaimana anda??



xxx_zuezue