Zulaykha Zuhayra

Zulaykha Zuhayra

Sabtu, 6 Disember 2014

Sakitnya Cabaran

Assalammualaikum,

Cabaran makin besar setiap hari, aku tak tahu yang aku setabah ini. Kadang-kadang aku rasa aku mahu mengalah...nak tinggalkan segala-galanya di sini dan balik....duduk disamping keluarga dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak perempuan. Tapi nyata ia tidak semudah yang disangka kerana aku punya impian dan aku harapan keluarga. 

Nampak kuat tapi sebenarnya tidak,
Nampak tenang tapi sebenarnya tidak,
Ya, apa yang kita nampak, bukan hak kita untuk menilai...

Kadang-kadang aku penat dengan semua yang ada disini, penat dan lelah... Aku rindu keluarga, aku nak balik...duduk disamping keluarga dan lihat perkembangan kesihatan mereka dengan mata ku...tapi aku tahu aku perlu bersabar....dan berdoa...agar segalanya dipermudahkan....



xxx_zuezue