Ahad, 20 Mac 2011

PeLiTa HaRaPaN mUnGkIn PaLsU...

Aku berharap agar ada sang pelita sanggup menerangi gelap ku yang makin hari memakan pelita pelita kehidupan. Mungkin tiada yang memahami apa yang prlu dirungkaikan oleh hidup sedangkan aku mula disapa keraguan tentang sesuatu yang dianggap senang dan meyakinkan. Bidadara dan bidadari penyeri malam sepi ku makin bertukar ganti seorang demi seorang meninggalkan aku yang mempunyai sejuta rasa belum dikongsi dan ingin dikongsi.

 Senyap sunyi hati bila tiada yang menghampiri, memberi salam sejuta rahmat. Pohon melambai-lambai sepi ditemani bunyi ketawa sang angin, tapi aku masih sendiri, tetap berkarya menggunakan tangan tunggal mengukir kehidupan, mereka babak demi babak sehingga ia selesai dan diselesaikan oleh para malaikat-NYA.

      TIDAK…!!! Aku tidak membenci sang Pencipta kerana DIA, segala- galanya buat aku si insan kerdil ini. Mungkin cara aku membentuk lukisan, mencampurkan warna, dan menggerakkan jari yang lemah ini yang membuatkan aku di dalam hasil aku sendiri…. hasil yang tidak begitu membanggakan untuk ditatap dan direnung. Tapi aku tidak mengalah, aku takkan menangis walau pun tiada yang ada disampingku. Tiada yang mendorongku. Tiada yang memujuk sang hati yang ingin meminta simpati ini. Tiada.......dan tiada......






xxx_zue zue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan