Selasa, 26 April 2011

CiNtA dAlAm HaTi

seorang permpuan yg rupanya tak cntik selalu berangan yang dia akan jumpa dengan seorang lelaki yang tak hensem tapi punya pewatakkan yang happy go lucky sbb dia seorang yg pndiam dan ssah nak ketawa tapi dia sbnarnya tak reti nak bergaul dengan lelaki. bila jumpa lelaki je muka dia masam hingga ramai lelaki takut nak dekat dengan dia. pada suatu hari dia terlanggar seorang lelaki ni hingga lelaki ni terjatuh. dia minta maaf dan terus lari tapi dari jauh dia perhatikan lelaki tadi, konon nya takut lelaki tu luka atau cedera. perempuan yang tak cantik ni rasa bersalah sangat sampai dia perhatikan lelaki  itu seharian lamanya, dalam hatinya dia berfikir patut tak dia pergi minta maaf? kalau ikut kan memang patut, tapi dia takut untuk berhadapan dengan lelaki tersebut. dari berhari-hari hingga berminggu-minggu dia sentiasa memerhati aktiviti seharian lelaki tersebut dari jauh hingga perempuan yang tak cantik ni dah terbiasa dengan kegiatannya seharian walaupun buzy dengan kelas dan assignmnt. hinggalah mereka dipertemukan dalam satu perjumpaan kelab persatuan, rupa-rupanya lelaki itu masuk persatuan yang sama dengannya, dalam hati perempuan itu pun berkata 'ini peluang aku untuk kenal dengan dia' kerana perempuan itu sedar yang dia dah mula jatuh hati dengan lelaki itu. perempuan tu selalu curi-curi tengok lelaki tu, nak tegur takut jadi tengok je lah. dah lama lepas tu, mungkin lelaki tu perasan, lelaki tu datang tegur perempuan itu.
"hai, kau yang langgar aku hari tu kan?,"
perempuan itu tergamam. dalam hati dia 'hah!, lelaki tu tegur aku?, dia ingat aku lagi?, mati aku macam ni..'
"erm" perempuan tu garu kepalanya yang tak gatal. tiba-tiba lelaki tu ketawa..
"nama aku syafiq, nama kau liyana kan?,"syafiq senyum, liyana  terkejut
"erm...macam mana tau nama saya?,kata liyana. syafiq ketawa.
"penulis terkenal macam kau, kalau aku tak kenal memang silap besar la...," liyana senyum dengan senyuman yang jarang ditunjukkan depan kaum yang sejenis dengan orang yang berada di depan dia sekarang. sejak daripada tu, liyana rapat dengan syafiq hingga semua masalah, syafiq suka ceritakan pada liyana. dalam diam, liyana makin tertarik dengan sikap syafiq, walaupun syafiq bukanlah lelaki yang diimpikan seperti sebelum ini, tapi dia selesa bersama syafiq. keakraban mereka menjadi bahan gosip untuk rakan-rakan syafiq dan biasanya syafiq hanya senyum begitu juga dengan liyana.
"oii yana, aku dah lama suka dengan seorang  budak perempuan ni,tapi aku tak tau dia suka kat aku ke tak..." kata syafiq waktu diorang tengah study berdua dekat perpustakaan. liyana diam, seperti ada sesutu yang melekat di salur pernafasannya membuatkan dia seperti sesak nafas seketika. liyana menarik nafas panjang.
"siapa pulak minah yang kau minat ni?, tiba-tiba je...," liyana buat2 cool padahal hati hanya tuhan sahaja yang tahu..
"ala..., yang jadi penolong kau dalam kelap penulisan tu..., Anis," bersungguh-sungguh syafiq memberitahu liyana tentang gadis pilihannya.
"ohh...dia...,habis tu?," liyana kembali mengambil buku yang dibacanya sebentar tadi. kononnya nak baca tapi fikiran tengah tergambarkan muka Anis yang sedang mentertawakannya.
"ish..kau ni dengar ke tak aku cakap apa..., aku nak mintak tolong kau ni. kau kan serumah dengan dia...," muka syafiq penuh mengharap. liyana pura-pura membaca buku dengan penuh kusyuk.
"kalau betul kau minat dia baik kau cuba ngorat dia sendiri, jangan libatkan aku boleh tak...," liyana mengemas buku dan keluar dari perpustakaan tanpa menghiraukan syafiq yang masih terpinga-pinga dengan reaksi yang dia dapat. lama liyana cuba menjauhkan diri daripada syafiq, diberikan pelbagai alasan untuk lari dari berjumpa syafiq cuma untuk persatuan yang disertai bersama syafiq, dia tak dapat lari, bila ditegur dia hanya buat seperti biasa dan diam jika ditanya soalan mengapa dia seperti merajuk. seminggu selepas itu, dia terdengar khabar angin mengatakan syafiq dah cople dengan Anis dan status di FB pun membuat khabar angin itu menjdi bukan khbar angin tetapi realiti yang dia terpaksa tanggung. melihat Anis sedang berbalas mesej dengan syafiq dirumah, melihat mereka berjalan beriringan bersama, melihat kemesraan yang tergambar dihadapan mata membuatkan dia terpaksa tabah menelan walaupun air mata gugur bila berseorangan. dia diam dari menyatakan cinta, dia senyum bila Anis menceritakan kisah cinta dia bersama syafiq...dia diam dan berusaha lari dari kedukaan yang dicipta dari mimpi indah....Diam mungkin lebih baik dari berkata-kata...



Hasil Karya : Zulaikha Sabri (zue_zue.com)

5 ulasan:

  1. ni cita yg ak buat trus dkat note kt fb, xda copy paste dri mna2..hrap2 enjoy sb dh lma ak xuat cite cm ni....

    BalasPadam
  2. yup..walaupun sakit..tapi diam itu lebih baik.. kebahagiaan org yg kta syg itu lbih pntg.. huhu.. :)

    BalasPadam