Ahad, 8 Mei 2011

diLeMa CiNtA LiYaNa

(Episod 2)



liyana termenung, di fkiran trbayang-bayang muka Anis yang menangis dihadapannya kerana kecurangan syafiq. liyana tak tahu sama ada dia prlu brsimpati atau brgmbira dngan brita yg bru dia dngar sbntar tdi.
"apa yg difikirkan tu?, buku kat depan bukan utk prhiasan  cik yana..," bahu liyana terangkat sedikit kerana trkejut dngan suara ikhwan. dia memndang ikhwan dngan mata yg tajam.
"skrang dh pukul brpa?, bnyak lgi krja yg ak bleh buat tau dri tnggu kau kt sni,"
"ok,ok..dah dah la tu...nah buku kau, assignmnt group kita, ak dah hntar tdi..puas hati?,"  liyana senyum dan terus mengambil buku yang berada di tangan ikhwan. sepanjang empat bulan liyana cuba menjauhkan diri drpada syafiq, ikhwan kawan syafiq makin rapat dngan liyana. mulanya sbgai orang tngah utk mnyatukan kembali liyana dan syafiq tapi makin lama ikhwan seolah berputus asa malah menjdi makin rapat dngan liyana. liyana pula tidak kisah krna sblum ini mreka prnah sama-sama terlibat dlm satu prgram anjuran kelab pnulisan. liyana dan ikhwan sebenarnya sering bergaduh disebabkan perkara yang kecil tetapi yang peliknya mereka boleh brkerjasama dngan baik, mngkin salah satu sebabnya ikhwan sering menjadi air dikala liyana sedang menjadi api.

“jom pergi makan, aku tak makan lagi la…,” Ikhwan buat muka seposen, ‘cis, mamat ni smpat lagi nak mntak smpati aku. Bengang dngan dia tak abis lagi, nak ajak aku pgi makan plak. Ish, tpi tak pa jgak sb ak pun tengah lapar ni…’ fikir liyana.
“erm…jom la,” jawab liyana.  Ikhwan senyum sampai ke telinga. Liyana dn Syafiq berjalan beriringan sambil berbual mesra. Tanpa mereka ketahui, ada yang memerhati mereka dari jauh dengan perasaan yang marah.

Pintu bilik dibuka perlahan, takut Anis terjaga daripada tidur yang lena. Liyana tidak mahu mengacau Anis kerana semalaman dia menangis kerana melayan perasaannya. Liyana pun tidak pasti bila Anis terlelap di katilnya, dan apabila sedar keesokkannya untuk sembahyang subuh dia lihat Anis masih nyenyak tidur dengan kain sembahyang yang dipakainya. Begitu sekali kesan keretakkan hubungan Anis dan Syafiq sehingga dia turut berasa simpati. Liyana memandang Anis sekilas lalu membuka komputer riba miliknya yang berwarna hijau untuk memulakan tugasan yang dia baru dapat tiga hari yang lepas. Sudah lama rasanya dia bertangguh, risau juga kalau tidak dapat menyiapkan sebelum tarikh hantar minggu depan. Setelah sejam mengadap komputer, Liyana menoleh pandangannya kearah Anis. Anis masih tidak bergerak dari tidurnya, ada gusar dihati Liyana kerana Anis bukanlah seorang yang suka bangun lambat walaupun dia terpaksa tidur lambat. Liyana berjalan kearah katil Anis.
“Anis…Anis…bangun la…dah pukul 11 dah ni…,” panggil Liyana lembut
“erm…kepala aku pening la…,” perlahan kedengaran suara Anis, tetapi berjaya ditangkap butiran kata-katanya. Seperti terkena renjatan elektrik, Liyana bangun untuk mendapatkan katil Anis. BUK!!
“aduh, sakitnya kepala aku…lupa pulak katil ni dua tingkat,” rungut Liyana. Terdengar suara Anis ketawa. ‘hantu punya budak, demam demam pun sempat lagi ketawa kat aku..,’
“demam aku bukannya teruk sangat sampai kau nak kena hantuk kepala kau kat katil tu…pening sikit je la…makan ubat kebah la…,” Anis senyum melihat Liyana mengosokkan kepalanya dengan muka yang masam.
“dah makan ubat belum?,” tegas suara Liyana. Anis menganggukkan kepala, lantas menutup mata bagi menyambung tidurnya. Liyana sambung membuat kerjanya yang tertangguh tadi. Tidak sampai seminit, lagu ‘Bila Cinta’ nyanyian Gio lantang berkumandang. Liyana pantas mematikan telifon bimbitnya bila melihat nama Syafiq terpapar di skrin. Muka liyana muram.

“aku sayang kan kau Yana, aku mengaku aku silap sebab sebelum ni aku tak hargai apa yang kau buat kat aku, perhatian kau terhadap aku…,” tergamam Liyana bila mendengar pengakuan Syafiq pagi tadi. Selepas menemani Ikhwan, Liyana mendapat SMS mengatakan Syafiq kemalangan dan sedang berada dalam keadaan yang kritikal, sedang dia menanti bas untuk ke Hospital tangannya ditarik Syafiq untuk masuk ke dalam kereta dan Syafiq membawanya ke Tasik Shah Alam. Belum pun sempat dia melepaskan kemarahan di atas semua kebohongan yang telah Syafiq lakukan keatas dirinya, dia dikejutkan dengan pengakuan Syafiq. Sungguh Liyana tidak menyangka perkataan yang dia tunggu-tunggu sebelum ini keluar juga dari mulut jejaka yang pernah buat dia separuh gila dulu tapi semuanya dah terlambat. Liyana senyum sinis, saja mahu menyakitkan hati Syafiq. ‘lakonan bermula Yana, biar dia rasa,’ getus hati Liyana.
“senang sungguh perkataan sayang tu keluar dari mulut kau, habis si Anis tu kau nak campak mana?, siang malam dia menangis sebab kau…,” Liyana merenung tajam, Syafiq menunduk seolah-olah seorang pesalah yang sedang mengaku kesalahannya.
“ aku anggap Anis kawan, tak lebih dari itu…,” tegas Syafiq, mahu menyakinkan Liyana. ‘ish...kecik besar kecik besar je aku tengok mamat depan aku ni, ada jugak yang makan pelempang kang…,’ Liyana mengigit bibir, geram. Liyana mengalihkan pandangan kearah tasik dihadapannya. ‘nasib baik tempat ni stategik, boleh aku campak marah aku ni jauh-jauh,’
“erm…kawan ye Encik Syafiq….kawan…ada ke kawan panggil sayang dalam SMS?, dah tu dalam FB in a relationship with Anis Syuhada Syuhaimi…ajaran sesat mana yang kau guna pakai sekarang ni?,” padangan Liyana masih kearah tasik yang indah di depan. Sakit hatinya, ingin memandang Syafiq.
“okay..aku mengaku aku salah…, aku salah dalam menilai perasaan aku…sejak kau jauhkan diri dari aku. aku jadi tak tentu arah. Aku sayang kan kau Yana…itu aku pasti…,” Syafiq meraih tangan Liyana bagi meyakinkan gadis itu. Liyana terkejut. ‘aik..main pegang-pegang pulak mamat ni…ini sudah lebih…ingat nak buat filem hidustan ke main pegang-pegang ni,’ pantas Liyana menarik tangannya dengan kasar. Syafiq tergamam.
“dah la Syafiq, dah terlambat untuk kau mengaku apa-apa kat aku sekarang. Aku nak balik, banyak lagi kerja yang aku kena buat,” sempat lagi Liyana menghadiahkan jelingan maut pada Syafiq. ‘amik kau…, Rika Sumanto pun kalah tau dengan jelingan aku ni,’
“aku hantar kau…,” Syafiq menawarkan diri.
“eh…aku rasa baik tak payah, aku tak nak gunung berapi meletus buat kali pertama kat Malaysia ni…,” kata Liyana yang merujuk pada dirinya sendiri yang sangat benci dengan apa yang telah Syafiq lakukan, Liyana terus berjalan tanpa melihat Syafiq lagi, dalam hati Liyana amat lega kerana Syafiq tidak mengekorinya.

“erm..tak kan siap kerja tu kalau kau dok merenung laptop tu lama-lama…,” lamunan Liyana terhenti, Liyana hanya tersenyum melihat Anis berjalan perlahan keluar dari bilik. ‘kalau la Anis tahu apa yg brlaku tadi….,’ Liyana mengetap bibir, takut bercampur geram.



Liyana sedang leka membaca nota yang diberi Ikhwan di perpustakaan hingga tidak perasan akan renungan Ikhwan terhadapnya.

“lepas…kita makan semalam kau pergi mana?,” tergagap Ikhwan bertanya, dia mahukan kepastian kerana kata Liyana dia mahu siapkan kerja yang masih bertangguh di rumah tapi apa yang dia nampak di tasik semalam betul-betul menguji kesabarannya. Liyana dengan Syafiq berdua di tasik, kalau tidak kerana Aiman ada bersamanya ketika itu, entah apa nasib Syafiq kerana dia betul-betul geram melihat mereka berdua ketika itu. Ia, dia mengaku dia menyukai gadis itu dan perasaan cemburu akan ada bila melihat Liyana bersama lelaki lain terutama Syafiq. Arh..tapi untuk berterus terang, dia rasa ini bukan masa yang sesuai.

“aku keluar dengan Syafiq…ada hal sikit,” kata Liyana selamba, matanya masih mengadap nota yang ada ditangan. Muka Ikhwan berubah.
“kau masih ada hati dengan dia ke?,” laju soalan itu Ikhwan tujukan kepada Liyana, Liyana memandang Ikhwan tajam. ‘pa hal pulak dengan mamat ni…, tanya soalan yang aku tak suka nak jawab…,”
“kalau aku masih ada hati dengan dia kenapa?, kau ada masalah ke?” Liyana sambung membuat tugasnya tanpa langsung memandang kearah Ikhwan. Ikhwan meninggalkan Liyana tanpa salam seperti selalunya.



p/s : cerita ini mrupakan smbungan crita 'CintA DalAm HaTi' yg prnah sy post di blog ini n note kt FB. ats prmntaan rmai, crita trsbut dismbung lgi mnggunakan tjuk yg lain iaitu 'DiLeMa CiNtA LiYaNa'. Lau nk thu apa kptusan yg bkal dibuat Liyana tnggu episod 3 plak k...slamat mmbca... 



: hasil karya Zulaikha Sabri (zue_zue)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan