Ahad, 1 November 2015

To Much To Learn & I Miss Her So Much

Assalammualaikum, finally things around me give a change to update my blog!, and thank Pijo yg jadi peminat setia. aku tahu dalam diam ko sentiasa mengambil tahu/ kesah pasal aku... thanks a lot friend!! love you!!

Tahun 2015 betul2 memberi satu tamparan hebat kepada aku, tidak kira dari segi kejayaan mahupun kegelapan buat aku. Sehinggakan aku tak tahu adakah tahun 2015 adalah tahun kegelapan buat aku setelah kehilangan 2 orang yang tersayang, ataupun tahun kejayaan buat aku yang tak berapa pandai ini yang finally dapat 2 anugerah dxxxx setelah 5 tahun. 

To be honest, aku mahu menulis semuanya dalam blog ni tentang apa perasaan aku bila kehilangan ibu dan makcik tesayang tapi aku sendri seperti tidak tahu macam mana nak meluahkannya. Perasaan yang aku rasa up until now still 'kosong'... rasa ada yang tidak sempurna, ada yg tidak lengkap. Rutin aku juga totally berubah.

'Kosong' yang  aku maksud kan ialah tiada lagi orang yang akan tegur aku ketika aku masak, tiada lagi orang yang marah aku, gelakkan aku bila aku buat something silly, gaduh dengan aku sebab berbeza pendapat (ye, aku seorang yang degil), mintak aku masakkan sesuatu dan puji aku 'Rajin anak mak..." bila aku tiba-tiba rajin dan kata "pandai anak mak...," bila aku bangga diri depan mak tentang kejayaan-kejayaan kecil aku. TIADA!

New things yang aku rasa bila Aruah mak pergi is JELES bila baca status orang kata mak dia masak masakan kegemaran untuk dia, shopping barang dengan mak dan semua dengan mak... aku rindu tu semua walaupun aku sebenarnya sudah tidak dapat NIKMAT tu hampir 8 bulan sebelum mak pergi. Air mata masih lagi mengalir bila bercerita pasal mak, sebab aku masih rasa yang aku tak dapat lagi bagi dia kesenangan. Aku rindu dia, senyum dia, gelak dia, cahaya mata kerinduan dia bila nampak aku setiap kali aku balik bercuti, peluk dia, cium dia, baring sebelah dia dan semuanyalah.

Even sehari sebelum dia meninggalpun, kata2 hati aku masih gila menjerit seperti ada 2 penghuni didalamnya yang meronta-ronta benda yang berlawanan. Satu mengharapkan aruah mak terus berada di sisi dan satu lagi menasihati agar sentiasa bersedia dan redha kalau mak pergi. Mak dah lama menderita dengan sakitnya walaupun dia tidak pernah mengadu....Saat-saat dan ketika mak nazak dan akhirnya pergi masih segar diingatan. Saat dia mula nazak dan hanya ada aku dan ayah. Mungkin Allah SWT telah takdirkan aku berada di sisi ayah untuk memberi support pada ayah dan ayah juga secara tidak langsung merupakan sumber kekuatan aku ketika itu untuk terus tabah dan jangan lemah semangat.

Apa yang aku pikir untuk terus 'nampak' kuat ialah, cubaan ini lagi teruk buat ayah yang bersama mak hampir 29 tahun. Aku ni apalah sangat... xsampai 23 tahun pun aku bersama dengan mak. Pemikiran ini menjadi satu kekuatan yang luar biasa sehingga aku dapat terus 'nampak' tenang dan menerimanya dengan baik (Alhamdulillah) walau tidak sepenuhnya.

Pada ketika Aruah mak meninggal, aku sedar satu perkara ketika aku sedih:, iaitu aku tak suka bila orang call or msj aku bertanyakan adakah aku ok atau tidak (sebelum ni soalan ini adalah soalan fevered aku untuk bertanya). Jawapan sudah terang lagi bersuluh, aku TAK OKAY!. dan setiap panggilan yang aku terima dengan sengaja aku tidak mengangkatnya. SEMAK.

Bukannya apa, ini kerana pada ketika itu seorang 'Zulaikha Sabri' dalam keadaan sangat menjaga emosinya yang sebenar untuk tidak terdedah dengan sewenang-wenangnya. Kalau korang call dalam keadaan emosi aku masih tidak stabil, aku tak rasa aku boleh bercakap walau sepatah perkataan pun... Yang korang akan dengar mungkin hanyalah tangisan sahaja (Itupun kalau berbunyi). dan sebenarnya aku tak suka orang tengok/ dengar/ sedar yang aku sedang menangis. Entah kenapa tapi aku tak suka.

Msj pulak...
Ni masalah besar... sb kalau nak tahu semua rakan-rakan yang msj aku bertanya khabar, aku jawab dengan jawapan agak sama (aku dah tak ingat ap), ini kerana pada ketika itu kepala otak aku blank dan sampai satu tahap aku baca tapi tak tahu nak balas apa, dan kesudahannya aku hanya letak handphone aku ke tepi.

kecuali dari kaum keluarga yang ingin datang menziarah. Soalan2 yang aku rasa bodoh juga tidak aku balas...entahlah...mungkin bukan soalan tu yang bodoh, cuma aku sendiri pada masa tu tak boleh berfikir dengan betul (perempuan kan... emo no 1).



:'(

xxx_zuezue














Tiada ulasan:

Catat Ulasan