Khamis, 4 Ogos 2016

Typing... Drive Kereta

Assalammualaikum, 

 Setelah berzaman, baru aku tau yang aku boleh update blog guna phone je.... yeahhh ini yg aku mahu (menari-nari happy)... Main2 tekan je ni sbnarnya tiba2 jmpa so ok meh la ak terus mula menulis...


Aku ni penakut sebenarnya... aku ada lesen keta tapi lepas dapat ak tak pernah drive pun... cuba drive pun tak... nampak tak... Sampai la satu ketika ak disuruh keluarkan kereta dari garaj, n ak langgar pagar rumah... omg!!!

nasib xda pape keta tu, kalau tak mati ak nak kena menjawab dengan ayah... lepas tu ak tak pernah bawak dah... ak tak confidence!!

Sampai la satu ketika aku rasa aku lah manusia paling useless dalam dunia...

Sebabnya, ketika aruah mak sakit aku tak boleh tolong drive bawak dia ke hospital... masa tu aruah masih boleh berjalan n drive ... pergi hospital utk temu janji... ak temankan dia... duduk di sit kiri sedangkan ak yg paling sehat... 

termenung ak tengok dia drive.... spnjang prjalanan ak salah kan diri ak knapa ak tak berani drive... (ayah masa tu keja, dia ke hospital dri ofis dia. ak n mak dri umah).

dia tak pernah mengeluh, kalau boleh dia tak nak kami risau... pernah dia kata "ni tak apa la mak boleh drive keta sendiri...tak payah susah kan orang lain"

Seboleh mungkin dia tak mahu susah kan orang lain.... dan ak masih menyalahkan diri sendiri.


Dan bila aruah meninggal, aku tekad untuk mula drive kereta kembali... ko tak tau bertapa sejuk nya tangan aku bila mula drive... seorang... tiada siapa di sebelah melainkan ak... 

keluarkan kereta dan mula drive kereta pusing2 di sekitar taman perumahan yg ak rasa tak ad bnyak kereta... cengkaman pada stering entah mcm mana kuatnya, yang aku ingat tapak tangan aku merah menyala 😂😂 

Aku nekad, ak mesti pandai drive kereta sendiri...supaya ak... seperti juga mak, tak menyusahkan orang malah dapat menyenangkn orang sekeliling...


Alhamdulillah... so far ak boleh memandu... pencapaian paling jauh...  dri pineng ke kedah... dan ak lah yang akan memandu ganti ayah kalau dia mengantuk masa drive balik kg di pahang... 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan