Isnin, 7 November 2011

TeLiTi & KeTeLiTiAn

Bila aku bercakap mengenai kartun/ komik kegilaan aku, kebanyakkan yang mengenali aku akan mula mengeluh...hahahahaha...aku sebenarnya suka akan dunia penyiasatan kerana aku suka menjadi seseorang yang teliti dalam setiap yang dilakukan dan sebenarnya sehingga sekarang ketelitian aku masih tidak capai tahap yang membanggakan.....bukan sahaja ketelitian, malah ilmu2 atau kebiasaan yang remeh yang sangat diperlukan dalam bidang penyiasatan ni.....contohnya....kesan tali, tayar dan kasut...yang memerlukan penelitian yang sempurna dan menggabungkan teori supaya dapat menjadikan satu kesimpulan......apa2 pun aku sangat suka bila aku membaca, otak aku sentiasa berjalan memikirkan situasi yang sedang aku baca....bukan sesuatu yang mudah bila  adakalanya helah yang dilakukan tidak terlintas dek akal ini......biasanya aku akan baca berulang kali agar aku faham sepenuhnya dan sebuah buku itu biasanya akan memakan masa 2 kali ganda masa yang aku ambil untuk membaca novel....arhh...amat pelik apabila komik detektif conan yang kecil itu aku ambil masa yang lama untuk membacanya tapi sebenarnya bila kita faham akan helah yang dilakukan ia akan memberi kepuasan yang sangat2 gempak!! 

Okay sebenarnya dunia penyiasatan datang dalam hidup aku ialah menerusi cerita gerak khas...tapi masa tu aku tak sedar yang aku minat....sehinggalah semasa aku bertugas sebagai pengawas perpustakaan yang bergelumang dengan buku, aku terserempak atau lebih tepat lagi terjumpa sebuah buku yang mengetengahkan bidang penyiasatan iaitu buku cerita fiksyen siri Salma...siri ni banyak dan aku sanggup habiskan masa mencari buku siri ini dalam perpustakaan dan tidak sampai 2 bulan semua buku ni sudah aku baca....kerana buku ni nipis dan ada pelbagai tajuk....satu buku kadang2 2 atau 3 kes.....dah kata pun pinjam di perpustakaan, ada diantara jilidnya...hilang......dan selepas tu aku mula mencari buku cerita siri Hadi pulak....yang mengetengahkan tema yang sama. Lepas dua tiga bulan lepas tu, aku tiba-tiba 'TERBELI' komik Detektif Conan dan sehingga sekarang sangkut habis......:-)


a lot of love: xxx_zue zue


Tiada ulasan:

Catat Ulasan