Sabtu, 23 Jun 2012

Festival Filem & Video Pelajar Malaysia

Assalamualaikum....
Pelik tak tetiba aku update pkul 2.30 pg ni...ak xleh tido (wlaupun penat), sebab baru je habis mlm kemuncak Festival Filem & Video Pelajar Malaysia yg dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti aku sendiri iaitu Fakulti Filem, Teater & Animasi, Univesiti Teknologi Mara (UiTM). Jujurnya aku amat berbangga sb menjadi sbhagian dripadanya...wlaupun aku hnya bantu Lecture jaga booth P.Ramlee dia demi markah je... walaupun hanya jaga booth,  penat juga la badan ni smpai nak demam sebab dewan dia memang sangat2 sejuk (booth P.Ramlee tu dlm Dewan Sri Budiman UiTM), kemudian aku kena pergi sna dri 8.30 pg sehingga hampir pukul 12 tengah malam. mau nya tak penat. 

Festival ni hanya 3 hari, iaitu pada 22, 23 & 24 Jun, dan ia melibatkan semua Universiti kat Malaysia ni... Proud to say that my University win hampir 70 % kategori yg di pertandingkan...wah!!
Malam kemuncak tdi ramai jugak artis yang hadir dan membuat persembahan antaranya Mawi, M.Nasir, Dina, Fahrin Ahmad, Vanida Imran, Lisa Surihani, Yusri, Norman KRU dan ramai lagi....

Satu benda yg buat aku teruja sepanjang Festival berlangsung...iaitu Wacana Seni "Kick and Punch : Workshop on Fight Choreography", dari mengantuk terus segar mata aku dibuatnya....yang penting diowg lawan betul2 depan mata aku dan sangat tangkas berlawan dan mengelak....dan yang utama ak belajar sesuatu daripadanya...(dan salah seorang abang yang buat demonstrasi tu hensem!! :-P). Diowg berjaya buat aku jatuh cinta dengan stuntmen walaupun bahaya...aku suka tengok diowg berlawan je....hahahha...dan buat aku nak juga berlawan sama...arhhh!! (pelik2 la aku ni...)

ok...cukup untuk hari ini, cuma nak tanya...kowg pernah dengar atau tonton kartun Jepun "Fruits Basket"?, aku amat2 suka kartun tu...selain Detective Conan la...kalau aku rajin...aku akan update pasal tu esok...bye2 selamat malam (atau pagi)...wassalam...


xxx_zue zue


Tiada ulasan:

Catat Ulasan