Rabu, 6 Jun 2012

MeMaHaMi

Kadang2 aku kecewa dengan diri sendiri bila aku salah memahami dirinya, tapi bukan aku tak cuba...setiap kali berhadapan dengan dia, aku cuba memahami dirinya, tingkahlakunya, sebab mengapa dan kenapa kelakuannya... tapi hasil yang aku lihat ialah...sebanyak mana aku cuba memahaminya sebanyak itulah aku makin tidak mengerti dirinya.

Banyak dalam dirinya membuka mataku tapi sebanyak itu jugalah prinsip hidupnya tidak aku setuju membuatkan aku memarahi diriku sendiri kerana tidak berfikiran kosong untuk cuba memahami dirinya. YA!! itu yang aku buat, kosongkan minda, hati dan perasaan jika aku mahu memahami seseorang dan kemudian aku kuasai diriku semula untuk fikirkan kembali apa yang aku tahu betul dan salah. Sebab itu kadang2 aku lambat membuat keputusan.

Bila mulut jarang bersuara membuatkan otak aku berlari luar biasa pantasnya, memikirkan tentang kepingan2 gambaran kehidupan yang perlu aku cantumkan supaya aku tidak membuat kesilapan yang sama, aku tahu dimana kelemahan tindakanku dan kesilapan yang tidak harus ku ulangi lagi...selebihnya aku simpan dalam kotak ingatan supaya ia boleh digunakan bila ada yang memerlukan.

Aku dulu pendiam yang terbaik sebenarnya, aku jarang bercakap bila berhadapan dengan orang yang tidak aku kenal dan aku boleh diam sepanjang hari jika diperlukan...tapi kini aku jarang dapat melakukan itu, kerana aku dikelilingi orang2 yang ceria dan riuh seperti ALLIA, SYIRA, IKA, NAD,NIK dan FAEZAH. Dalam keluarga aku sendiri aku dikelilingi oleh ahli keluarga yang peramah...tambah2 AYAHku yang tersayang... suara dia bersembang saja boleh kedengaran satu rumah...



Salam Sayang : xxx_zuezue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan