Sabtu, 23 Jun 2012

FruitS Basket

Assalamualaikum...

korang tau pasal 12 zodiak cina?, kalau korang tak tau...baik korang google dulu...hehehehe...cuma nak bagitau aku zodiak monyet / kera.

**************

Dah google dah? dah tau binatang apa yg terdapat dalam 12 zodiak cina?....kalau dah tau...baru lah aku boleh cerita pasal Kartun Fruits Basket...

Cerita ni berkisarkan tentang Tohru Honda yang ketika itu baru sahaja kehilangan ibu nya yang tersayang... Tohru membesar tanpa ayah dan ibunya lah idola dan segala-galanya bagi Tohru...buat seketika Tohru dijaga oleh neneknya tapi hanya di awal episod dimana kemudiannya, neneknya pergi rumah mak saudaranya. demi tidak menyusahkan makcik dan neneknya...dia sanggup menetap di dalam khemah yang didirikan di dalam hutan...dan kemudiannya Tohru berjumpa dengan dengan Shigure Sohma dan bermula kisah baru dalam hidupnya di mana dia dibenarkan menetap dengan keluarga Sohma...

Keluarga Sohma terdiri daripada jejaka2 yang hensem menyebabkan Tohru menjadi mangsa cemburu teman sekelasnya...dan isi penting dalam cerita ini ialah keluarga Sohma ni sebenarnya disumpah menjadi 12 binatang zodiak dan 1 binatang yang tiada dalam zodiak, diorang kebanyakkannya lelaki dan beberapa perempuan. Mereka akan bertukar menjadi binatang bila dipeluk oleh seseorang yang berlainan jantina dengan serta merta dan akan bertukar kembali menjadi manusia beberapa minit kemudian. Cerita ni tak da la serius sangat....korang boleh terbahak-bahak ketawa dan kadang2 menangis sedih...ketawa sebab sikap Tohru yang sentiasa 'blur' dan gelabah, dan sikap Shigure (anjing) yang cool dan selamber tapi nakal...walau apa pun Shigure seorang yang sangat matang bila berdepan dengan masalah....

Yuki Sohma pulak disumpah menjadi tikus, dia merupakan teman sekelas dengan Tohru bersama Kyo Sohma (kucing)..Yuki menjadi kegilaan wanita kerana kecomelannya dan rakan sekelasnya suka menyuruh Yuki memakai pakaian wanita. dan yang penting yuki dan kyo sngat suka bergaduh...namapun kucing dengan tikus kan...
Yuki - pendiam, bijak, baik
Kyo - panas baran, menjadi kegilaan kucing betina, dalam diam dia sebenarnya baik juga.

Kisah hidup Kyo antara kisah yang sangat menyedihkan sebenarnya... Kyo adalah sumpahan zodiak yang unik...disebalik perubahannya kepada kucing...dia sebenarnya boleh berubah menjadi binatang yang busuk dan pelik bentuk badannya jika dia tidak memakai gelang pemberian gurunya... dari kecil dia disisihkan oleh masyarakat...tapi dengan adanya guru yang membimbing dia...Kyo menjadi berani menghadapi masa depan..kerana walau marah macam mana pun..hanya gurunya saja yang dapat melembutkan hati Kyo yang panas baran....disebabkan Kyo adalah sumpahan binatang yang bukan daripada 12 zodiak...dia tak boleh masuk ke rumah utama yang diduduki oleh ketua mereka Akito Sohma.

Yuki ada abang yang juga mendapat sumpahan menjadi ular (Ayame)...



Zodiak cina ada 12....dan 1 binatang yang tiada dalam zodiak cina (kucing), dan ada 4 watak penting  dan yang lain nya watak sampingan yang turut menyerikan lagi siri ini...13 zodiak ini masing2 ada kisah hidup yang tersendiri dan kesemuanya sedih T_T kalau ak cerita...sampai besok pun tak abis...huhhuhuhuhu...


mempersembahkan Fruits Basket Opening Song!!




xxx_zue zue


Tiada ulasan:

Catat Ulasan