Isnin, 24 Disember 2012

IdEa, MoViE

Assalammualaikum,
Setiap dari kita mesti minat menonton movie kan?, tak kira genre apa... romantik ke, horror ke...., atau mungkin ada yang masih minat silence movie? ada ke? hahaha...aku tengok pun mengantuk tapi disebabkan ia salah satu dari assignment aku...jadi aku kena tahan bagi jangan tido. Aku jarang sebut pasal movie dalam post aku sebelum ni, entah kenapa tetiba gatal nak menulis sebelum tengok TV jap lagi....hahhaha....

Dalam bidang yang aku belajar sekarang aku kena banyak menonton cerita2, movie. bukan sahaja dalam malah dari luar negara jugak, malah movie2 yang tak pernah ditayangkan di Malaysia tapi mempunyai nilai yang sangat tinggi serta simbol2 yang tersendiri. Korang jangan asyik fikir pasal aksi ranjang je kalau tonton movie luar negara, yang tu tak dapat nak dielak kalau ia nya dari luar negara tapi korang kena tengok nilai yang cuba ditayangkan...cuba diberitahu...cuba disampaikan melalui jalan cerita... Fakulti aku belajar iaitu Fakulti Filem Teater & Animasi selalu buat screening masa digree ada... dan mereka akan tayangkan filem2 yang tak pernah ditayang kan di Malaysia. Kalau aku rajin aku akan pergi, memang tak rugi... kerana bila aku menontonnya, minda aku akan terbuka untuk menghasilkan karya2 dan idea yang baru... bukan lagi idea yang hanya ada di depan mata.

Ada 1 movie yang betul2 menyentuh sanubari aku, masa aku pergi screening dulu, aku tak ingat tajuk dia tapi aku masih ingat dengan jelas jalan ceritanya. 1 cerita yang betul2 keluar dari kotak 100%.... idea yang sangat menarik walaupun boleh dikatakan watak nya giler dan ending yang giler, nampak sangat penulis skripnya seorang yang sangat suka berimaginasi. Aku harap aku dapat jadi macam penulis skrip tu. Menghasilkan karya2 yang luar dari yang biasa.


xxx_zuezue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan