Rabu, 26 Disember 2012

MaSaK & MeMaSaK

Salam,
Sementara bercuti ni, aku kadang-kadang bosan jugak duduk rumah ni... tak tau nak buat apa selain memasak, mengemas dan membasuh. Sebab tu aku sekarang dalam proses belajar memasak sendiri atau lebih tepat lagi sorang-sorang.
Bukan tak tau masak cuma masakan seperti kari, bubur kacang hijau atau gulai lemak tidak pernah aku masak sendiri tanpa ada yang membetulkan di sebelah aku. Biasanya aku akan jadi penolong di dapur, tak kiralah penolong mak, ayah, atau makcik aku sekali pun...janji penolong. Dan bila aku dok sorang, aku lebih suka masak makanan ala2 omputih gitu... simple dan senang... macam spaghetti goreng, spaghetti bolognese atau pun masakan goreng2 seperti nasi goreng, ayam goreng berempah...dan lain2. Kalau lauk pulak, yang simple2 je...mcm sup sayur, sup ayam sayur goreng, sardin, sambal cili padi ikan bilis (my favorite), daging masak lada itam. Janji simple, InsyaAllah aku boleh bedal masak.

Dan bila cuti ni, aku dah cuba masak kari daging, spaghetti carbonara, gulai lemak (Pahang mari), kek, kuih (raya), dadih, dan yang terbaru bubur kacang ijau... dan ikan keli masak sambal cili padi. Ikan keli masak sambal cili padi (aku bedal je nama dia ) ni bukan susah mana pun sebenarnya, tapi aku takut nak goreng. Tau je la kalau goreng ikan keli macam mana...dia punya peletop tu....gerun aku dengar...kalau kena jangan cita la...SAKIT OOOO....

Sebab tu aku tak pernah masak sensorang lauk ni, sebab nak kena ada orang lain tolong aku gorengkan ikan keli tu tapi dua hari lepas...ikan keli tu baik pulak dengan aku...rahsianya ialah....lepas aku gaul dengan garam kunyit, aku bubuh dalam peti sejuk. Alhamdulillah tak meletop. Punya la takut ikan keli tu meletop masa goreng, aku yang tak pernah2 nak pakai apron ni...pakai abis dengan sarung tangan n penutup kuali sekali kat kedua-dua belah tangan. takut punya pasal. Cuma nasib tak g tukar baju pakai baju lengan panjang je lagi...


Jangan tanya pasal gambar, aku ni bukannya jenis suka ambil gambar makanan yang aku buat sendiri... pernah ada tapi ikut mood jugak.... :D

xxx_zuezue


Tiada ulasan:

Catat Ulasan