Ahad, 23 Disember 2012

TeMu DuGa

Assalammualaikum,
semalam bersamaan 22 Disember 2012, aku telah dipanggil utk ditemu duga bagi progam Ijazah sarjana muda penulisan artistik di UiTM Shah Alam kampus Puncak Perdana.... Jangan tanya kos apa tu, aku dah xlarat nak jawab. sila la google sndri ye...

Kitowg dapat tawaran seminggu sblum tarikh temu duga, tak tau nak cakap apa. takut pun takut. Sebab aku bayangkan mungkin akan kena menjalani temuduga yang betul2 temu duga. Aku siap prepare speaking sowg2 lagi...huhuhu.. (Iam not really good in speaking) Tapi Alhamdulillah, semuanya brjalan lancar. Memandangkan aku pelajar lanjutan, lebih mudah dan selesa buat aku kerana penemuduga ialah pensyarah sendiri. Dan aku kumpulan ke 2 yang ditemuduga. sangat2 cepat. Aku datang sehari dari tarikh temu duga iaitu 21 dan sampai ke rumah makcik di shah alam pada waktu malam, kerana jalan2 kat KL dulu.

Pukul 8.30 pagi start sesi temuduga, dan aku dah boleh balik pukul 9 pagi. (aku ingat sampai petang) dan pukul 1 tengahari terus bertolak balik ke Kedah. Seingat aku ni la pertama kali aku pergi KL, Shah Alam dalam masa 2 hari 1 malam je...

Kalau ada rezeki aku akan sambung pengajianku, doakan lah yang terbaik untuk aku ye...



#Happy dapat jumpa kawan2 walaupun sekejap je...


: xxx_zuezue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan