Khamis, 25 April 2013

SiNdRoM aNaK kE 2

Salam,

Disebabkan line laju kat rumah jadi rajin lah saya meng-update apa yang patut kan... Semalam masa tengah memasak tiba2 terasa nak buka TV. Terpampang lah WHI dengan tajuk Sindrom anak ke2, aku yang tengah dok masak sambal ayam ni, merasakan tajuk tu menarik (sebab ada kena mengena kan....). Tapi aku buka salah timing... Bual bicara tu dah sampai ke penghujung, jadi tak dapat lah aku tahu lebih lanjut, cuma yang membuatkan aku tertanya ialah "rupanya anak ke2 ni ada sindrom...." macam penyakit pulak kan... dan hari ni tetiba nak tau lebih lanjut... dan aku bukalah apa2 yang patut. (internet tengah laju katanya.... =_=')

Rata-rata yang menulis di entri blog masing2 ialah anak ke2 ni punyai sifat yang lebih kurang sama, tambah lagi kalau anak ke2 ni anak yang tengah (macam aku, anak ke2 dari 3 adik beradik), cuma aku ni bertuah sikit la bila yang sulung adalah lelaki. Jadi tak semua benda aku kena ambil yang recycle punya kan...

Personaliti Anak ke-2-

Degil, fleksibel, berdikari, unik, memeningkan kepala orang tua, suka memberontak, baran, boros 

Anak manja emak, degil, tak pandai memujuk, setia dalam bercinta, tiada tolenransi, keras hati, takleh ditegur, berdikari, sukar terima arahan, pemaaf, caring, garang dan kemas.

Kebanyakkan personaliti kat atas ada dalam diri aku, tambahan berdikari dan degil tu kan....huhuhu... bab degil bagi kat aku...kalau tidak, tak adalah aku jadi Komander Kesatria Negara walaupun aku ada penyakit asma (ambik ko...), kalau kirakan mak aku...mau nya dia nak bagi....tapi ayah gelak je sebab dia tau aku degil. Kalau aku nak, maka NAK lah jawapannya....tapi kalau tak nak tak payah nak bangkang...aku sendiri buat tak heran (dialog biasa ayah, kalau aku buat keputusan pelik2 macam ni...huhuhu).


Tapi bila umur dah meningkat ni....(macam dah tua pulak), degil dia kurang sikit kot....entah la...aku pun tak perasan...huhuhu.... semua keputusan yang aku buat, biasanya aku akan fikir dulu sebab aku tau mak ayah tak akan pernah bangkang sebab mereka nak aku lakukan mengikut minat dan masa depan aku, dan aku jarang buat keputusan muktamat. Setiap keputusan yang aku nyatakan biasanya ada kemungkinan untuk berubah sebab kalau muktamat, biasanya aku tak akan dengar cakap orang lain dah dan buat apa yang aku mahu. Tu lah kata orang, pengalaman merubah cara pemikiran seseorang....




xxx_zuezue





Tiada ulasan:

Catat Ulasan