Ahad, 7 April 2013

BeNcI & rInDu

Salam,
 
Sampai sekarang aku tak percaya ada lagi wujudnya orang yang takut dibenci oleh orang lain hanya kerana dia menjalankan tugas yang diberi atas pilihannya.... Siapa yang sering baca tulisan aku di blog ini mungkin sudah sedia maklum aku merupakan komander  masa zaman aku diploma dulu. Perkara benci membenci adalah satu lumrah biasa bagi seorang komander, apabila terpaksa bermuka plastik memarahi orang kerana Kesatria lebih kurang askar dan tak ada istilah cakap lembut2 punya, kerja kami di padang kawad adalah menegur kesalahan pelatih... tambah2 lagi apabila aktiviti perkhemahan diadakan. Kami akan kena bertugas menjaga pelatih hampir 100%.
 
Disebabkan itu jika pegang jawatan selain biro kebajikan, nak atau tidak anda terpaksa garang demi menjaga pelatih2 yang kadang2 tak tahu nak diam dan suka buat hal sesuka hati demi melancarkan keadaan. Bak kata senior aku....Camping kesatria bukan macam summer camp...!!
 
Jadi kalau anda terpaksa garang demi menjalankan tugas anda, besar kemungkinan feedback yang anda dapat betul2 mengejutkan....hahahhaha... (kenangan yang lawak sebenarnya). Hanya sebab aku mengamuk (boleh dikatakan mengamuk jugak lah) disebabkan kehadiran solat subuh yang sangat mengecewakan dan ramai pelatih yang tidur kat belakang.... Feedback mengenai aku semua yang buruk2... maki tu jangan cakap la.... siap benci aku masa di padang kawad lagi...sedang kan seingat aku... aku tak adalah garang sangat... tapi aku terima dengan hati terbuka kerana mereka membenci aku bukan sebab mereka mengenali siapa diri aku, tetapi mereka membenci aku kerana tugas aku melatih dan membimbing diorang untuk berdisiplin.
 
Semua komander yang aku kenal dan rapat, semuanya perangai betul2 berlawanan dengan perangainya bila menjalankan tugas. Sebab tu aku kata kami terpaksa bermuka plastik memarahi orang....
 
Aku tak pernah menyesal jadi komander dulu walaupun sekarang aku tidak meneruskannya, aku ada alasan tersendiri. Tapi menjadi komander tetap ada pahit manis yang sekarang aku rindui. Jika masih ada orang membenci aku hanya kerana tugas dan tanggungjawab aku, silakan.... anda berhak membenci... tapi apa yang boleh saya nasihatkan adalah kenali dulu orang yang anda benci sebelum anda buat keputusan untuk terus membenci.
 
:D
 
 
 
xxx_zuezue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan