Sabtu, 11 Mei 2013

BeRAkHiRnYa....

Salam,
Finally....!! Facebook dan twitter hampir sepenuhnya tanpa percanggahan politik (walaupun tak sepenuhnya). Siapa yang memerintah harapnya dapat jalankan tanggungjawab yang sudah diberi oleh rakyat dan yang kalah tu sudah2 lah ye nak merungut atau nak mencari salah orang....

Sepanjang kempen PRU ni aku cukup BENCI nak buka facebook dan twitter, ada je percanggahan pendapat dari pelbagai pihak dengan kata2 yang langsung tiada dengan budi bahasa. Katanya Malaysia kaya dengan budi bahasa tapi kerana kempen politik, BUDI BAHASA dicampak ke tepi, sedih betul. Yang lebih menyedihkan bila budak2 yang muda dari aku yang belum 21 tahun ni pun galak nak berkempen politik sama, memaki sana sini dan menunjuk perasaan yang bagi aku macam nak kena block je dia dari FB aku tu.... Nasib baik aku pikir ko kawan aku lagi....jadi untuk mengelakkan tangan aku gatal tekan button un-friend, aku mengambil langkah tutup FB sesegera mungkin. 


Jujur aku katakan....sepanjang melalui bulan2 PRU, kesabaran aku sangat tercabar dengan tulisan2 orang terhadap sesuatu politik....Setiap orang ada hak menyampaikan pendapat masing2 mengikut kepercayaan dan pendapat mereka tapi tak payah la terlalu terbuka dan menggunakan kata2 yang tak melambangkan awak tu orang Malaysia.... sedih nak mengaku awak tu orang yang saya kenal....

Yang berlalu biarkan berlalu, buruk dijadikan tauladan untuk kita menjadi lebih baik. Tulisan ini hanya sekadar teguran dari si orang yang suka memerhati gelagat orang disekelilingnya...



Akhirnya dapat jugak buka FB dan Twitter dengan perasaan yang aman :D : xxx_zuezue




Tiada ulasan:

Catat Ulasan