Selasa, 30 Julai 2013

FiLeM

Salam,
Minggu lepas abang balik kedah n bawa sekali external dia yg penuh dengan cerita korea & Running Man (mamat tu pun dihasut oleh aku untuk layan Running Man), dan banyak2 cerita yang aku tak pernah tengok ermmm....hanya 1 cerita je yang aku TERtengok masa aku cuti habis SPM dulu kat TV iaitu 'Coffee Prince', itu pun ada episod yang aku ter-miss. Percaya atau tak aku hanya ambil cerita tu yang aku dah tengok endingnya... (arhhhh....sedih betul aku ni...). Aku ingat lagi, the only reason kenapa aku tengok cerita korea tu dulu sebab aku BOSAN..dan adik aku yang ajak tengok sebab dia kata lawak...then aku join sekali la memandangkan aku dah separuh gila tak tau nak buat apa...(almaklumlah....internet tak ada masa tu...) dan lama2 sangkut...

Sebenarnya aku nak cerita, aku bukanlah tak suka cerita korea ni, aku layan jugak kalau dah TERDESAK memandangkan rumah ni tak ada ASRO. Tapi aku tak suka effect yang aku dapat lepas aku tengok iaitu BERANGAN. Well, kata penulis jadi berangan adalah perlu untuk hasilkan sebuah cerita luar daripada kotak tapi....arhhhh.... aku tak suka berangan benda yang aku geram aku tak dapat. (bahasa mudahnya jeles ngan watak utama cerita tu, cerita cinta yang sweet kata orang n hero dia hensem, jeles....jeles...jeles....) 

Memandangkan belajar FILEM, jadi sekarang aku dah tak fikir sangat tentang genre filem yang aku minat sebab kalau aku memilih, nanti susah untuk aku belajar, menganalisis dan membuka fikiran untuk menghasilkan sesuatu karya yang bermutu jadi aku tak tahu genre filem apa yang aku minat. Tapi sekarang aku masih belajar untuk menonton filem seram tanpa ada perisai depan mata aku dan menonton filem yang banjir dengan darah tanpa tutup mata ketakutan...

 Cakap pasal filem banjir dengan darah ni aku teringat 1 filem dari indonesia iaitu Pintu Terlarang (sinopsis), ianya adalah satu-satunya filem yang aku hampir menangis ketakutan dalam kelas (tengok cerita ni kat kelas), sambil tutup telinga dan cakap 'aku nak keluar' berulang kali. Aku tak takut darah (serius), tapi bayangkanlah ada satu babak ni dimana watak utama membunuh orang yang dibenci dengan cawan kaca ditusuk terus ke mata orang yang dibenci tersebut dan terpercik penuh darah... (salah satunya lah, ada banyak lagi babak2 giler dalam cerita tu)...tapi aku still sukakan twiss ending dia...sesuatu yang tak dijangka dan membuatkan penonton berfikir sekejap dan bertanya 'sebenarnya apa yang berlaku?'


xxx_zuezue





Tiada ulasan:

Catat Ulasan