Isnin, 22 Julai 2013

PeTuA uNtUk RaMbUt GuGuR & bErSiNar

Salam,
Macam biasalah kalau dah cuti ni dengan internet yang laju...bukan akulah kalau tak selalu update blog...hahahha...Ok tajuk untuk kali ni agak pelik dan janggal sikit, mana taknya...aku mana pernah update pasal kecantikan ni....sedar diri katanya...hahhaha :p

Bagi wanita yang bertudung macam aku, mesti kebanyakkan anda mengalami rambut mudah gugur kan... sana sini penuh dengan rambut....kalau pelajar macam aku ni lagilah...tension itu ini...jadi aku nak kongsikan petua dengan korang. Petua yang mak aku selalu paksa aku buat, ye lah...aku, bab remeh temeh ni malas sikit....huhuhu...

Hanya perlukan 3 bahan penting iaitu:


RAMUAN:

Daun Inai - ikut suka, tapi berpada-padalah.

Pokok Lidah Buaya  - 2 pelepah besar (kalau kecik, ambil lebih sikit)

Buah Limau Purut - 1 hingga 2 biji shj.

CARA:

Blender semua bahan2 diatas sehingga lumat TANPA MENAMBAH SEBARANG JENIS CECAIR LAIN TERMASUK AIR KOSONG, ini bagi memudahkan cecair tersebut melekat pada rambut. Dia akan membantuk cecair pekat berwarna hijau, setelah itu lumurkan ke atas urat2 rambut. Balut dengan kain dan tunggu sekurang-kurangnya 15 minit dan ke atas (ketika ini kepala akan rasa sejuk je). Akhir sekali bilas rambut dengan menggunakan sikat yang rapat, sikat kutu pun boleh sebab lebih perkesan untuk buangkan sisa-sisa daun kat atas rambut. JANGAN MENGGUNAKAN SEBARANG JENIS SYAMPU DAN SEWAKTU DENGANNYA SELEPAS MEMBILAS RAMBUT.

P/S : Disebabkan antara bahannya adalah inai, jadi kalau tangan memegang bahan tersebut lama sikit dia akan berwarna oren, jadi untuk mengelakkannya silalah menggunakan sarung tangan plastik atau sudu untuk lumurkan di atas kepala.




Basically, Daun Inai ini berfungsi utk menguatkan  akar rambut, daun lidah buaya pulak memang terkenal dengan fungsinya untuk melembutkan rambut dan Buah Limau Purut ni untuk apa??. Jangan terkejut,  Buah Limau Purut ni berfungsi untuk bau dia...bagi aku dan mak, bau limau purut ni best. Tapi ada yang kata buah limau purut ni berfungsi untuk mengelakkan gangguan makluk halus.....itu aku tak pastilah, kena tanya yang pakar....Kalu tak guna buah limau purut ni boleh tak?, jawapannya boleh je kalau korang sanggup hadapi bau daun lidah buaya tu. Jadi untuk bau yang wangi aku sarankan isikan sekali buah limau purut ye....



Salam Ramadhan : xxx_zuezue



Tiada ulasan:

Catat Ulasan