Sabtu, 20 Julai 2013

PuAsA & RaYa Di KaMpUnG

Salam,

Bercuti semasa di bulan Puasa dan semestinya Raya amat dinantikan oleh semua rakan-rakan yang senasib denganku... Hampir 3 tahun berpuasa di Shah Alam akhirnya aku di sini...di Sungai Petani Kedah sedang menikmati cuti sem di bulan Puasa dan Raya....YAHOOOOO!! 

=Dancing2=

Operasi buat kek dan kuih raya tak start lagi....sebabnya masih awal lagi jadi setakat ni aku cuma masak lauk buka puasa dan kuih besa utk berbuka je... Sangat menikmati cuti katanya.... Jangan risau setakat ni tiada pembaziran....aku masak besanya cukup2 untuk berbuka dan sahur esok pagi... disebabkan rumah ni ada 3 orang je termasuk aku dan ayah aku biasanya berbuka di surau jadi lauknya simple, sedap dan kenyang... 


Menu Berbuka : 

 Nasi (setakat ni nasi putih je la)
1 Lauk berat (kari, gulai lemak, bercili & bla2)
1 lauk sayur-sayuran (sayur goreng, sup sayur atau ulam2 & bla2)
1 pencuci mulut (kuih sagu, murtabak, badak berendam, buah-buahan& bla2)
Air (air sejuk, air manis & bla@)


Simple je kan...?, kalau adik aku balik dari asrama je baru masak ikut menu dia macam semalam ada 2 lauk berat (ayam goreng & sambal udang), murtabak, air soya cincau & ulam2... dan aku terpaksa masak awal... pukul 9am dah kena bersih dan perap ayam n buang kulit udang, sedia kan bahan2 macam masak cili kering untuk uat sambal...pukul 2pm dah start memasak untuk dia bawak bekal balik asrama sebab nak hantar dia pukul 4pm...huhuhu... mencabar iman betul disebabkan dia...  btw murtabak dan air soya cincau tu dah semestinyalah beli kat pasar ramadhan...


Apa-apapun Selamat Berpuasa dan Selamat Bertarawih ye...InsyaAllah....Perbanyakkan amalan di bulan puasa dan jangan membazir...btw tahun ni raya di kampung nenek di Pahang....tak sabar nak balik kampung, nak mandi Sungai!!



xxx_zue zue


Tiada ulasan:

Catat Ulasan