Sabtu, 7 Disember 2013

LuKa SeMaLam

Salam,
Aku nampak diri dia sebagai diri ini suatu ketika dulu, berusaha gigih melupakan di samping membuang rasa cemburu yang menular menjadi nanah hingga aku buat keputusan nekad pergi jauh tinggalkan kenangan. Walaupun aku tak tahu keseluruhan cerita, tapi aku pernah rasa sakitnya ditinggalkan kerana kekurangan diri...
Luka dan nanah yang tercipta sehingga sekarang tidak sepenuhnya pulih walaupun sudah hampir 6 tahun masa berlalu, mungkin ada yang mengatakan ia hanyalah cinta monyet...remaja yang baru ingin mengenal satu sisi lain yang dipanggil cinta.
Tapi kenapa ia masih terkesan sehingga sekarang?, sehingga aku takut memulakan sesuatu, mengizinkan hati mencari pengganti.

Kenangan itu masih menjadi bayang gelap hidupku, kesuraman hatiku.....hingga dia masih wujud dalam mimpiku walau tidak selalu. Aku positifkan diri, mengatakan wujudnya dia dalam mimpi aku hanya untuk mengingatkan aku bahawa berhati-hati....jangan terjatuh lagi dalam lubang kebahagian yang palsu itu....tangisan rintihan dan perkataan menyesal sudah tidak berguna selepas itu...

Arhhh...percaya atau tak, diri ini masih sedih menyingkap kenangan semalam, bila kah dia akan pergi...?





xxx_zuezue


Tiada ulasan:

Catat Ulasan