Selasa, 10 Disember 2013

FiTA DAY!!!

Salam...
Bagi yang tak tahu, FiTA Day adalah hari yang dianjurkan oleh kesemua pensyarah dan pelajar Fakulti Filem, Teater & Animasi (iaitu fakulti aku) untuk mengetengahkan karya-karya pelajar seperti Pameran gambar, koleksi Animasi,  promosi filem dan pelbagai  lagi. FiTA day akan melibatkan semua pelajar untuk bekerjasama bagi menjayakannya. (ehhh...ter-formal lak)

Di sebabkan KESEMUA pelajar akan terlibat bermaksud aku pun terlibat sama lah... Mari2 datang beramai-ramai ke...





Sekeping @ satu gambar aku akan dipamerkan di Pameran Exsplorasi Lensa di samping 70 lebih gambar-gambar yang lain... (bangga jap) walaupun SEKEPING sahaja... Gambar aku diambil masa pergi Trip ke Johor tempoh hari....ermmm...btw jangan letak harapan tinggi2 sebab Saya Budak Baru Belajar...




xxx_zuezue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan