Selasa, 26 Julai 2011

SketSa KehIdUpAn

selagi kita hidup, kita sentiasa belajar tanpa kita sedar - mesti korang dah pernah dengar ayat yang maksudnya sama tapi mungkin terjemahannya berbeza...betul tak??..buat pengetahuan korang aku bukan la suka sangat membaca atau lebih tepat lagi aku ikut mood aku yang tersendiri....dan boleh dikatakan aku menggunakan pengalaman yang ada di depan mata untuk menghayati kehidupan. Alhamdulillah, aku boleh menjadi pendengar yang baik, segala masalah yang diberitahu akan aku kumpulkan dalam satu fail di dalam otak ini untuk disemak bila aku sendiri melaluinya atau ada yang memerlukannya....betul!! ada orang kata, bercakap lagi senang dari melaluinya sendiri tapi percayalah...kitalah jaguh untuk diri kita sendiri bila kita dapat mengharungi rintangan-rintangan yang menghiasi kehidupan kita.......seperti yang pernah aku kata kan sebelum ini, aku bukan lah seorang yang pandai dalam semua hal, dan aku tahu mesti ada yang mungkin marah dengan tindakan yang pernah aku lakukan ( bak kata orang, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang) tapi tak salah jikalau aku mencuba seperti slogan yang selalu aku gunakan untuk diri aku iaitu 'cuba menjadi yang terbaik'.


kita berbalik kepada membaca tadi, aku suka baca blog2 kawan aku seperti :


dan dari situ aku belajar mengenali mereka dengan seadanya...dan kadang-kadang tulisan mereka menyedarkan aku tentang banyak perkara yang berlaku disekeliling mereka yang membuatkan aku terfikir sendiri, hidup aku bukan hanya untuk aku tapi untuk orang sekeliling yang tak pernah jemu menarik aku daripada jatuh ke lembah kegelapan..........termasuklah keluarga aku yang tercinta.....




dunia Zulaikha Sabri : xxx_ zue zue

3 ulasan:

  1. hidup kita bukan hanya untuk diri kita tapi untuk orang sekeliling, time kasih ats p'igtn ini...

    BalasPadam
  2. lg 1, aku minta maap... jgn tnye knp sbb itu utk smue nye. :-/

    BalasPadam
  3. mula2 ak trtnya-tnya tpi lma2 ak fhm..ak pn mnta maaf ats smuanya....

    BalasPadam