Zulaykha Zuhayra

Zulaykha Zuhayra

Jumaat, 13 Januari 2012

MAdAh PErJaLaNaN kEhIdUpAn

             Mengukir kehidupan dengan warna yang kita suka sambil mengharapkan berus yang belum pernah mengenal corak dunia agak sukar.  Amat diakui makin lama berus makin mengenal suka duka mencipta warna warni sehelai lukisan putih tapi setabah mana si berus sejati, apabila kegetiran yang dihadapi makin lama makin sukar tak bertepi. Adakalanya si berus tersungkur  tetapi tetap gigih mengukir warna kehidupan, walaupun muka comot dan hitam yang pada asalnya putih. aku yakin dalam hati si berus sentiasa berdoa agar ada keindahan disebalik lukisan comot yang cuba dicantikkan ini. Kerana si berus tahu inilah pengalaman kehidupan supaya corak keindahan terukir di sehelai kertas putih bakal dipuji bakal dikenang bakal dipuja kehidupan baru nanti atau setidak-tidaknya menjadi pengalaman si berus malang ini.


KISAH BERUS KEHIDUPAN  :
xxx_zue zue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan