Selasa, 17 Januari 2012

KiSaH pEnuLiS bIcArA..

Makin hari manusia makin berubah dan kadang-kadang perubahan itu sukar untuk aku terima sebagai orang sekeliling yang memandang....kadang-kadang aku terfikir jugak.... 'aku pun makin berubah ke?' kalau berubah pun...negatif atau positif? kalau betul negatif....siapa yang sudi betulkan? atau aku dapat terima ke kalau orang kata itu dan ini tentang aku....percayalah...kadang-kadang kita tidak lah sekuat yang kita sangka dan kadang-kadang kita tidak selemah yang kita sangka...semuanya bergantung pada kita mencorak kehidupan (ingat lagi kisah warna dan lukisan, post sebelum ni?). Aku mungkin tak suka akan perubahan, tapi aku rasa perubahan-perubahan dalam perjalanan hidup ini sentiasa ada dan kadang-kadang aku dah terbiasa olehnya. 'Habis tu kenapa aku masih ingin mempersoal perubahan orang di sekelilingku seolah-olah aku tak suka akan berubahan itu'....atau perasaan jelous itu ada yang membentuk tompok hitam dalam hati...tapi untuk apa aku nak jelous? kerana dia ada apa yg aku tak ada....erm....mungkin!...aku harus akui aku lemah dalam menilai perasaan sendiri....


Aku teringin menjadi Ferrari....melintasi jalan dengan gah! dan mempersona tapi aku takut ada liku tajam di hadapan semasa memandu dengan kelajuan yang sangat pantas, jadi aku slowkan kelajuan itu dan apabila fikir balik...lebih baik aku menjadi hanya Proton...(pilihlah produk tempatan...) yang mempunyai kelajuan dan memenuhi keperluan tanpa perlu bimbang kehilangan harta kesayangan...mungkin tiada keyakinan yang tertanam..







BICARA KISAH KEHIDUPAN :
xxx_zue zue

1 ulasan:

  1. mungkin orang takut nak jadi ferrari sebab nampak ferrari yang dah tercalar sebab terlampau laju.tapi kalau teringin jadi ferrari,jangan terus matikan 'ingin' tu sebab ternampak calar.maaf kalau orang macam aku buat kau takut jadi ferrari sebab nampak aku dah tercalar.aku harap kau tak matikan angan kau,sebab kau ada pilihan untuk slowkan speed kau meskipun kau jadi ferrari.sebab 'ingin' kau yang asal bukan untuk jadi proton sebenarnya kan,tapi ferrari...jadi biarkan ferrari2 yang dah tercalar tu,& jadi lah ferrari yang takkan tercalar.sebab aku yakin kau tak kejar apa yg mereka kejar,jadi kau tak perlu selaju mereka...dan kau takkan tercalar.kalaupun nanti kau tercalar,kau sentiasa ada peluang untuk modify.dan mungkin pengalaman tercalar itu yang buat kau lebih berhati2 kelak...

    BalasPadam