Zulaykha Zuhayra

Zulaykha Zuhayra

Isnin, 6 Februari 2012

AsRaMa & AdIk

Dulu aku selalu mengimpikan yang ayah akan beli rumah dua atau lebih tingkat dan ada 4 bilik dimana kami tiga beradik dapat sebuah bilik setiap seorang....arhh angan-angan yang mungkin akan direalisasikan nanti bila aku sudah mempunyai duit sendiri tapi sebenarnya aku bersyukur kerana ayah tak beli rumah macam tu....rumah aku sekarang ni pun dah cukup besar bila adik beradik aku yang lain tak ada, sunyi....betul2 sunyi...aku mungkin dah biasa kalau abang tak ada tapi kalau adik....mati akal aku kat rumah ni.....kalau dia ada, biasanya dia akan sakitkan hati aku dengan menunjukkan video youtube yang dia rasa best dan aku pula akan sakitkan hati dia dengan buat tak tahu....tapi kadang-kadang  tengok jugak... mungkin aku masih tak biasa dengan ketiadaan adik....

Semalam, hantar adik g asrama dia (bekas sekolah aku dulu), mula-mula aku ingat nak hantar sampai bawah blok je...pastu tak sampai hati...naik la kat bilik dia (dengan syarat dia antar aku sampai depan blok dia)...masa nak pergi tu sebenarnya tak sampai hati aku nak tinggalkan dia sebab walaupun dia hanya cakap dalam nada bergurau yang dia nak balik tapi aku tau dia memang maksudkannya....aku tahu perasaan dia bila terpaksa masuk asrama yang telah aku anggap sangkar.  serta merta masa tu aku teringat akan perasaan aku di masa lalu, disaat aku ditempat dia, disaat aku disisinya...melambai keluargaku yang ingin beransur pulang...arhh...sangat2 sedih...tapi percaya atau tidak hanya sekali je aku menangis (itu pun setitik air mata je sempat keluar) selebihnya aku hanya cuba ceriakan hati dan pujuk hati supaya aku tidak akan pernah menangis disebabkan itu lagi...

Mungkin masa tu aku masih budak-budak...baru belajar berpisah dari keluarga dan berdikari....baru pelajar tentang kehidupan realiti....dan aku harap adik juga seperti aku....dapat berdikari dan belajar sesuatu dari pengalaman asramanya ini..kerana disamping kena mengendalikan perasaan berat hati atau sedih sendiri....akan ada pengalaman yang menerbitkan senyuman satu hari nanti....


truly me : xxx_zue zue

2 ulasan:

  1. asrama. percayalah, nnt kompem rindu punya nak masuk balik asrama.

    BalasPadam
  2. a'ah memang pun....rindu sangat sebenarnya...tapi tengok muka adik semalam teringat perasaan masa kena masuk asrama dulu...ermm

    BalasPadam