Khamis, 23 Februari 2012

DaLaM bAs!!

Dah lama rasanya aku tidak mempersembahkan karya aku kat sini.... follower yang baru2 ni pun mesti tak tahu aku minat dalam bidang tulis-menulis ni...tak pe ni aku mempersembahkan cerpen pendek  'Dalam Bas' hope enjoy....



DALAM BAS

Aku menghempas pintu rumah dengan perasaan marah, tidak sangka kesetiaan aku sebagai sahabat diperlakukan seperti ini. Aku tidak tahu dimana harus aku pergi sekarang, yang aku tahu aku harus keluar dari kawasan kampus ini. Jam di tangan pukul 11.50 pagi, bermakna sudah 50 minit aku menunggu. Aku mengeluh, perasaan marah tadi hilang entah ke mana, untuk aku berpatah balik memang bukan dalam senarai apa yang akan aku lakukan. Aku melihat ke kanan, seorang perempuan menarik perhatian pandanganku. Sesekali aku menoleh, tanpa sedari telingaku memainkan peranan.
“Jom la sayang…bukannya mahal pun…I dah janji dengan kawan yang you akan bawak I ke sana…,” kata perempuan tadi…badannya seperti lintah merayap di badan lembutnya sambil melukis sesuatu yang aku pasti dia sendiri tidak tahu apa hasilnya melalui jari. Bibirku mengukir senyuman. Sambil tertoleh-toleh arah bas yang mungkin bakal tiba sebentar lagi, seorang bayi berjaya mencuri tumpuanku. Comel. Sangat comel. Bayi lelaki mungkin. Dari keayuan ibunya, aku tahu ibunya masih muda lingkungan 20-an. Masih cantik lagi dengan alis mata yang memikat, mungkin tanpa bayi di tangan. Orang akan melihat seorang gadis yang cantik sedang duduk disebelahku ini. BAS!
Tepi tingkap, itu matlamat aku. Tapi tidak sukar untuk dicari kerana tidak ramai penumpang. Mataku menjamah pandangan luar, ada kekecohan. Seorang lelaki menarik baju seorang perempuan seperti ingin memujuk supaya si perempuan tidak pergi. Mungkin tahap kesabarannya digugat, perempuan berkenaan menolak si lelaki dengan sekuat tenaganya sehingga  si lelaki itu hampir terjatuh lalu dengan pantas menaiki bas. Si lelaki hanya memandang dengan pandangan sayu. Selepas tiket bas diberi, mata si wanita menari-nari mencari arah tujuan. Aku tahu tiada tempat lain lagi yang ingin dituju selain disebelahku. Aku diam. Senyum. Senyumku dibalas manis. Setelah dia duduk, hanya satu soalan yang terlintas tapi aku mengambil masa sebelum bertanya untuk memikirkan soalan yang patut ditanya.
“Okay tak ni?,” itu sahaja yang terkeluar dari bibir ini. Dari menunduk, si wanita terus memandang wajahku yang masih setia menunggu jawapannya dengan penuh sabar. Dia senyum dengan sisa air mata yang masih ada. Aku cuba lagi.
Bf kau curang eik?, erm… biasa la lelaki ni dapat yang setia tak nak bersyukur,” si wanita masih lagi memandangku, tersenyum lalu menyapu pipinya yang basah dengan jari.
“Nak juga cari yang lain, lelaki sekarang susah sikit nak percaya. Kita kena tahu apa dia buat, kat mana dia sekarang, dia tengah buat apa… dengan siapa dia keluar…semua kita kena siasat…,” Si wanita masih lagi tersenyum, tidak mengangguk atau mengiakan, hanya mata dia sahaja yang membuatku yakin dia masih mendengar.
“Kalau tidak macam ni lah, sedar-sedar je dia dah pasang dua tiga kat belakang kita. Yang perempuan ni pun satu, tunduk je. Laki cakap sikit kemudian percaya bulat-bulat. Laki minta duit pun bagi…sayang katanya. Macam kawan aku tu, percaya sangat kata bf dia. Dah la dekat facebook, kawan perempuan punya ramai komen dekat wall dia. Bila aku tegur kata makcik la, kakak la, senior la, kawan sekelas la. Sebab percaya sangat kat bf, aku ni pulak yang dipersalahkan,” tanganku sudah mula menari-nari menunjukkan rasa tidak puas hati. Si wanita masih senyum.
“Ish! Tak pasal-pasal bergaduh…!” tanpa sedar laju aje aku meluahkan isi hati yang terbuku ini. Si wanita bangun, menekan loceng yang sedia ada di sudut tiang bas. Bas berhenti. Si wanita berpaling mengadapku. Dia senyum.
“Saya rasa awak salah anggap, yang awak lihat tadi ayah saya. Dia tak mahu melepaskan saya untuk pergi menemui ibu atas sebab tertentu, selamat berjumpa lagi. Assalammualaikum.” Si wanita turun dari bas. Aku nampak dia tersenyum melihatku.
“Ah! Mana plastik sampah eik?” aku berbisik sambil menutup muka dengan tangan.


HASIL KARYA:
ZULAIKHA SABRI (xxx_zuezue)
20/2/2012
7.13 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan