Selasa, 23 Ogos 2011

KeRiNdUaN.....


Salam semua, korang tau tak dulu aku bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani II dengan mengambil jurusan Perkembangan & Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak? tak tau?
 ha..meh nak cerita meh...

aku ambil jurusan tu atas banyak sebab (kalau nak cerita, memang tak habis) dan aku sebenarnya tak tahu apa yang dimaksudkan dengan nama kursus tu dan tak terbayangkan apa-apa pun pada mulanya apa yang bakal aku belajar. Walaubagaimana pun, aku tetap akur dengannya dan langsung tidak berasa untuk tarik diri walaupun ada sesetengah kerjanya membuatkan aku separuh gila...tapi semuanya memberikan aku pengalaman yang tidak terhingga harganya.
dan sekarang........
aku rindukan kanak-kanak....rindukan keriuhan mereka bermain sesama sendiri, kerana dulu aku sudah biasa belajar dalam keriuhan suara kegembiraan mereka, melayan telatah mereka yang pelbagai....dan boleh dikatakan mereka banyak menghilangkan resah dalam hati ini...dan tempat yang aku suka lepak masa aku tertekan ialah dalam bilik kanak-kanak ( dalam bengkel kitowg ada bilik kanak-kanak dan bengkel ktowg mang btul2 macam taska)...entahla macam mana aku nak gambarkan kerinduan aku saat ini....dan yang aku sangat pasti aku sangat rindukan suasana taska, keriuhan budak-budak, kerana mereka buat aku mengenal erti hidup ini dengan kegembiraan.



dengan afiq kat taska (bengkel)



kawan yg sntiasa menemani

suasana dalam bilik kanak-kanak




dAlAm KeRiNdUaN : xxx_zue zue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan