Zulaykha Zuhayra

Zulaykha Zuhayra

Ahad, 4 September 2011

BiLa RaYa AdA fAmIlY dAy...

Salam buat semua follower dn rakan2 yg sudi mnjengah ke blog yang tak seberapa ni, yg blum follow tu follow la ye...jangan buat-buat tak nampak pulak butang follow tu...hehehehehe.....sbnarnya semlam ak dah start menulis entry untuk blog, tpi entah macam mna entry tu terpadam, aku pulak dah la nak kena kemas baju untuk balik kampus, sudahnya tergendala macam tu je entry yg trpadam tu....tapi tak pa ari ni ak ada mood nak mnulis balik. sepanjang cuti raya ni, macam2 agenda terlaksana dan memberikan senyuman kepuasan buat aku tapi hanya seketika sebab rasa tak puas berada di kampung....arhhh..!! nak cuti lagi...!! ok kat bawah ni aku rngkaskan aktiviti ak spanjang cuti raya ni sebab kalau nak buat karangan memang panjang berjela....

24/8/2011
- abang ambil kat kampus puncak perdana pukul 9.00 malam.
- bas bertolak pukul 10 malam.

25/8/2011
- sampai sungai petani pukul 4.30 pagi.
- sampai rumah tepat jam 5 pagi dan terus tolong mak siapkan makanan sahur.
- dok rumah, tidur, layan internet dan tengok TV (mak ayah kerja, adik sekolah lagi).
- berbuka kat rumah...
- sembahyang tarawih ngan mak, ayah n adik kat surau berdekatan rumah.

26/8/2011
- dok rumah, tidur, layan internet.
- tengok movie ngan adik.
- tolong mak siapkan makanan buka puasa (ayah smpat ambil kan bubur lambuk kat surau).
- sembahyang tarawih ngan mak, ayah n adik kat surau berdekatan rumah.

27/8/2011
- sahur ngan keluarga.
- mak, ayah n adik cuti jadi dapat la keluar g beli baju n tudung raya.
- jalan-jalan kat Wisma Kailan n central square sungai petani.
- dapat tudung, seluar jean n t-shit (bju kurung sblum puasa lagi dah ada).
- tolong mak siapkan makanan buka puasa.
- sembahyang tarawih ngan mak, ayah n adik kat surau berdekatan rumah.
- kemas baju untuk balik kampung kat Teratak Cik Menah Kuala Temau Dong Raub.

28/8/2011
- bertolak dari sungai petani kedah dalam pukul 8 pagi.
- disebabkan puasa, jadi tak berhenti sangat melainkan hendak pergi ke tandas.
- time ni kerja aku tidur je sebab dah tak tau nak buat apa.
- bila sedar dah da kat jalan nak ke fraser hill sebab jalan dia bengkang bengkok (ayah suka gna jln tu sb ktanya dekat).
- sampai kampung dalam pukul 12 tengahari.
- tak ramai yang ada sebab ada yang nak balik esok...
- rehat (tidur) pastu tolong masak2 kat dapur.
- berbuka ramai-ramai.
- sembahyang tarawih kat masjid kampung temau (saya, mak, ayah, adik n wan).

29/8/2011
- ari yang dah mula sibuk, aku jadi biro logistik sementara sebab mie tak da teman.
- jadi juru kamera tetap.
- melemang time... (aku tukang ambil gambar je).
- sempat pergi bazar ramadhan tapi kebanyakkannya dah tutup (almaklum la besok raya).
- berbuka ramai-ramai, memang sesak la rumah wan (panggilan utk nenek kat pahang).
- ketibaan abang di malam raya - dalam pukul 10 ke 11 malam.
- srika baju untuk family.

30/8/2011 (Raya Pertama)
- sembahyang Raya.
- pergi kubur (ak, mak n adik tak pergi).
- sesi bermaaf-maafan n bagi duit raya (aku pulak juru kameranya).
- sesi bergambar keluarga.
- pergi melawat rumah sanak-saudara yang berdekatan ( 2 buah rumah je).
- siapkan persiapan utk makan-makan family day esok.
- mandi sungai temau - best sangat...hehehehehe.

31/8/2011 (Raya Kedua - Family Day at Teratak Cik Menah Kuala Temau Dong Raub)
- pepagi lagi dah bangun.
- tolong apa-apa yang patut kat dapur sampai lupa nak tangkap gambar, ayah pulak terpaksa panggil aku suruh tangkap gambar.
- sempat la merasa yong tau fu, cheese weges buatan tangan.
- kacau dodol time...!! aku tolong sediakan tepung beras pulut (beras pulut yang dikisar) plus tangkap gambar.
- ada juga sepupu aku yg smpat mndi sungai temau.
- sesi kemas mengemas

1/9/2011 (Raya Ketiga)
- pergi beraya kat rumah saudara mara kat ulu cheka
- disebabkan jarak antara 2 buah  rumah jauh, jadi hnya smpat pergi tiga tmpat je satu lagi termasuk kubur

2/9/2011 (Raya Keempat)
- abang bertolak balik dari pahang ke KL dalam pukul 6 pagi sebab keja pagi tu
- kemas barang nak balik kedah
- sebelum bertolak singgah rumah Wan Teh
- singgah ambil abang kat KL dan terus balik kedah
- sampai kedah dalam pukul 11 malam.

3/9/2011 (Raya Kelima)
- satu keluarga keluar makan pagi, beli barang kat pasar raya
- masak macharoni goreng, beger dil dari chef Zulaikha (saya la...)
- kemas barang sebab nak balik UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana

4/9/2011 (Raya Keenam)
- perjalanan pulang UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana dihantar oleh ayah, bertolak pukul 8 pagi tadi.



itulah serba sedikit perjalanan hidup aku sepanjang cuti raya ni, rasa tak puas....nak cuti lagi...erm..tak pa la..nanti nak cuti akhir sem pulak.....sebulan tu...hehehehehe...(kira cuti je ak ni) bagi sesiapa nak tengok gambar2 yg telah diambil oleh aku dan abang korang boleh tekan link ni gambar 1gambar 2, ataupun gambar 3.....enjoy erk....lau gambar korang pun ada sila la tag sndiri...tak da hal punya....


salam sayang : xxx_zue zue




Tiada ulasan:

Catat Ulasan