Isnin, 30 April 2012

KeNaNgAn DuLu

Tadi petang ayah balik kerja dan ada bawa nenas dari pejabat (ayah aku kerja Jabatan Pertanian), tiba2 dia hulurkan tangan pada aku. Katanya ada sesuatu masuk dalam tapak tangannya, macam duri dan minta tolong aku keluarkan sebab rasanya tak selesa...aku pun keluarkan lah...

Peristiwa tu amat bermakna buat aku....kerana apa? kerana semasa aku kecil aku boleh dikatakan lasak...tangkap anak ayam, suka panjat bukit hutan belakang rumah dengan kawan2 abang aku dan aku akan balik dengan satu sebab iaitu aku tercedera. Tak kiralah sebab jatuh basikal ke, berlari ke atau selumbar (serpihan kayu)  masuk kat tangan, atau tapak kaki...masa tu la nak tengok aku jadi budak baik. Masuk rumah awal dan diam je(keluar main biasanya pukul 5 sampai sebelum pukul 7). Biasanya apa2 pun jadi pada aku walaupun luka berdarah sekalipun aku tak akan mengadu pada mak dan ayah, aku akan diam je tapi cuma satu benda je aku akan mengadu pada ayah aku, pasal selumbar. Kerana ayah aku teror bab2 keluarkan selumbar atau duri dari tapak tangan atau tapak kaki guna pisau lipat dia yang ada pelbagai kegunaan tu...kalau aku main kat hutan belakang rumah tu memang kadang2 aku akan kena selumbar dan orang yang pertama aku cari ayah. 

Peristiwa itulah yang buat aku gelak gembira...dan boleh dikatakan aku hampir menangis....(gedik tak aku nak nangis2), betapa segalanya cepat berubah...rasanya baru semalam aku hulurkan tangan kat ayah tapi kini ayah pulak hulurkan tangan kat aku....betul2 menyingkap kenangan 14 tahun lalu...

me with my dad.. love you so much!!

salam sayang : xxx_zuezue

4 ulasan:

  1. hargailah apa yang kita ada sekarang agar tidak kita menyesal di kemudian hari.

    sekadar mengingatkan diri sendiri ^___^

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana mengingatkan...lama tak nampak awak update blog...

    BalasPadam
  3. idea tak datang lagi nak update..

    BalasPadam
  4. saya sentiasa menunggu...mesti idea yang menarik... :-)

    BalasPadam