Zulaykha Zuhayra

Zulaykha Zuhayra

Ahad, 1 April 2012

KiSaH sI pEnuLiS

Ada orang kata aku ni menakutkan taksubnya (walaupun aku tak suka ayat 'taksud' itu)...terutama bila berhadapan dengan "Detective Conan"...percaya lah...aku bukan taksud...aku cuma minat...aku minat membaca pasal kisah misteri ni, karya "Conan Dolye" pun aku layan...aku suka pembacaan yang lain dari yang lain... tak tertumpu hanya kisah cinta dan pergolakkan dalam cinta sahaja tapi ada unsur lain... dan kerana itu aku berhenti membaca novel, kerana aku dah boleh agak jalan cerita 'klise' nye itu...ya! orang yang tidak meminatinya akan mengatakan dalam Detective Conan, mesti ada yang mati, kena culik, rompak dan sebagainya (hampir 70% mangsa mati dibunuh). Tapi aku bukan lihat dari sudut itu, aku melihat dari segi tektik pembunuhan yang pelbagai dan kadang2 membuatkan otak aku berfungsi seketika untuk membayangkan apa sebenarnya yang terjadi dan fungsi2 racun...(walaupun tak berlaku depan mata). Ia membuatkan otak aku berjalan...memikir logik atau tidak...

Tambah2 lagi kisah "Conan/Shinichi" vs "Kaito Kid"...sesuatu yang sangat mengujakan bila mereka berlawan... Conan/Shinichi dengan kehebatan penyiasatannya dan "Kaito" dengan kepakarannya dalam membuat silap mata dan mencuri benda2 mahal (biasanya tak dapat curi kalau ada Conan/Shinichi, tapi kalau tak ada pun bila dia berjaya mencuri, dia akan pulangkan balik barang curiannya.)

Siri Twilight pula aku boleh layan disebabkan adik kesayangan aku tu...mula2 baca buku "Breaking Dawn" je...kemudian boleh sangkut sampai aku boleh pulak pergi beli buku siri sebelumnya... apa yang boleh aku katakan..siri twilight beri aku idea tentang sesuatu yang lain dari realiti sebenar...macam mana penulis membentuk dunia mereka sendiri dan tidak bergantung pada idea orang lain yang sebelumnya... Ya..seorang penulis sebenarnya mampu membina atau membentuk dunia mereka sendiri dalam penulisan dan itu yang tidak mampu aku lakukan lagi kerana aku sukar melarikan diri dari dunia kehidupanku...


Sekarang aku baru jumpa seorang  rakanku yang berjaya mencuri hatiku dengan cerpen karyanya (walaupun ciri2 dia ada dalam cerpen tu...) dan tentulah karyanya menggunakan tema "misteri". Ia mengisahkan tentang sepasang suami isteri membuat pekerjaan rahsia iaitu mencuri barang2 epik yang berharga untuk dijual dipasaran gelap disamping mempunyai saingan dimana abang tiri wanita tersebut...sesungguhnya aku amat merindui karya seperti itu... (kredit to Sufran)...


xxx_zue zue

2 ulasan:

  1. kita suka kumpul siri twilight ! =_=" hewhew

    #petamakalijejaksini, follow awak eh ?

    BalasPadam
  2. sama la saya pun...saya da keempat buku siri twilight..hahahaha..

    BalasPadam