Isnin, 23 April 2012

DiNnEr Oh DiNnEr

Salam semua....adakalanya aku tak tahu benda apa yang patut aku coretkan disini dan kadang2 ia terasa mengarut...kalau la aku boleh  berterus-terang... banyak kali juga aku menulis dan kemudian memadamnya semula...walaupun seperti biasa aku menulis seperti membuat karangan tingkatan 5 panjangnya...
DINNER, itu yang bermain di fikiran aku, dengan bayaran sejumlah RM 60 dan menghadiri majlis formal itu dengan hati yang gembira (mungkin). Membawa tema 'Arabic Gold', aku seperti mati kutu nak pakai apa dan sampai ke sudah aku masih belum memutuskan untuk menghadirkan diri atau tidak ke majlis itu... kat bawah aku senaraikan beberapa sebab kenapa aku nak dan tak pergi.

NAK PERGI sebab :
- semua kawan2 aku macam dah tetapkan keputusan yang mereka akan pergi
- mungkin ini peluang aku untuk bergembira dengan rakan2 komander ku yang lain seperti rakan2 kompeni B
- ni sem yang terakhir aku sebagai Komander
- mungkin sem yang terakhir mencipta kenangan bersama rakan-rakan komanderku


TAK NAK PERGI sebab :
- aku tak tau aku sempat habis ambil lesen kereta atau tak (alasan sangat kuat)
- tak ada idea nak pakai apa mengikut tema
- Duit
- mungkin kena balik Kolej awal (itu mungkin tak kesah sangat)


Mungkin alasan aku tidak berapa kukuh...selain ada alasan yang aku rasa tak patut aku tulis disini selain kena menjaga hati beberapa pihak (mungkin). Apa2 pun aku masih tidak membuat keputusan lagi...

Salam Sayang :
xxx_zuezue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan